DSPC : 40

24.5K 1.2K 14
                                    

Gelanggang bola keranjang itu terus sahaja bertukar sunyi nan sepi. Masakan tidak, gelanggang ini sedikit terperosok daripada pandangan dan betul-betul terletak di hujung bangunan sekolah. Namun begitu, suasana sepi di gelanggang itu seperti membawa satu maksud bahawa sebentar lagi akan berlaku suatu peristiwa yang cukup ngeri di antara pelajar-pelajar ini. Dinanti dan juga menanti, itulah yang pasti ketika detik ini.

Isyraf Nazran mengetap bibirnya dengan kuat. Sekali lagi luka di celahan bibirnya itu kembali terbuka. Darahnya itu sudah mula mengalir menuruni bibirnya dan terus menitik ke atas lantai. Anak matanya masih mencerlung memandang Luqman Afif yang berdiri membelakangkan jiwanya itu.

"Isy, bibir awak berdarah?!"

Kata-kata Ilya Nasuha tidak dia pedulikan. Tangan kidal itu digenggamnya sekuat hati hingga tertimbul urat di pergelangan tangannya. Bola matanya pula sudah tajam menikam Luqman Afif yang sedang memusing-musingkan pisau lipat itu sambil tersenyum sinis.

"Isy, bibir awak tu."

"Allah, banyaknya darah."

"Jangan sakitkan diri awak Isy, jangan."

Ilya Nasuha sudah tidak senang duduk. Mahu sahaja dia menerpa ke arah Isyraf Nazran sekarang ini. Dia ingin mengelap bibir serta dagu lelaki itu yang sudah mengalir darah merah likat. Namun, pandangan yang maha tajam oleh remaja lelaki itu terhadap dirinya sedikit sebanyak mematikan hasratnya untuk berbuat sedemikian.

"Jangan gerak." Arah Isyraf Nazran.

Namun kata-kata remaja lelaki itu padanya tidak dia endahkan. Langkah kakinya terus dimajukan untuk segera berlalu. Dia tidak betah untuk terus berada di samping remaja lelaki itu dengan lebih lama.

"Aku kata jangan gerak, Ilya!"

Ilya Nasuha patuh. Tubuhnya sudah terhincut saat dirinya ini dijerkah kuat oleh remaja lelaki itu. Dia kembali menjadi patung cendana di tempat asalnya.

Wajahnya sedikit berkerut merenung wajah remaja lelaki itu yang sedang berdiri berhadapan dirinya. Apa yang remaja lelaki itu pandang sedari tadi? Siapa yang ada di belakangnya ini? Dia berpaling dengan penuh berhati-hati.

Tapak kakinya terus diundurkan pada Isyraf Nazran beberapa tapak. Dia terkejut saat wajahnya dan wajah Luqman Afif terlalu rapat. Adakah lelaki ini yang ditenung oleh Isyraf Nazran sebentar tadi tanpa lepas? Hela nafas lelaki ini sungguh kasar menampar wajahnya.

'Bila masa mamat ni ada belakang Suha?'

Ilya Nasuha sudah buka langkah untuk berlari. Namun begitu, dengan pantas Luqman Afif terus mencengkam tubuhnya lantas mematikan langkahnya. Tubuh kecilnya itu lantas sahaja dibalikkan tepat ke arah Isyraf Nazran. Pisau lipat yang berada di genggaman pelajar lelaki itu sedari tadi kini sudah betul-betul mendarat di pipi tembamnya.

"Isy.. tolong saya."

"Tolong saya Isy, saya takut."

Ilya Nasuha sudah mula teresak. Masakan tidak, nanti pipi tembamnya itu sudah pasti akan terkoyak dek penangan dari pisau lipat berkilat itu. Wajah yang Allah kurniakan buat semua hamba, wajah yang mirip kedua ibu bapanya itu pasti akan musnah sebentar sahaja lagi.

Isyraf Nazran dipandangnya dengan pandangan sayu. Adakah remaja lelaki itu akan menolongnya sekarang ini? Jika bukan remaja lelaki itu yang menolongnya, siapa lagi yang akan menolongnya kerana cuma ada mereka bertiga sahaja di gelanggang bola keranjang ini.

"Le..le.. lepaskan Suha.." Rintihnya sayu. Badannya kini sudah menggigil kerana ketakutan tahap dewa.

Mengapa Luqman Afif tergamak memperlakukan dirinya sebegini? Mengapa pelajar lelaki itu menjadikan dirinya sebagai tebusan di dalam pergaduhan mereka? Adakah pelajar lelaki itu masih menyimpan dendam akan tempoh hari? Hari di mana dia menghalang pelajar lelaki itu dari menghayunkan kayu besbol tepat kepada kepala Isy?

DIA SI PEMBEKU CINTA : CWhere stories live. Discover now