DSPC : 19

27.9K 1.4K 17
                                    

Pagi itu terasa begitu kelam dan tidak bermaya sekali. Langkah kaki Ilya Nasuha yang sedang menapak untuk menuju ke kelas 1-4 itu terasa sungguh longlai. Ingin sahaja dia berpatah balik dan kembali ke rumahnya semula. Jujur, dia tiada hati untuk bersekolah hari ini. Namun begitu, kakinya ini tetap jua melangkah. ini bakal jatuh terbungkang bila-bila masa sahaja akibat tidak larat lagi untuk menapak lagi.

"Ish, kenapa jauh sangat kelas ni?" Ilya Nasuha merungut. Sempat lagi dirinya itu menguap tanda ada kantuk yang masih tersisa. Mulutnya itu segera dikatup menggunakan belakang telapak tangan.

"Mengantuk betul lah. Kan best kalau dapat baring, golek-golek atas katil waktu-waktu camni."

Masakan dia tidak mengantuk, semalam, dia hanya memikirkan perihal Isyraf Nazran sehingga waktu tidurnya yang sering memakan masa selama sembilan jam telah menjadi dua jam sahaja. Ini semua gara-gara otaknya itu yang ligat berfikir apakah punca yang menyebabkan remaja lelaki itu sangat marah padanya.

Dia hanya sempat melelapkan mata ketika azan Subuh mula menyingsing. Sedang dirinya leka melayan mata, Iman Naim, abangnya itu terus mengejutkan dirinya agar segera bersiap untuk ke sekolah. Abangnya itu siap mengugut dirinya jika dia lambat, dia harus pergi ke sekolah dengan hanya berjalan kaki.

'Haila abang oi. Tak ingin pun Suha naik motor kapcai abang tu.'

'Sudahlah motor kapcai tu bingit telinga, kalau hari-hari Suha rempit dengan abang ke sekolah, boleh pekak dibuatnya.'

Desis hatinya pagi tadi. Sempat lagi dia mengutuk motor kapcai abangnya itu. Tidakkah dia sedar, motor kapcai itu yang sering membawanya pergi dan balik dari sekolah?

Dengan kantuk yang masih menguasai dirinya, dia kembali untuk melelapkan matanya semula. Namun dirinya masih setia dikejutkan oleh abangnya itu. Walaupun abangnya itu beria mengugut dirinya sebentar tadi, mereka berdua tetap pergi ke sekolah itu bersama.

"Bye dek, belajar rajin-rajin."

"Kau jangan nak menggatal. Ingat dek, kau nak spm tahun ni." Pesannya pada si adik. Selesai sahaja berpesan, Iman Naim terus membawa langkah ke blok tingkatan 6.

Lambaian dari abangnya itu hanya dibalas oleh Ilya Nasuha sambil lewa.

"Ye, bye."

Dia terus membawa langkah ke blok tingkatan 5. Mereka akhirnya berpisah membawa haluan masing-masing.

Langkah kakinya semakin memberat tatkala dia menghampiri pintu kelas 1-4. Badannya ini tersangatlah lesu untuk menerima pelajaran pada hari ini. Akhirnya, dia hanya berdiri tegak di hadapan muka pintu kelas itu lama.

'Nak masuk ke tak?'

'Ke tak payah masuk?'

Ilya Nasuha berfikir sama ada dia mahu masuk ke dalam kelas 1-4 itu ataupun tidak. Ketika dia sedang termenung memikirkan perihal itu, kelihatan kelibat seseorang sedang berdiri bersebelahannya.

Pandangannya terus sahaja diangkat lantas anak mata bundarya itu bertembung dengan wajah sugul milik Isyraf Nazran. Bibirnya dengan pantas ingin mengukir senyum buat lelaki itu. Namun begitu, senyumannya lantas sahaja mati. Niatnya yang hendak menyapa lelaki itu sebentar tadi lantas dikuburkannya sekarang ini.

Masakan tidak, Isyraf Nazran sedikit pun tidak menoleh kearahnya apatah lagi untuk bersuara dengan dirinya. Sebaliknya remaja lelaki itu terus menolak daun pintu kelas mereka dan terus menapak untuk memasuki kelas 1-4.Dia terus berjalan ke arah tempat duduknya seperti tiada apa-apa yang sedang berlaku di antara mereka berdua. Dan sepertinya dia tidak nampak akan kehadiran Ilya Nasuha di muka pintu kelasnya itu.

'Dia tak nampak aku langsung ke?'

Hati Ilya Nasuha makin dihimpit dengan rasa bersalah atas percakapannya kelmarin. Dia pun kurang pasti dimanakah salah dirinya hingga lelaki itu memarahinya sedemikian rupa. Dengan langkah yang makin memberat, digagahi jua dirinya itu untuk terus menapak masuk ke kelas. Senyuman palsu terus sahaja terukir di ruang bibirnya buat seisi kelas 1-4.

DIA SI PEMBEKU CINTA : CWhere stories live. Discover now