DSPC : 84

26.5K 1.6K 118
                                    

Dress kembang di dalam plastik putih itu ditenung oleh Ilya Nasuha lama. Kombinasi warna putih dan gold pada dress kembang itu memang cantik menarik tertarik kau memang deboom. Gila kentang kalau dress secantik ini yang akan dipakainya sebentar lagi. Kenapa sepertinya baju itu tidak padan langsung dengannya? Baju itu ibarat langit yang teragung manakala dia pula ibarat bumi yang sering dipijak. Nama yang tercatat di plastik putih itu, dia baca lagi.

Ilya Nasuha.

Itu memang namanya. Tapi mana mungkin ini bajunya? Dia bukan golongan berada yang akan memakai baju seperti ini. Dia juga bukan anak raja yang bakal ditabal sehingga menjadi permaisuri. Dia hanya seorang gadis biasa yang punyai cinta yang tidak kesampaian.

"Cantik sangat lah baju ni."

"Macam tak padan je dengan Suha."

Perlukah dia dirai hingga begini? Cukuplah baju pengapit yang lumayan cantik tadi. Kini, baju dress kembang itu pula yang menjadi pakaian pada tubuhnya. Hati, tolong sedarkan Suha yang Suha masih berada di bawah. Jangan buat Suha lalai dengan limpah kekayaan sementara ini. Baju dress itu siap digantung. Tas tangan turut disediakan. Kasut high heels putih keemasan terletak elok di lantai.

Kenapa mesti layan dia bagai tuan puteri sedangkan ini bukan harinya?
Pelbagai tanda tanya mula meracau di pemikiran. Pelbagai andaian juga dilakukan olehnya. Ke penghantar itu tersalah hantar baju? Ke dia tersilap bilik? Ke memang baju ini untuknya? Tapi siapa pula yang baik hati memberi? Bukan ke baju seperti ini harganya selalu cekik darah?

Dalam ragu-ragu, dia ingin mendail nombor telefon teman baiknya. Namun, bila diingatkan semula pasti Aina Manirah sedang sibuk menyiapkan diri untuk majlis pada malam ini. Nombor telefon Qisya di dail dan tiada sambutan. Nombor Aina Manirah di dail pula dan juga tiada sambutan. Nombor Tuan Naz pula di dail. Ehh disambut!

"Ada apa?"

"Sa.. Saya nak tanya."

"Apadia?"

"Baju yang ada dalam bilik saya ni kan tuan, baj....." Terus percakapannya dipotong oleh lelaki itu.

"Tu baju kau. Pakailah."

"Tap.. Tapi nampak macam melebih sangat."

"Jangan banyak alasan. Just pakai okay."

"Ha, hm yelah." Dia mengalah.

"Jangan lupa pakai masquerade yang ada atas meja tu."

Mata bundarnya melirik pada masquerade yang dimaksudkan. Bagaimana dia tahu kedudukan penutup mata itu yang berada diatas meja? Pelbagai andaian mula bermain di ruang mindanya.

"Okay." Itu sahaja yang mampu dituturnya saat mindanya sedang ligat berfikir.

"Have a great day tonight. I love you."

Terus talian dimatikan.

Ilya Nasuha terkedu. Pipinya mula membahang panas saat kata-kata itu dilafazkan oleh Tuan Naz pada dirinya.

'I love you too.' Desis hati kecilnya.

"Ting!"

Bunyi bell bilik itu tiba-tiba sahaja berdering. Ilya Nasuha segera berlalu ke muka pintu. Tombol pintu dipulasnya perlahan dan terjegul wajah Qisya di balik daun pintu itu.

"Cantiknya!" Puji Qisya. Matanya melirik pada tubuh ramping gadis itu dari atas ke bawah beberapa kali.

"Ni memang baju saya ke Qisya?" Qisya mengangguk mengiyakan. Anak matanya masih tidak lepas dari menilik baju itu. Haih, kalau dapat pinjam sehari pun memang dia lah wanita yang paling bahagia. Ibarat seluruh dunia ini dia yang punya, angannya.

DIA SI PEMBEKU CINTA : CWhere stories live. Discover now