DSPC : 81

24.2K 1.2K 20
                                    

Hari berganti hari, hujan panas juga turut silih berganti namun begitu hubungan di antara Ilya Nasuha dan Tuan Naz seakan makin menyepi. Setelah dirinya dilamar oleh Tuan Naz tempoh hari, solat istikharah menjadi petunjuknya. Namun, kenapa yang hadir di dalam mimpinya itu adalah Isyraf Nazran? Adakah lelaki itu jodoh dia yang sebenarnya? Tapi, bukankah lelaki itu telah lama menjadi sebahagian dari sejarahnya?

"Isy dah lama pergi, tapi kenapa dia yang aku mimpi?"

"Apa mimpi tu sebenarnya satu petanda?"

"Petanda yang akan ubah jalan hidup aku?"

Ilya Nasuha cuba menyiapkan diri dengan segala kemungkinan. Hatinya cuba diteguhkan kembali agar dia tidak sekali lagi merasai rasa terluka bercinta di tengah jalan seperti di zaman remajanya dahulu. Bukankah bahaya luka di tengah jalan, buatnya ada lori tak ke sia sia dirinya di langgar nanti. Baik tepi jalan, inshaallah pasti dirinya akan selamat!

Hasrat lelaki itu telah diberitahunya pada kedua orang tuanya namun kedua mereka seakan setuju dan tidak membantah. Iman Naim juga seperti tidak ambil kesah akannya. Kenapa semuanya seperti buat tidak endah sahaja? Ini soal hidupnya, masa hadapannya namun kenapa semuanya seakan tidak mengambil pusing akan perihalnya? Malas dia mahu berfikir lebih mengenai mereka semua. Sekarang ini, keputusan hanya terletak di tangannya.

"Jadi keputusan apa yang harus aku pilih?"

"Bersedia untuk Tuan Naz memperisterikan aku atau terus menagih cinta dari Isyraf Nazran lagi?"

Kini, dia semakin rungsing dengan pemikiran dan semakin resah dengan kata hatinya. Apakah tindakan tepat yang perlu diambilnya tika ini? Sejak pertemuan pertama mereka di bank itu, dia berasa senang ketika bersama dengan Tuan Naz.
Perasaan senang itu terasa seperti mereka ini telah lama kenal dan berkawan.

"Ya Allah, setiap apa jua jalan hidupku yang telah kau lakarkan, aku berserah padamu."

"Hanya kau sebaik-baik perancang."

Akhirnya, dia hanya mampu berserah. Biar yang di atas sana menjadi penentu kerana dia tahu segalanya. Baik buruk semuanya Ilya Nasuha serahkan padaNya. Sesungguhnya dia maha mendengar, lagi maha mengetahui.

Hela nafas itu dilurutkan oleh Isyraf Nazran dengan perlahan. Ingatannya terus terimbau kembali akan kenangan suka dan duka di masa lalunya ketika dia masih bersama dan duduk sebumbung bersama ibu tua itu. Hatinya yang semakin terasa nan pilu itu cuba diteguhkannya kembali. Nombor yang sedari tadi sudah tertera di ruangan pemanggil lantas ditekannya. Tidak selang beberapa minit, talian itu akhirnya bersambung.

"Hello nak cakap dengan siapa?"

Suara itu. Lunak suara dari kelembutan seorang ibu itu jelas sekali berjaya memagut rasa rindu di dalam dirinya. Rindunya pada mama sungguh tidak tertahan lagi.

Isyraf Nazran tergamam buat sementara waktu. Rasa kesal mula menebal di dalam dirinya sekarang ini. Mengapa dia sanggup meninggalkan ibu tua itu seorang diri? Mengapa dia tidak mencuba untuk mendengarkan penjelasan ibu tua itu terlebih dahulu? Mengapa dirinya penuh dengan rasa sombong ke atas ibu tua itu sewaktu di zaman remajanya?

Air mata penyesalan itu laju sahaja menitis jatuh ke pipinya. Genggaman tangannya masih erat memegang telefon bimbit. Dia sedang mengumpul kekuatan untuk bercakap dengan ibu kandungnya itu.

"Hello siapa ni?"

"Telefon tapi tak bersuara?"

"Siapa ni?"

"Nak bercakap dengan siapa ya?"

Setiap pertanyaan itu tidak mampu dibalas olehnya. Air mata yang penuh tanda kekesalan itu semakin galak menuruni pipinya saat ini. Perit sungguh rasanya menangis namun tidak mampu untuk bersuara seperti sekarang ini. Namun, perit lagi jiwanya yang terseksa akan kesalahan zaman remajanya itu. Dia bagaikan telah dipenjara selama ini tatkala terkenangkan peristiwa itu.

DIA SI PEMBEKU CINTA : CWhere stories live. Discover now