DSPC : 35

24.8K 1.2K 18
                                    

Bancuhan air ribena di dalam jug kaca itu sesekali berdeting tatkala berlaga sudu. Seusai membancuh, gelas kaca pula dicapai oleh Aunty Sherlina dari dalam cabinet putih. Gelas kaca itu terus ditelangkup di atas dulang. Dulang yang sarat dengan bancuhan air itu ditatangnya pula menuju ke ruang tamu rumah. Meja kopi menjadi destinasi bagi meletakkan air bancuhan itu. Sepasang mata tuanya meliar mencari kelibat Risya Rinna.

'Mana pergi si Isya tu?'

'Jangan-jangan dia kacau Isy tidur?'

Sedang Aunty Sherlina meliarkan pandangan, kedengaran hentakan kaki yang super mega kuat di anak tangga. Dia berpaling. Retina mata tuanya pantas menangkap riak wajah sugul anaknya itu.

Rambut anaknya yang kusut, wajah yang masih menahan berjuta rasa kantuk dan pemakaian yang menujuk bahawa dirinya sedang menahan rasa terkutuk. Siapa yang buat putera kesayangan beta begini rupa? Meh sini ibunda pancung kepala dia!

"Kenapa bagi dia masuk bilik Isy?!" Perkataan dia itu ditekannya keras. Faham benarlah ibu tua itu akan Risya Rinna yang sedang dimaksudkan.

Riak wajahnya jelas sekali memancarkan rasa benci akan apa yang berlaku sebentar tadi. Mengapa dan kenapa tidurnya yang sedari tadi lena diganggu oleh orang gila? Orang gila itu telah mencabul dirinya pula. Rasa macam hendak bungkus sahaja minah selebet itu dengan selimut tebalnya tadi biar mati lemas.

Serabut!

Sungguh serabut!

Tanpa menghiraukan mama yang berada dalam keadaan serba salah, dia terus menuju ke dapur. Hatinya sedikit terdetik bahwa Allah masih menjaga aibnya daripada dicalarkan oleh sepupunya sendiri.

Lelaki diperkosa oleh wanita. Betul orang kata, dunia kita makin terbalik dan makin hampir dengan kiamat. Allahu wallahi, insaf anak muda, dunia kita makin tua.

'Alhamdulillah. Aku masih teruna!'

Detik hatinya. Walaupun dalam keadaan sebegitu, dia masih mahu memanjatkan rasa syukur pada yang maha Esa. Dirinya tidak mudah terbuai dengan zina sedangkan sepupunya itu terang-terangan meletakkan diri mereka berdua di dalam situasi itu sebentar tadi.

Sedang dirinya elok memanjatkan rasa syukur pada yang Esa, kelihatan Risya Rinna mula menuruni anak tangga rumah agam itu satu per satu. Seulas bibirnya itu sudah dimuncungkan tanda protes akan sepupunya. Mengapa lelaki itu tidak melayani dirinya sebentar tadi? Sedangkan mereka berdua sahaja yang ada di dalam bilik itu.

Aunty Sherlina memandang gadis itu dengan renungan yang sangat tajam. Namun entah mengapa gadis itu tetap dengan riak muka yang bersahaja. Bahkan riak muka itu sedikit pun tidak memaparkan raut wajah bersalah atas apa yang dilakukannya sebentar tadi ke atas anak lelakinya. Namun hati tuanya sudah dapat menduga bahawa gadis itu telah melakukan sesuatu yang terkutuk.

"Buat apa tadi?" Tanya ibu tua itu geram. Anak matanya masih tidak lepas dari merenung gadis itu.

Air bancuhan yang berada di atas meja kopi itu lantas sahaja dicapai oleh Risya Rinna lalu diteguknya perlahan. Kaki jinjangnya itu pula sudah disilangkan betul-betul berhadapan dengan sepupunya itu. Cis, sengaja betul hendak buat freeshow warna panties dia!

Dia memandang ibu tua itu sekilas kemudian tersenyum manja mendengarkan pertanyaan itu. Old question from old people. Bila hendak mampus agaknya Aunty Sherry ini? Tidak tahukah ibu tua itu bahawa dirinya hanya menyusahkan rancangan yang dirangkanya bersama uncle?

"Jumpa sepupu Isya." Jawabnya sambil tersenyum ghairah.

Bibir hujungnya digigit manja sambil merenung Isyraf Nazran yang sedikit pun tidak memandang dirinya. Malah sepupunya itu seakan tidak mengendahkan kehadirannya di situ.

DIA SI PEMBEKU CINTA : CWhere stories live. Discover now