C1

8.6K 389 73
                                    

Memandangkan semua rindu CUPID, sis post lah. Enjoy sementara tunggu NOTICE labuhkan tirai

Terima kasih kerana sentiasa sokong. Saya sayang semua ♡

Enjoy, bb saya

♡ •°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°• ♡

SEMENTARA menunggu Mifzal kembali dari tandas, Ayesha mengambil masa itu menikmati pemandangan malam dari luar tingkap. Berada di Sabayon SKY51 KL buat dia nampak jelas Menara Berkembar Kuala Lumpur yang terpampang di hadapannya. Bila tengok bawah, nampak semua benda menjadi kecil dan berkerlipan cantik. Dan itu buat Ayesha tersenyum suka. Senyum tambah melebar bila mata dibawa melilau sekeliling restoran. Oh, sesuai sangat dengan mood romantik! Mifzal sangat pandai membeli jiwanya!

Terasa lama pula Mifzal pergi. Terus telefon dibawa keluar lalu nombor Mifzal yang disimpan dengan nama Amore di dalam senarai contact. Jumpa nombor, terus dia dail. Tak perlu tunggu lama, sekejap sahaja panggilan bersambung dan seterusnya dia dapat dengar suara romantik Mifzal memanggilnya.

"Yes, baby."

Tersenyum lebar Ayesha. Walau sudah tiga tahun lamanya mereka bercinta, panggilan yang satu itu tetap memberi rasa teruja buat dirinya.

"You kat mana? I dah lapar and kita tak buat apa-apa order lagi." Rengek Ayesha manja.

Mifzal yang mendengar suara manja itu terus lepaskan tawa kecil. Di sebalik dinding, dapat dia lihat wajah Ayesha. Muncung habis bibir merah itu. Comel!

"I'm done and I'm coming now." Kata Mifzal memujuk seraya panggilan dia matikan. Lambat-lambat dia ambil langkah merapati Ayesha.

Lihat skrin yang sudah hitam, Ayesha lepaskan nafas lemah. Sedikit berkecil hati. Macam itu sahaja Mifzal matikan panggilan telefon? Tiada ucapan sayang seperti biasa? Dalam hendak merajuk itu, Ayesha pujuk diri sendiri.

"No, Ayesha Humaira! Today is a big day! Jangan spoil dengan perangai gedik you! It's a no, no!" Kata Ayesha kepada diri sendiri. Gelas yang masih penuh dengan air kosong dia capai sebelum isinya diteguk perlahan. Tenangkan diri dengan itu dan dengan pemandangan yang tak pernah pudar indahnya di hadapan.

Sedang Ayesha begitu, tiba-tiba telinganya menangkap satu nyanyian. Berkerut dahi dengar nyanyian itu. Terlalu familiar suara yang menyanyi itu. Terus dia menoleh memandang arah telinganya menangkap nyanyian tadi. Dan bila dia menoleh, terus tangan naik menutup mulut yang terlopong dek terkejut dan gembira.

Mifzal dari belakang sedang tersenyum sambil memegang sebiji kek yang sudah dicucuk dengan sebatang lilin. Mulut lelaki itu pula tersenyum lebar sambil tak lepas menyanyikan lagu Happy Birthday di sepanjang perjalanan menuju ke meja yang diduduki mereka berdua ini.

Ayesha rasa matanya sudah bertakung dengan air mata kegembiraan. Oh, ini sangat romantik dan sweet! Dia boleh dapat kaviti dengan Mifzal yang begini!

"Happy Birthday To You...!" Tepat dengan nyanyian itu habis, Mifzal berdiri di hadapannya sambil tersenyum manis. Kek dihulurkan kepada Ayesha, menyuruh si kekasih hati meniup lilin yang masih menyala.

Ayesha tersenyum lantas berdiri. Mifzal dipandang penuh sayang. Dan Mifzal juga memandangnya begitu.

"Don't forget to make a wish, baby." Pesan Mifzal lembut dan Ayesha menerimanya dengan anggukan kecil. Patuh. Terus dia tutup mata menyuarakan hasratnya dalam hati sebelum dia buka mata semula dan lilin ditiup perlahan.

Mifzal yang memerhati sedari tadi hanya tersenyum manis.

"Happy Birthday, baby." Ucap Mifzal seraya meletakkan kek di atas meja.

Ayesha yang tak dapat tahan kegembiraannya terus menarik rapat tubuh Mifzal ke dalam pelukan. Rasa bahagia menyerpa dalam hati saat Mifzal juga memeluk erat tubuhnya. Tambah lagi rasa bahagianya bila dengar degup jantung Mifzal. Laju seperti lajunya degup jantungnya sekarang. Oh, mereka kongsi rasa yang sama.

"Thank you, love!" Ucap Ayesha sebaik sahaja pelukan terlerai. Mereka kembali ke tempat duduk masing-masing dan memandang sesama sendiri dengan mata yang terpancar sinar bahagia.

Mifzal lepaskan tawa kecilnya melihat Ayesha begitu. Sungguh Ayesha sahaja yang boleh buat jantungnya berdegup laju seperti ini. Bukan sahaja gadis itu cantik rupa parasnya namun setiap tingkah, tutur kata dan perangai gadis itu pun cantik dan tiada cela di matanya. Ayesha seperti terlalu sempurna buat lelaki yang banyak kekurangan sepertinya.

"So, what is your wish?" Soal Mifzal ingin tahu.

Ayesha senyum cheeky sebelum dia tongkat dagu pandang Mifzal.

"I wish we will be happy like this forever!" Beritahu Ayesha, manis.

Mifzal senyum lagi. Wajah Ayesha tak lepas dari pandangannya. Lama dia berkeadaan begitu sampai dia kalah sendiri dengan panahan mata Ayesha. Terus dia tunduk dan pegang dada sendiri. Gila betul seorang Ayesha Humaira ni.

Melihatkan Mifzal begitu, Ayesha tak boleh tahan daripada menghamburkan tawa kecil. Mifzal sangat comel di matanya. Ini bukan kali pertama. Banyak kali juga Mifzal begini. Kalah bertentangan mata dengannya.

"Kenapa cute sangat ni, Mister Man?" Gelak Ayesha, menyakat.

Mifzal angkat wajah dan tergelak kecil. Ayesha yang masih hamburkan tawa dipandang tak lepas. Rasa melihat Ayesha gelak seperti rasa pertama kali pandangannya jatuh pada wajah manis itu. Masih lagi beri rama-rama di dalam perutnya.

Diam-diam, tangan Ayesha digenggam perlahan dan Ayesha hanya senyum.

"I can make your wish come true, baby." Ucap Mifzal penuh romantis.

"Of course you can and you will! You are my man forever and ever!" Balas Ayesha.

Tangan Ayesha yang dalam genggamannya dielus lembut. Rasa gugup tiba-tiba bila tangannya yang satu lagi tersentuh sesuatu yang sejuk dalam poket. Ayesha yang masih tersenyum tenang itu dipandang tak lepas. Sedaya upaya dia tak tunjuk rasa gemuruhnya.

"Ayesha..." Mifzal panggil Ayesha, buat Ayesha memerah di situ. Tak boleh nafi bahawa dia suka Mifzal memanggilnya dengan panggilan Baby. Tapi, bila Mifzal memanggilnya dengan nama sebenar, dalam perut rasa macam ada jutaan rama-rama yang mengepak sayap terbang tanpa arah! Sangat romantis! Sangat sweet!

Terus tangan yang lepas bebas naik menutup wajah sendiri. Malu.

Peluang itu Mifzal gunakan sebaiknya. Laju tangan kirinya mengeluarkan sebentuk cincin dari dalam poket dan lantas jari manis Ayesha menjadi tempat sarungannya.

Senyum Ayesha mati. Dada berdebar tidak terkawal bila rasa sesuatu disauk masuk ke jari manisnya. Lambat-lambat dia alihkan tangan dari wajah. Mata tak berkelip manakala mulut melopong dek terkejut. Semua dek kerana matanya terarah pada sebentuk cincin berlian yang tersarung kemas di jarinya.

Mifzal dipandang lambat-lambat.

"Ayesha Humaira. I love you." Mifzal lafaz kata bila pandangan Ayesha jatuh padanya.

Ayesha diam.

"Will you be my wife?"

PANG!

Terkedu Mifzal bila tiba-tiba sahaja dia menerima tamparan hebat di pipi. Tak berkelip dia memandang Ayesha.

"You jerk!!!"

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Where stories live. Discover now