DSPC : 78

23.2K 1.2K 17
                                    

Langkah kaki Ilya Nasuha yang terasa lemah itu cuba ditapaknya sedaya mungkin. Suara-suara sumbang yang sibuk menjaja cerita yang tidak bermoral mengenai dirinya itu sebentar tadi cuba ditepisnya jauh. Niatnya hanyalah untuk bekerja dan menyara kehidupanya sahaja. Hela nafasnya dihembuskan perlahan selari ketukan di pintu bilik pejabat itu. Gelas yang berisi air milo yang dibancuhnya sebentar tadi di pantri ditatangnya penuh cermat.

"Masuk!"

Suara macho tuannya itu kedengaran jelas. Langkah kakinya terus sahaja menapak laju memasuki ruangan bilik itu. Air minuman yang dibancuhnya sebentar tadi lantas diletakkannya di atas meja dengan penuh berhati-hati.

"Duduk."

Ilya Nasuha hanya menurut. Dia pantas melabuhkan duduknya di hadapan tuannya itu. Sakit hati akan perihal tadi yang menjadikan dirinya sebagai heroin untuk digosipkan bersama Tuan Naz cuba ditepisnya jauh dari fikiran.

Namun, perihal lain pula yang menjengah fikirannya tika ini. Mengapa tuannya ini seperti berahsia dengan dirinya? Bukankah sepatutnya seorang bos syarikat ternama sepertinya mempunyai nama yang tertera di pintu ataupun tag nama besar yang berada di atas meja?

Kenapa sebaris nama tuannya itu langsung tiada di mana-mana? Carta organisasi di syakirat besar itu juga langsung tiada untuk dirinya mencari jawapan.

Pelik!

Mengapa susah benar dirinya ini untuk mengetahui nama penuh mahupun latar belakang milik tuannya itu? Isyra? Kenapa nama itu serupa sebutannya seperti lelaki di masa silamnya? Adakah dia Isyraf Nazran lelaki yang pernah bertakhta di dalam hatinya sewaktu tika dahulu?

Ilya Nasuha pantas menggeleng. Andaian masih diteruskan lagi bagi menyimpulkan situasi. Jika dia Isyraf Nazran, tidak mungkin dia akan murah dengan senyuman, bercakap banyak dan mudah tertawa. Tetapi mungkin juga dia kerana aura dingin jelas terasa pada dirinya. Dan mengapa di saat Ilya Nasuha bersama lelaki itu, timbul satu rasa yang kian lama hilang kembali semula. Seperti rasa selamat? Selamat berada di sisi seorang lelaki sewaktu zaman remaja dahulu.

'Dorang dua berbeza Suha.'

'Dorang bukan orang yang sama.'

'Tuan Naz bukan Isy dan Isy bukan Tuan Naz.'

'Jangan lah kau terlalu berharap yang Isy akan kembali lagi dalam hidup kau.'

'Dah 7 tahun berlalu Suha. Tak mungkin dia kembali lagi.'

Ilya Nasuha pantas menidakkan kata hatinya itu. Personaliti mereka berbeza biarpun persamaan mereka hampir ketara. Isyraf Nazran sudah terkubur menjadi sejarah lampaunya.

Tangannya diangkat tinggi lantas wajahnya ditopangkan. Mata hazel itu meratah setiap inci wajah mulus itu tanpa berkedip. Perihal apa yang sedari tadi bermain di benak pemikiran itu? Terkadang wajah mulus itu berkerut, terkadang tersenyum, terkadang pula masam mencuka membuatkan sekeping hatinya makin berbunga riang.

'Ya Allah, jika gadis ini yang kau aturkan untuk dijadikan bidadari syurgaku, kau peliharalah dirinya. Kau permudahkan setiap urusan yang bakal dibina olehku.'

'Kau lembutkanlah hatinya untuk menerima diriku semula, Ya Allah.'

'Sungguh, di setiap hembusan nafasku ini, hanya dirinya yang menjadi igauan mimpi. Kau perliharalah dia buat diriku jika benar dia adalah jodohku. Amin yaa rab.'

Doa terus dititipnya di dalam hati. Hasratnya semakin berkobar-kobar untuk memperisterikan Ilya Nasuha. Mungkin dulu dia sudah meninggalkan Ilya Nasuha, namun kini dia ingin menjadikan gadis itu sebagai bidadari hidupnya.

"Ilya." Panggilnya lembut.

Gadis itu tidak memberikan sebarang tindak balas pada panggilannya. Malah gadis itu semakin terlihat seakan hanyut akan dunia pemikirannya. Apakah yang difikirkan oleh gadis itu sebenarnya? Adakah ia merupakan suatu perkara yang cukup penting bagi gadis itu?

DIA SI PEMBEKU CINTA : CWhere stories live. Discover now