C81

2K 274 48
                                    

BAHU Hajah Fazilah dipeluk Nufa dari sisi. Lembut tangannya bergerak mengusap perlahan. Sesekali mata pandang lurus ke kereta. Pandang Nourin yang masih sibuk memasukkan barang-barang ke dalam kereta.

Ya. Apa Nourin nak, Nourin akan dapat. Semestinya kerana Nourin punya penyokong paling kuat iaitu Mama Hafizah. Abah Rosdi pun dah tak tahu macam mana nak menghalang anak dan isterinya. Sudahnya, Nadhif dan Nufa dipandang penuh rasa bersalah.

"Nufa jangan kecil hati sangat ya?" Suara Hajah Fazila gamit Nufa menoleh.

Senyum kecil dia seraya mengangguk.

"Takde apa lah. Nufa okey aje." Balas Nufa jujur. Sedikit aje lah dia jujur.

Siapa aje tak rasa apa-apa bila tengok perempuan lain jadi kucing parsi dengan suami kesayangan kan? Kalau ada, pasti si isteri tak punya rasa buat suami.

Tapi, Nufa tidak. Nufa punya rasa. Bukan sedikit namun banyak. Banyak dan dalam.

Hajah Fazila tersenyum tawar sahaja. Nourin dan Mama Hafizah yang elok berpesan-pesanan dipandang tanpa rasa.

Kecil hati sedikit dengan sikap kawan baiknya itu. Bahkan sudah lama dia simpan bila Mama Hafizah tak sudah-sudah menyatakan ketidakpuasan hatinya menyatukan Nadhif dengan gadis selain Nourin.

"Faz memang suka mungkir janji. Dulu kita dah pakat-pakat mahu satukan anak-anak kita. Tengok sekarang ke mana semuanya?" Mencebik benci bibir Mama Hafizah menutur kata. Hajah Fazila dijeling sekilas.

Diam, Hajah Fazila telan liur yang terasa tersekat di kerongkongnya.

"Nak buat macam mana, Jah. Jodoh mereka bukan Faz dapat halang pun. Itu kan kerja tuhan." Lembut Hajah Fazila memahamkan.

Memang Mama Hafizah jenis selalu dapat apa yang dia inginkan. Kalau tidak, memang diungkit walau hingga tujuh keturunan sekali pun.

Mama Hafizah mencebik kecil.

"Sepatutnya Faz bagitahu Jah yang Adep dah mula-mula berminat untuk kahwin. Kalau diberitahu awal, Jah tak teragak-agak hantar Nourin untuk jadi calon Adep." Mama Hafizah sambung kata lagi.

Hajah Fazila hanya angguk kecil.

"Faz pun tak tahu yang Adep ada niat nak berkahwin. Tahu-tahu, dia dah bawa balik calon." Beritahu Hajah Fazila.

Pusing tubuh, Mama Hafizah menghadap Hajah Fazila. Dicuit tangan Hajah Fazila perlahan.

"Ni lagi satu. Mana tiba-tiba Adep dapat Nufa tu? Katanya tak minat mahu kenal mana-mana perempuan. Ni, tiga bulan baru kenal dah boleh ajak nikah. Pelik lah Jah." Soal Mama Hafizah. Wajahnya dah berkerut kehairanan.

Tiba-tiba Hajah Fazila rasa penat dek mendengarkan soalan Mama Hafizah.

"Kan Faz dah kata kalau dah jodoh." Itu sahaja yang Hajah Fazila mampu ulas. Malas mahu bercerita panjang jika akhirnya, ada aje yang belum kena di mata kawan baiknya itu.

Mama Hafizah mencebik. Nufa muncul dalam kepala.

"Nufa tu Jah tengok macam belum sedia aje nak jadi isteri." Mama Hafizah tukar arah bual pula. Kalau tadi Nadhif, sekarang Nufa pula.

Tanpa tahan, keluhan kecil dilepaskan Hajah Fazila. Mama Hafizah dipandang sambil kepala menggeleng kecil.

"Biar lah. Sedia ke tak sedia, urusan didikan itu kita serah sahaja kepada Adep. Pandai-pandai lah Adep mahu didik apa yang kurang pada Nufa tu." Balas Hajah Fazila.

Dahi Mama Hafizah dah berkerut. Jelas tak puas hati.

"Mana boleh begitu. Nak kahwin ni kena ada ilmu rumah tangga. Kalau tak, tak ke mana perkahwinan tu." Mama Hafizah jelas masih tidak mahu kalah.

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Where stories live. Discover now