DSPC : 71

20.4K 1.1K 49
                                    

Sepasang mata hazel milik Isyraf Nazran sedang meredupkan pandangannya. Tubuh kecil gadis di hadapannya itu direnungnya tanpa kata. Perlakuannya itu lantas sahaja mematikan gerakan si gadis dari terus berganjak merapatinya. Namun begitu, anak mata gadis itu dengan berani beradu pandang dengan anak matanya tika ini.

Tetapi mengapa pandangan Isyraf Nazran terhadap dirinya ini seperti sedang mentafsirkan kata benci? Adakah kalimat benci sudah mula terbit pada sekeping hati milik remaja lelaki itu pada dirinya? Pelbagai tanda tanya dan ilusi maya mula terbit di sana sini namun hanya deruan nafas mereka berdua yang sedang bermain kata.

"Kenapa cari masalah lagi?"

Ilya Nasuha pantas menghangatkan suasana. Hatinya tiba-tiba sahaja tercuit rasa pilu akan kehidupan remaja lelaki itu. Sudahlah remaja lelaki itu sedang mempunyai masalah keluarga, kes buli yang melibatkan diriya di sekolah itu juga sama naik.

Seulas bibir nan merah milik Isyraf Nazran kini sedang terlakar senyum yang cukup sinis buat Ilya Nasuha. Anak matanya pula sedang tajam menikam anak mata bundar itu sebelum bibirnya membalas kata.

"Siapa yang cari masalah?"

Isyraf Nazran merapati Ilya Nasuha. Anak matanya tidak lepas dari merenung sebujur wajah itu.

"Aku atau dia?"

Saat perkataan aku itu diutarakan oleh Isyraf Nazran, jari telunjuknya tepat menunding di dadanya manakala sewaktu perkataan dia itu diutarakan, anak matanya cuba meraih kepercayaan dari gadis itu. Dia tidak akan bertindak begini, jika dirinya tidak diganggu oleh pembuli itu semua.

Ilya Nasuha menggeleng.

"Buang ego awak dulu."

"Ego? Aku yang ego?"

Anak matanya makin lama makin meredup. Dia kecewa. Nampaknya, Ilya Nasuha juga bukan berada disampingnya tika ini. Mengapa semua hendak mempersalahkannya? Mengapa tidak ada yang tanya adakah dia baik-baik sahaja atau sebaliknya?

Ilya Nasuha menggeleng lagi. Dia sudah lali dengan sifat ego yang ada di dalam diri lelaki ini.

"Kalau awak tak tunjuk hero, kalau awak tak layan, kalau awak tak beria, semuanya tak akan jadi macam ni!" Balasnya separuh menjerit.

Badannya pula sudah separuh bergetar menahan amarahnya pada remaja lelaki itu. Mengapa dia tidak boleh biarkan sahaja? Mengapa dia perlu juga melibatkan dirinya? Tidak penatkah dia sentiasa berlagak samseng di sekolah ini?

"Bising. Boleh senyap?"

Isyraf Nazran terus menjeling tajam. Bukan dia yang memulakan pergaduhan itu semua, mengapa gadis itu seolah memarahinya? Bukan dia yang mulakan dulu, mengapa gadis itu tidak bertanya akan dirinya?

Sekali lagi kata-kata Ilya Nasuha mati. Mengapa remaja lelaki itu tiba-tiba sahaja berubah dingin dengannya? Adakah benar, Isyraf Nazran telah jauh berubah? Adakah benar, Isyraf Nazran akan kembali semula kepada kehidupannya yang dahulu? Kehidupan yang penuh perit dan pilu itu?

"Awak berubah lah. Spm lagi berapa hari je perlu ke awak buat perangai tak tentu pasal macam ni?"

"Macam mana kalau nanti awak kena gantung sekolah? Hah, awak tak risau ke Isy?" Tanya Ilya Nasuha pada lelaki itu namun dengan nada yang penuh dengan pujuk rayu.

Tidak takutkah dia jika dirinya dibuang sekolah? Bagaimana kalau rekodnya itu menjadi tidak bersih kerana sering bergaduh sewaktu di sekolah dahulu? Bagaimana dia ingin menyambung pelajarannya dan mendapatkan kerja yang baik? Bagaimana mereka hendak berkahwin nanti? Lah, menyempat lagi Ilya Nasuha.

"Eh kau ni asal?"

"Memekak pulak, kau mak aku ke hah?!"

Isyraf Nazran sudah naik berang. Makin dia suruh gadis itu berdiam diri, makin banyak pula benda yang dipersoalkannya. Sudahlah gadis itu sedikit pun tidak berpihak kepada dirinya. Sikit-sikit dia yang dipersalahkan. Sikit-sikit dia yang nampak jahat di dalam jalan cerita.

DIA SI PEMBEKU CINTA : CWhere stories live. Discover now