DSPC : 39

23.2K 1.3K 13
                                    

Kaki jinjang milik Isyraf Nazran melenggang berjalan ke sisi koridor. Air tin coke yang berada di genggaman kanan diteguknya beberapa kali. Terasa kerongkongnya itu sudah basah dengan air bergas itu. Sampai sahaja di hadapan pintu kelas 1-4, pintu kelas itu dia buka perlahan. Pandangan mencerlung segenap isi kelas itu terhadap dirinya dibiarkan tidak berbalas. Dengan laju, dia terus mengatur langkah untuk ke tempat duduknya.

'Asal jadi macam ni?!'

Nafas ditarik sedalamnya. Rongga toraks itu sudah dipaksanya untuk mengembang. Saluran adrenalin pula sudah terasa bagai hendak pecah sekarang ini. Dada yang makin berombak amarah itu cuba ditahannya. Tangannya digenggam erat manakala bibirnya pula diketap kuat hingga mengalir sedikit cecair merah turun ke dagunya yang bersih. Urat saraf yang melingkar di tangan kidalnya sudah memunculkan diri.

'Siapa yang buat sampai jadi macam ni?'

Melihatkan keadaan kerusi, meja dan beg sekolah itu makin membuatkan amarah Isyraf Nazran memuncak naik. Meja dan kerusi itu telah diconteng dengan maker pen merah bagai sedang memberikan autograf pada dirinya.

Bayangkan, kau dengan hati yang gembira, aman dan sentosa mentawaf satu sekolah, tiba-tiba masuk sahaja kelas, kau tengok meja belajar kau macam baru dilanda ribut taufan. Hanya meja kau sahaja. Tak naik darah kau? Tempreture untuk mengamuk confirm makin mendidih, kan? Begitu juga aku, Isy.

Anak Tengku Syamreez babi!

Anak sundal takde bapak.

Fuck! Dingin konon.

Pergi mati lahanat! Buto, sial!

Budak sial. Kesian kat mak yang lahirkan kau.

Banyak lagi kata-kata kesat yang tertulis di meja dan kerusi plastik itu. Mengapa mereka tergamak mengeluarkan kata-kata sebegini padanya? Takkan hanya disebabkan dia tidak masuk ke kelas Puan Suzzy sebentar tadi, dia layak dihukum sebegini? Takkan sudah berbulan-bulan dia di dalam kelas ini, dia masih dianggap sebagai orang luar oleh rakan sekelasnya itu?

Beg yang sudah kepam itu dicapainya pula. Terdapat tompok hitam seperti telah dipijak dan disepak pada begnya itu. Debu dan kotoran banyak sungguh terhinggap pada beg itu. Beg itu lantas ditepuknya perlahan bagi menghilangkan segala kekotoran yang ada.

Belum sempat beg itu disarungkan ke bahu, kesemua buku yang ada di dalamnya sudah jatuh bertaburan ke atas lantai. Mengapa buku tulisnya itu bagaikan telah dikoyak hingga menjadi cebisan salji kecil? Beg itu diterbalikkannya pula. Kelihatan kesan gunting yang sungguh besar pada bahagian bawah.

'Patutlah berterabur buku sains stream aku, ada mangkuk ayun pergi gunting beg aku rupanya.'

'Kalau aku tahu siapa yang buat, memang aku cincang daging dia lumat-lumat.' Bisik hati Isyraf Nazran yang sedang panas.

Amarah yang makin menggila di dalam dirinya itu cuba ditahannya lagi dengan sebaik mungkin. Nafasnya kembali ditarik sedalamnya. Semua penghuni kelas 1-4 itu sedang berjimba mentertawakan dirinya. Ada yang tersenyum sinis dan ada juga yang mengumpat di antara mereka.

'Jadi kau semua puas dengan apa yang kau semua buat?'

'Seksa diri aku dengan cara buli macam ni boleh buat kau puas?'

Hanya itulah kata-kata yang mampu terluah dari hati Isyraf Nazran. Hatinya kini sedang sakit dengan perilaku dari rakan sekelasnya itu. Benci sangatkah mereka pada aku?

Mengapa seisi kelas 1-4 itu perlu melakukan tindakan sejauh ini bagi membuli dirinya? Dan mengapa mereka perlu mengaitkan keluarganya di dalam bicara mereka?

DIA SI PEMBEKU CINTA : CWhere stories live. Discover now