DSPC : 17

28.9K 1.4K 4
                                    

Tayar proton Preve itu ligat berputar memasuki perkarangan rumah agam dua tingkat itu. Pintu pagar rumah itu terbuka dengan sendirinya. Proton Preve itu terus sahaja menderu laju memasuki perkarangan rumah lantas dipakirkan oleh Aunty Sherlina.

"Finally, home sweet home."

Setelah enjin kereta itu dimatikan sepenuhnya, Aunty Sherlina pantas membuka pintu kereta. Keluar sahaja dari perut kereta, dengan pantas pintu belah penumpang itu dibukanya pula. Anaknya yang berada di tempat duduk penumpang itu dia pandang mesra.

"Jemput keluar sayang mama."

Isyraf Nazran hanya tersenyum kambing membalas perlakuan mama. Mengapa mama melayani dirinya ini sedemikian rupa? Dia bukan sedang sakit tenat. Dia tidak layak diberikan layanan seperti itu oleh mamanya. Jika mamanya begitu, hatinya ini makin dibelenggu dengan rasa serba salah kerana telah menyusahkan mama.

"Cepat sembuh tau Isy."

"Mama sayang kamu."

Tangan kanan anaknya yang sudah berbalut itu menjadi santapan mata. Hati tua sang ibu mula dipagut dengan rasa bersalah yang mendalam. Diusapnya ubun kepala anaknya itu dengan lembut sebelum dia berlalu pergi untuk membuka pintu utama rumah agam dua tingkat itu.

Anaknya yang masih dengan duduknya di dalam perut kereta itu dibiarkan sendirian. Dia ingin memberi anaknya itu sedikit masa dan ruang bagi dia menyesuaikan dirinya. Pasti anaknya itu sedang tidak selesa dengan tangannya yang sudah berbalut seperti itu.

Selesai sahaja membuka pintu, Aunty Sherlina terus melangkah masuk ke dalam rumah agam dua tingkat itu dengan hati yang sungguh pedih. Pedih akan sikap bekas suaminya itu. Langkah kakinya terus dia lajukan ke ruang dapur.

Penyapu yang berada di dapur segera dicapainya. Dia mula menyapu kaca-kaca yang bertaburan di serata lantai. Sebentar tadi dia tidak sempat mengemas kaca-kaca ini kerana terlalu terburu-buru membawa anaknya ke hospital untuk menerima rawatan secepat yang mungkin.

Kesan darah anaknya yang menitik di permukaan lantai sudah berbau di segenap inci dapur. Bau hanyir darah itu sungguh kuat mencucuk hidungnya kini. Kesan darah itu segera dicuci dengan bersih. Haruman mawar di dalam febreez itu terus disemburnya pula agar bau darah yang hanyir itu segera hilang.

"Kenapa kau datang balik?"

"Kenapa kau kacau anak aku?"

"Kenapa kau tak biarkan je aku hidup aman dengan anak aku sendiri?"

"Kenapa?! Kenapa?!"

Raut wajah bekas suaminya itu menjelma di ruangan matanya. Persoalan itu semakin menggesa dirinya untuk segera menemukan jawapannya. Dadanya kini sesak tatkala memikirkan hal itu.

Mana mungkin hanya disebabkan harta semata, bekas suaminya itu kembali hadir mengganggu hidupnya? Bukankah dahulu bekas suaminya itu pergi meninggalkan dirinya kerana lebih tergoda dengan kecantikan dan body bergetah isterinya yang sekarang? Tatkala isterinya itu tidak mampu melahirkan zuriat lelaki, mengapa anaknya ini yang menjadi sasarannya pula?

Hatinya semakin bernanah benci dengan bekas suaminya itu. Sudahlah lelaki itu tidak pernah memberikan nafkah pada anak mereka. Walaupun pada asasnya, hak penjagaan anak sudah dimiliki sepenuhnya, bekas suaminya masih bertanggungjawab untuk menyediakan nafkah buat anak mereka.

Namun bukan sekadar nafkah, wang ringgit sesen dua pun lelaki itu tidak pernah menghulurkan padanya setelah mereka berpisah. Masih layakkah jika lelaki itu ingin mengambil anaknya ini?

Jika lelaki itu memang benar inginkan hak penjagaan anak ini, tidak bolehkah mereka berunding dengan cara baik? Namun jika berunding dengan baik sekalipun, hati tuanya itu sungguh berat ingin melepaskan anaknya pada lelaki itu.

DIA SI PEMBEKU CINTA : CWhere stories live. Discover now