DSPC : 32

25.7K 1.4K 11
                                    

Kereta mewah jenama BMX X6 yang dipandu oleh Abang Reykarl sedari tadi akhirnya berhenti jua. Kereta mewah itu segera dipakirkan olehnya dengan selamat di bahu jalan. Jika kereta itu dipakirkan di tengah-tengah jalan, risau orang ingat pameran kereta mewah pula. Enjen kereta yang tersedia hidup sedari tadi lantas sahaja dimatikan.

"Jum turun anak-anak, kita udah sampe."

Selesai sahaja berkata, Abang Reykarl terus keluar dari perut kereta. Udara malam di bumi Putrajaya itu dihirup sepuasnya. Sudah lama benar dia tidak menjadi burung hantu sehingga larut malam begini semata-mata ingin meluangkan masa bersama adik-adiknya.

Kesemua mereka yang berada di dalam perut kereta mewah itu mula keluar seorang demi seorang. Bayangkan jika mereka semua hedak keluar serentak, tidak ke nanti akan ada yang tersepit dan tersenak? Langkah kaki mereka terus sahaja menapak dengan penuh rasa teruja ke tengah dataran Putrajaya itu.

Kelibat abang yang menyewa kasut rollerblade itu sudah terbentang jelas di ruangan mata mereka. Langkah kaki kesemuanya semakin dipercepatkan untuk sampai pada abang itu. Hati mereka sudah melonjak riang ingin turut serta bermain dengan pengunjung yang lain.

Semakin langkah kaki mereka menghampiri, semakin teruja mereka ingin bermain kasut beroda itu. Hipotesis diterima, eh? Sebentar tadi mereka sudah meluncur di atas ais rink, sekarang ini mereka akan meluncur pula di atas tarikan graviti tanah. Mengapa aktiviti hari ini hanya meluncur sahaja? Apa kata kita cuba kelainan dengan mengensot pula, eh?

"Bang?" Pamit Abang Reykarl pada abang itu yang kelihatan sungguh sibuk menilik kasut rollerblade yang disusunnya. Abang itu segera berpaling saat dirinya ditegur. Dia terus tersenyum pada mereka semua yang berada di hadapannya.

"Rb saiz berapa dek? Berapa yang nak main?" Tanya abang yang berumur dalam lingkungan 30-an itu. Anak matanya mengerling sekilas memandang mereka semua.

"Satu saiz 8, empat saiz 7, tiga saiz 5 so semuanya lapan orang main." Jawab Abang Reykarl dengan teliti.

Anak matanya sempat lagi mengerling setiap satu adik-adiknya itu bagi memastikan bahawa apa yang diperkatakannya itu betul. Kesemua mereka hanya mengangguk kepala tanda mengiyakan sahaja.

"Okay, jap." Abang itu segera mencari saiz kasut yang dimaksudkan oleh pelanggannya itu sebentar tadi. Kasut yang dijumpainya itu terus sahaja diserahkannya pada Abang Reykarl yang setia menunggu.

"Bayaran seorang 10. Main sampai lebam." Kata abang itu kemudiannya dia sambung melayan pelanggannya yang lain pula.

Mereka semua segera membuka kasut yang dipakai sedari tadi. Stoking pula sudah tersemat disarung ke kaki masing-masing. Kasut sukan biasa yang dipakai oleh mereka kini sudah bertukar pengganti. Kini, hanya tunggu kedua pasang kaki yang akan berdiri.

Kelihatan rakan-rakannya itu sudah mula bermain kecuali Ilya Nasuha yang masih setia duduk memerhati. Dia setia melabuhkan duduknya di bangku itu. Walaupun hatinya kini digeletek akan rasa untuk mencuba, namun dia lebih selesa menanti.

'Camne kalau tragedi kat ais rink tadi jadi balik?'

'Camne kalau aku terlanggar orang lain pulak time main RB ni?'

'Camne kalau kali ni Isy tak tolong pertahankan aku? Aku kena handle situation tadi sorang sorang?'

'Ish, penatnya jadi kaki bangku!!!'

Desis hatinya frustasi. Ilya Nasuha bukan tidak mahu untuk turut serta bersama rakannya yang lain, keinginannya itu sudah terlalu tinggi bagaikan dia sedang berada di awan biru untuk bermain rollerblade ini. Nafasnya seakan menderu dan menyeru agar kekuatan dirinya segera bersatu.

DIA SI PEMBEKU CINTA : CWhere stories live. Discover now