DSPC : 37

24.2K 1.3K 11
                                    

Enjen motorsikal rxz yang kuat menderum itu lantas sahaja dimatikan oleh Isyraf Nazran. Helmet yang elok tersarung di kepalanya pantas dicabut. Tali helmet itu dia sangkut pada lengan lalu dia bawa memasuki pagar sekolah SMK Putera Mirzan Shah.

"Tolong simpan."

Helmet itu diserahkannya pula pada pak guard yang menjaga. Seperti biasa, di situlah port untuk dia dan pelajar-pelajar sekolah ini menyimpan helmet. Selamat sikit, kalau tak helmet jenama Arai kena rembat nanti mahu menangis dirinya sepanjang tahun.

Langkah kakinya yang semakin longlai itu dipaksanya untuk terus melangkah. Sungguh, hari ini hari yang paling malas untuk dia ke sekolah. Sudahlah hal semalam masih lagi mengganggu fikirannya.

Kring!!!!

Loceng sekolah kuat berbunyi saat Isyraf Nazran meletakkan beg di blok bangunan sekolah. Dengan langkah yang makin memberat, digagahi jua dirinya menempuh perhimpunan pagi Isnin itu.

Sudahlah hendak berdiri berjam untuk memulakan perhimpunan pagi, duduk pula berjam juga untuk mendengar pengetua menyampai amanat hatta matlamat wawasan kecemerlangan sekolah. Ustaz memberi tazkirah buat mencambah ingatan anak didiknya. Guru disiplin membebel mengenai permasalahan disiplin sekolah yang saban hari semakin membukit dan cikgu bertugas memberi info tentang persekolahan.

Tak sakit ke punggung duduk lama-lama atas simen batu hanya untuk mendengar bebelan sahaja? Nak offer bantal, risau punggung berbisul pula. Well, student's life so kita kena pretend yang kita okay.

"Haih, malasnya."

Rungutnya perlahan. Namun begitu, langkah kakinya diaturkan untuk turut beratur di dalam baris kelas 1-4. Dia berdiri betul-betul di bahagian belakang sekali dek kerana dia kehadirannya yang lewat. Jika dia datang awal sekalipun, dia tetap jua akan berbaris di belakang dek kerana tingginya yang melangit.

Tangannya terus sahaja disilangkan dan rapat ke dada. Riak wajahnya sedikit pun tidak terhias dengan secalit senyuman kerana dirinya ini sedang dilanda monday blues. Namun begitu, jika bukan monday blues pun, wajahnya itu mana pernah tersenyum. Wajah itu hanya terpampang misteri dan penuh dengan aura kegelapan.

"Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada semua. Bagi memberkati perhimpunan kita pada pagi ini dijemput pengawas Muhd Irfan dari kelas 5-2 bagi membacakan doa." Tutur pengawas genit yang berada di atas pentas itu bagi membuka perhimpunan pagi.

Kelihatan seorang pengawas lelaki mula mengambil alih dengan membaca doa bagi memulakan perhimpunan pagi. Kesemua pelajar beragama Islam di tapak perhimpunan itu mula menadah tangan seraya mengaminkan doa yang dibacakan.

"Amin."

"Seterusnya, majlis mempersilakan tuan pengetua sekolah, Encik Abdul Yunus untuk menyampaikan sepatah dua kata pada perhimpunan pagi ini."

Kini pengetua sekolah pula mengambil alih mikrofon yang berada di tangan pengawas yang bertugas. Masa untuk mendengar pengetua berucap pun bermula. Kesemua pelajar disuruh oleh tuan pengetua itu untuk duduk di tapak perhimpunan ini.

Isyraf Nazran sudah duduk sambil menopang dagu. Jam di pergelangan tangan dikerlingnya sekilas, cuba untuk mengira berapa lama masa yang bakal diambil oleh pengetua mereka untuk berucap. Paling lama yang dirinya ini pernah alami, adalah selama sejam setengah. What the fish, pengetua!

Bla , bla , bla , bla , bla .

Masa berhenti tepat pada pukul 8:45 pagi. Kini tuan pengetua sekolah sudah kembali ke kerusinya semula. Alhamdulillah, syukur setelah beberapa minit mereka semua menadah telinga mendengarkan ucapan itu, akhirya tamat jua.

DIA SI PEMBEKU CINTA : CWhere stories live. Discover now