C84

2K 256 20
                                    

TANGAN diraup pada wajah bila bacaan doa Nadhif selesai. Beralih sahaja tangan daripada wajah, ada Nadhif yang sudah menoleh kepadanya. Tak kata apa, namun tangan lelaki itu terhulur minta disalam.

Senyum, Nufa terus genggam tangan itu sebelum tunduk dia mengucup tangan Nadhif. Sengaja cari pasal, Nufa tanpa amaran langsung menggigit perlahan belakang tangan Nadhif.

"Argh!" Kuat jeritan Nadhif sebelum Nufa rasa kepalanya ditolak oleh Nadhif. Sedikit kasar, tapi Nufa tak kesah. Bahkan selamba dia hambur gelak tak bersalah.

"Apa ni Huwainaa? Subuh lagi ni nak cari pasal pun." Kata Nadhif tak puas hati. Berkerut wajah menahan sakit.

Nufa hanya tayang sengih sahaja sebelum selamba dia baring di atas sejadah. Riba Nadhif menjadi alas kepalanya.

"Sorry, sorry." Nufa angkat tangan perlahan sebelum dia tarik tangan Nadhif masuk dalam genggaman. Tempat yang digigitnya tadi diusap perlahan.

Nadhif terpujuk. Hilang tak dapat dijejak dah geramnya tadi. Tapi, sengaja dia mahu jauh hati lama-lama.

"Tak sampai sehari, ciri-ciri housemate gorgon tu dah ada ya." Selamba Nadhif mengutuk.

Nufa julingkan mata ke atas.

"Baru fun b. Kalau senyap aje, tak seronok lah." Nufa membalas. Jari-jari Nadhif ditarik perlahan-lahan.

"Ha ha ha. Masak lah kalau subuh lagi dah kena gigit. Seminggu, lebam terus tangan abang Huwainaa kerjakan." Tergeleng kecil kepala Nadhif ketika menutur kata.

Selalu nak fun sahaja Nufa ini.

Nufa hanya sengih dan tarik peluk lengan Nadhif. Nadhif hanya julingkan mata, namun bibir tarik senyum.

Antara menyampah dan suka dengan kemanjaan Nufa kepadanya.

"B." Nufa memanggil dan Nadhif hanya angguk tanda menyahut.

"Mulai sekarang kan kita dah duduk satu rumah sama-sama. Maksudnya, kita duduk rumah kita. Kan?" Perbualan ini Nufa guna nada serius. Tidak ada bayangan mahu bergurau seperti tadi.

Kening Nadhif sedikit terjungkit. Hairan namun dia hanya amgguk dan mengiyakan kata-kata Nufa.

"Akan ada Halwa sama ke nanti?" Tanya Nufa, sedikit berhati-hati.

"Kenapa Huwainaa tanya? Huwainaa tak nak dia duduk sekali dengan kita ke?" Soal Nadhif.

Sejujurnya, Nadhif ada terfikir juga tentang Halwa. Di bandar, memang Halwa memang di bawah tanggungannya. Namun, kini dia sudah berkahwin. Tanggungannya bertambah dan semestinya dia tidak dapat tumpu kepada Halwa sepenuhnya seperti sebelum berkahwin.

Ini, Nufa sendiri yang datang buka topiknya. Mahu tak mahu, dia perlu berbincang juga dengan Nufa. Nufa isterinya. Halwa adiknya. Dan dia tidak mahu ke belakangkan sesiapa pun. Pendapat setiap seorang daripada mereka akan dia titikberatkan.

"Eh, takde lah. Soalan apa tu? Mesti lah Waina nak Halwa duduk sekali dengan kita." Balas Nufa laju sekaligus menafikan soalan Nadhif tadi.

Mana mungkin dia tidak mahu Halwa. Halwa dah jadi kawan baiknya tau!

"Serius?" Nadhif seperti kurang percaya.

"Huwainaa serius nak Awa duduk sekali dengan kita?" Tanya Nadhif, lebih telilti berbanding tadi.

Nufa angguk.

"Seronok Halwa ada. Nanti Waina ada kawan." Jawapan Nufa lancar sahaja. Tak perasan dah Nadhif yang sudah tarik muka tak puas hati sedikit.

Diam Nadhif buat Nufa angkat pandangan. Senyum nakal terbentuk kecil di hujung bibir bila nampak wajah masam mencuka Nadhif.

Dah kenapa mamat ni? Dia ada salah bicara ke tadi?

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt