DSPC : 9

37.3K 1.9K 15
                                    

Pintu kelas 1-4 itu ditarik kasar oleh Isyraf Nazran. Mujur skru pada pintu itu masih kukuh jika tidak mahu tercabut pintu kayu itu menyembah bumi kerana perbuatannya sebentar tadi. Wajah kedua-dua mereka lantas sahaja terjegul di balik daun pintu.

Derapan kaki keduanya melangkah untuk masuk ke dalam kelas. Pegangan tangan yang kejap sedari tadi akhirnya terlerai jua. Langkah kaki keduanya semakin pantas mengorak untuk masuk ke dalam kelas.

Pandangan sinis menusuk kalbu terbit di wajah Isyraf Nazran saat kesemua anak mata pelajar di dalam kelas itu tertumpu ke arah mereka. Tiba-tiba sahaja, gamat satu kelas itu dengan tepukan gemuruh. Satu suara menjerit nyaring membuatkan yang lain semakin galak tertawa.

"Ni mesti kes student baru tersilap kelas, lepastu akak Suha kita sebagai pengawas bertauliah ni dah berjaya tunjuk jalan ke kelas kita, ye?"

"Ewah-ewah Ilya Nasuha tu. Bukan main menggeletis lagi kau eh dengan student baru."

"Alolo, baiknya akak pengawas kita."

Hilai tawa pelajar kelas itu semakin galak menusuk masuk ke gegendang telinga Ilya Nasuha. Dia tergamam. Dia bungkam dengan ayat sarkastik yang dilontarkan oleh pelajar lelaki itu terhadap dirinya.

"Function teruk akak Suha kita."

"Makkkkk, lurvee."

Seisi kelas itu semakin galak dengan hilai tawa yang semakin menjadi-jadi. Ilya Nasuha semakin merasakan dirinya ini sudah tidak berkepentingan lagi di dalam kelas ini. Tidak bosankah rakan-rakannya itu menjadikan dirinya ini bahan jenaka dan lawak bodoh mereka?

'Ketawa wahai manusia, ketawa. Ketawa selagi kau mampu ketawa sepuasnya.'

Isyraf Nazran buat tidak peduli dengan apa yang berlaku. Ilya Nasuha yang menjadi bahan usikan pelajar lain di dalam kelas itu, dikerlingnya sekilas sebelum langkah kakinya terus diaturkan untuk pergi ke tempat duduknya semula.

Namun, lontaran kata seorang pelajar lelaki ke atas dirinya, terus membantutkan langkah kakinya dari terus melangkah. Riak wajahnya mula berona merah menahan amarah. Penumbuk lantas dikepalkan sehingga tertimbul urat yang ada pada pergelangan tangannya.

"Baru first day kau masuk sini, dah cuba jadi taiko ke? Jangan nak tunjuk perangai sial kau kat sini lah!"

Isyraf Nazran berpaling. Pandangannya terus sahaja meredup dan menikam anak mata seorang pelajar lelaki.

Perlahan-lahan langkah kakinya menuju ke arah pelajar lelaki yang sedang elok duduk di atas mejanya. Dia mendekat tanpa sepatah bicara yang keluar daripada bibirnya.

Ilya Nasuha yang berada di hadapan dirinya itu lantas ditolak ke tepi agar gadis itu segera berlalu ke tempat duduknya. Ada hal yang dia hendak bereskan dengan segera bersama pelajar lelaki itu.

"Kau nak apa?"

"Tak puas lagi ke kau nak tarik perhatian yang kononnya kau tu hero gadis-gadis kat sekolah ni?"

"Kau ingat tak heboh ke satu sekolah ni pasal kau gaduh tadi? Kau memang sengaja nak tarik perhatian kan?"

"Dasar, attention seekers." Riak wajahnya sengaja dibuat-buat geli cuba mencabar kesabaran Isyraf Nazran yang semakin menipis.

"Sedar diri kau tu sikit." Bahu Isyraf Nazran ditunding oleh pelajar lelaki itu berkali-kali. Dia sengaja ingin menyemarakkan lagi api kemarahan di dalam diri pelajar baharu itu. Lagaknya kini seperti sedang menuang fosil ke atas api yang sedang marak.

"Kalau kau nak bawak perangai taiko kau tu, baik kau balik sekolah lama kau lah bodoh."

Langkah kaki Isyraf Nazran lantas terhenti. Kini, dirinya betul-betul berdiri di hadapan pelajar itu. Pelajar lelaki itu sedikit pun tidak mahu berganjak dari duduknya. Matanya turut tajam menikam wajah Isyraf Nazran.

DIA SI PEMBEKU CINTA : CWhere stories live. Discover now