DSPC : 94 ( FINAL )

42.7K 1.8K 139
                                    

Hilai tawa yang hangat di perkarangan kawasan rumah yang mewah itu membuatkan Ilya Nasuha tersenyum sendiri. Langkah kakinya lebih selesa mengorak laju ke perkarangan rumah bersama Afiy Naufal yang berada di dalam dukungan.

Kelihatan suaminya, Isyraf Nazran sedang berkejar-kejaran dengan anaknya yang seorang lagi. Afiy Nauqal adik kembar kepada Afiy Naufal. Afiy Naufal yang berada di dukungan sudah merengek hendak turun. Melihatkan kegembiraan adiknya bersama ayah mereka membuatkan dia juga ingin bermain bersama. Dia juga sudah tidak sabar untuk turut serta bergelak ketawa.

"Pa!!" Jerit Afiy Naufal riang.

Isyraf Nazran paling. Matanya menangkap sosok tubuh Afiy Naufal yang sedang berlari terkedek-kedek kearahnya. Dia melutut sambil tangannya didepangkan dengan luas. Segera Afiy Naufal berada di dalam dakapannya. Dicium dan digomol anak kembar mereka sepuasnya.

Afiy Nauqal juga turut serta. Abang dan ayahnya itu lantas sahaja dipeluknya dengan tangannya yang kecil. Isyraf Nazran mengambur tawa melihat kesungguhan si kecil itu ingin memeluk mereka berdua. Segera Afiy Nauqal juga turut dibawanya ke dalam dakapan kemudian digeletek keduanya hingga ketawa.

Ilya Nasuha hanya memerhati dengan penuh asyik sekali. Segaris senyuman itu tidak pernah lekang dari bibirnya. Kegembiraan yang mereka kecapi semakin hari semakin melimpah nikmatnya. Dengan adanya dua cahaya mata, melengkapkan lagi erti sebuah keluarga.

"Mama."

Panggil Afiy Nauqal. Dia berjalan ke arah mamanya. Tangan mamanya dipegang dan dibawa menuju ke arah papanya.

"Papa."

Tangan papanya pula dipegang menggunakan tangannya yang sebelah lagi.

Kedua tangan itu lalu dicantumkan.

Ilya Nasuha dan Isyraf Nazran saling menghadap. Cuba mengerti dan mentafsir apa yang ingin disampaikan oleh anak mereka.

"Nak mama nan papa adi suwit acam dulu." Suara pelatnya bersuara bersama sengihan.

Afiy Naufal yang berada di sebelah adik kembarnya turut menganggukkan kepala. Hanya mengiakan apa yang cuba disampaikan oleh adiknya itu.

"Tita olang uduk jauh tit, mama nan papa suwit-suwit eh ." Afiy Nauqal berkata lagi. Ditarik tangan abang kembarnya dan mereka menjauh menuju ke pondok yang berdekatan.

Isyraf Nazran memperkemaskan tangan isterinya lantas dia memalingkan tubuh Ilya Nasuha bagi menghadap dirinya. Senyuman Ilya Nasuha yang terlampau mekar itu dikunci dengan bibirnya. Lama, sehingga dia sendiri yang melepaskannya.

"Terima kasih sayang, kurniakan dua hero buat abang."

Ilya Nasuha senyum. Mukanya sudah merah menahan malu.

"Sama-sama."Jawapnya malu-malu meow. Ditunduk sedikit wajah itu kerana malu yang masih tersisa.

Dagu Ilya Nasuha ditarik oleh Isyraf Nazran ke atas. Wajah itu diratahnya lama menggunakan mata hazelnya.

"Boleh aku kunci senyuman kau dengan mulut aku lagi?"

Ilya Nasuha diam. Mukanya sekali lagi merona merah. Mata bundarnya segera ditutup saat wajah itu semakin menghampiri. Terasa seperti hembusan hangat berhenti betul-betul di hadapan wajahnya. Tidak terus bercantum tapi masih mempunyai jarak. Dia membuka mata. Terus matanya bertentang dengan mata suaminya. Amat rapat kedudukan mereka sekarang membuatkan jantungnya berdegup pantas.

"Malu ya sayang?" Tanyanya dengan sebutan meleret.

"Boleh Ilya tanya abang soalan?"

Isyraf Nazran mengangguk. Dahinya dicantumkan dengan dahi gadis itu. Segera tangan kanannya melingkar erat ke pinggang Ilya Nasuha. Tangan kirinya pula mengelus-ngelus rambut lurus isterinya.

DIA SI PEMBEKU CINTA : CWhere stories live. Discover now