Tiada ungkapan lain yang boleh diucapkan selain beku , sejuk dan dingin . Itu merupakan ungkapan yang sangat sinonim dengan perwatakan lelaki itu . Susah untuk didekati dan sukar untuk difahami oleh sesiapa . Kenapa dia begitu dingin ? Kenapa dia suka menjauh ? Apa yang disimpan oleh dirinya itu sehingga sukar untuk menikmati indahnya dunia ? Sebegitu keras tangkai hatinya untuk membuka bicara dan menyatakan rasa buat semua di sekelilingnya . Tetapi , kenapa ? " Kau jiwa aku . " - Isyraf Nazran . Satu ucapan itu , lantas terlahir daripada dirinya . Bagaimana dirinya yang beku , dingin dan sejuk itu mampu cair begitu sahaja ? Cair di dalam dakapan gadis itu secara tiba - tiba ? ----- Bandana Headband yang sering tersarung indah di dahinya itu menjadi simbolik bagi seorang Isyraf Nazran . Walaupun begitu, adakah kisah hidup lelaki ini , sama indahnya dengan Bandana Headband yang sentiasa terhias di dahinya itu ? Adakah kehidupan dunia remaja dan cinta remajanya pada usia muda ini , akan terus berkekalan sehingga ke akhirnya bersama seorang Ilya Nasuha ? " Suka Isy atau Tuan Naz ? " - Isyraf Nazran . " Isy . " - Ilya Nasuha . Adakah benar cinta sejati mampu mencantumkan dua hati yang telah lama berpisah , menjadi satu semula dengan sebuah ikatan perkahwinan ? Cinta remaja pastikah akan kekal hingga ke akhirnya ? Kekal hingga mereka tua ? Bila kedinginan mula mengawal dan bermaharaja lela di dalam hati dan organ lelaki dingin ini , mampukah cinta wujud di dalam hati kosong miliknya ? Tetaplah percaya , kerana Dia Si Pembeku Cinta . DILARANG PLAGIAT ! ( AUNIFILDZAH )
99 parts