DSPC : 72

20.2K 1.1K 38
                                    

Setelah hampir berminggu-minggu kejadian perit itu berlaku, kini hari yang ditunggu-tunggu oleh semua pelajar tingkatan 5 telah tiba. Hari ini merupakan hari terakhir buat mereka semua dalam menjalani peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Dan hari ini juga adalah hari terakhir dimana akan ada segelintir pelajar yang akan baling kertas peperiksaan ke awan biru kononnya mereka telah free from this shit. Mereka tidak sedar sebenarnya hidup mereka baru sahaja hendak bermula.

Kelihatan semua pelajar tingkatan 5 yang mengambil subject sains stream sudah berpusu-pusu keluar dari dewan. Riak wajah masing-masing jelas sekali memaparkan seribu satu perasaan. Ada yang tersenyum gembira dan ada juga yang sepertinya sedang berduka lara. Confirm berduka lara sebab paper Kimia macam lahanat punya soalan, bukan?

Isyraf Nazran mengeluh. Fikirannya kini terasa rungsing dan penuh dengan rasa pusing. Apa yang perlu dilakukannya setelah balik dari sekolah nanti? Terus tinggal bersama mamanya? Atau terus berkemas dan berambus keluar dari rumah itu?

Namun, itulah keputusan yang akan diambilnya kini. Memandangkan hubungannya dengan mama dan orang sekeliling sudah retak, lebih baik dia pergi seawal yang mungkin. Biarlah dia lari dari semua masalah yang kian menggila ini.

"Weh, lepas ni nak celebrate tak?" Zariff Isaac terus menepuk bahu Isyraf Nazran yang kelihatan seperti sedang termenung panjang. Mungkin lelaki itu termenung akan jawapan yang dijawabnya tadi sewaktu peperiksaan akhir mereka, andainya.

"Kat mana?" Aina Manirah turut sahaja menyampuk perbualan di antara kedua lelaki itu. Dia juga ingin turut serta bersama rakan-rakannya itu bagi meraikan hari terakhir mereka bergelar pelajar sekolah.

"Tempat biasa, ioi." Zariff Isaac pantas sahaja menjawab pertanyaan gadis itu. Aina Manirah sudah bertepuk tangan menggiyakan ajakan teman lelakinya itu.

"Kau nak join tak Suha?" Aina Manirah mengerling Ilya Nasuha yang berada bersebelahannya buat ketika. Gadis itu hanya tersenyum tipis. Adakah dia mahu mengikut? Dia sendiri tidak pasti akan keputusan yang perlu dibuatnya kini.

"Aku tak join." Habis sahaja berkata, Isyraf Nazran terus berlalu pergi meninggalkan mereka bertiga.

Zariff Isaac dan Aina Manirah sudah tercengang akan reaksi rakannya itu. Mengapa lelaki itu kelihatan sungguh dingin dengan mereka sejak kebelakangan ini? Apa yang telah berlaku kepada lelaki itu sehingga dia berkelakuan begitu? Mengapa lelaki itu semakin kerap menjauhkan dirinya dari mereka bertiga?

"Gaduh ke?" Mereka berdua terus bertanya serentak. Anak mata keduanya sudah tertumpu pada wajah mendung Ilya Nasuha.

Ilya Nasuha segera menayangkan senyum kepada mereka berdua hatta ingin menutup hatinya yang sedang berduka. Siapa sangka, akhirnya Isy akan pergi jauh dari hidupnya seperti ini. Dan siapa sangka, hubungan itu tidak mampu lagi untuk dia perbaiki.

"Confirm gaduh. Hah asal?"

"Takde apa lah."

Ilya Nasuha pantas sahaja mengelak pertanyaan dari Zariff Isaac itu dengan menidakkan. Dia tidak mahu kedua-dua rakannya itu bimbang akan perhubungannya dengan Isy. Beg sekolah yang dipegangnya lantas sahaja disangkutnya pada bahu.

Aina Manirah pantas mengusap belakang tubuh gadis itu. Dia tahu, rakannya itu pasti sedang menyimpan luka yang sangat dalam pada masa kini. Tapi apakah salahnya jika luka itu diluahkan pada rakan-rakan? Bukankah mereka ini rakan baiknya? Jika tiada bahu untuk bersandar, rakan-rakan sedia menjadi mata dan telinga untuk mendengar.

Ilya Nasuha cuba menahan tangisnya. Dia tidak mahu nampak lemah di hadapan kedua rakannya itu. Senyum palsu lantas sahaja terukir di bibirnya saat mengenangkan kedua rakannya itu. Mereka harus tahu akan apa yang berlaku terhadap perhubungannya bersama Isy, andainya.

DIA SI PEMBEKU CINTA : CWhere stories live. Discover now