C58

1.7K 276 144
                                    

TERDENGAR derapan kaki yang menghampiri, Nufa langsung menoleh. Wajah yang sebelum ini bersahaja terus sahaja memaparkan riak menyampah. Dahi digaru perlahan sebelum kaki dibawa ingin melangkah pergi dari koridor dobi. Tak mahu bersemuka dengan Mifzal yang tiba-tiba muncul.

Bila nampak Nufa yang melangkah pergi tanpa menghiraukan kehadirannya, Mifzal terus lajukan langkah menghampiri. Lalu, terus tangan menangkap lengan Nufa, buat Nufa sedikit terpusing memandang ke arahnya.

Geram, Nufa rentap lengannya sedikit kasar. Mifzal dijeling tajam dan melihat kepada jelingan itu, langsung Mifzal angkat kedua belah tangannya. Sedar, diri sudah terlanjur laku.

Berpaling daripada Mifzal, Nufa amahu sambung langkah semula. Namun, Mifzal lebih cepat menghalangnya. Berdiri di hadapannya dengan tangan yang mendepa luas. Melihatkan Mifzal sebegitu, Nufa julingkan mata ke atas.

"Say---" Belum sempat lagi Mifzal habiskan kata, mata Nufa sekali lagi sudah menjelingnya tajam.

Kemam bibir, Mifzal lepaskan nafas berat. Nufa dipandang namun sedikit pun gadis itu tidak mengerling ke arahnya. Malah bahasa tubuh gadis itu jelas tunjuk yang dirinya langsung tidak mahu melayan.

Tangan naik meramas perlahan rambut. Tak peduli jika rambut kemasnya sudah sedikit tidak teratur. Butang pada lengan kemeja kerjanya juga sudah dibuka sebelum tangan cermat melipat lengan baju hingga ke siku. Tali leher sahaja dibiarkan terletak elok di bahagian kolar kemeja biru cairnya.

"Sayang." Mifzal memanggil lagi.

Nufa sekadar helakan nafas. Jelas riak wajahnya tidak senang.

"Apa lagi Mifzal? Aku bukan sayang kau dah lah." Lemah tutur kata Nufa, tunjuk dia takde kudrat dah nak melayan perangai Mifzal yang satu ini.

"Kita dah takde apa-apa hubungan." Nufa tekankan kenyataan yang satu itu.

Mifzal gigit bibir bawahnya perlahan. Kaki menapak mara ke arah Nufa namun Nufa laju mengundur ke belakang, mahu jauh daripada Mifza. Atas bawah, atas bawah lelaki itu dipandang tidak puas hati.

"Kau nak apa ni?" Soal Nufa.

"I nak you. I nak kita yang dulu." Lemah Mifzal ungkap kata.

Tangan terus naik mengurut pelipis kepala. Pening dengan perangai Mifzal.

"Kalau kau nak aku, kenapa ada Ayesha antara kita dulu?" Sudahnya Nufa menyerah. Baik lah dia selesaikan apa yang belum selesai di antara mereka sebetulnya. Biar dua-dua pihak mengerti dan terima dengan hati yang terbuka bahwa mereka memang tidak berjodoh.

Mendengar soalan Nufa, jatuh kepala Mifzal. Kasut hitam berkilatnya dipandang. Sungguh rasa menyesal itu hadir bertimpa-timpa. Dan sungguh, untuk soalan Nufa itu dia seperti tiada jawapan yang jelas. Tidak datang langsung memori kenapa Ayesha boleh ada antara mereka. Memorinya kini penuh dikaburi dengan Nufa.

"I..."

Tubuh dipeluk dan Mifzal dipandang.

Diam seketika antara mereka dan bila Mifzal angkat pandangan, Nufa jongketkan kening sekilas. Masih bersabar menanti jawapan kepada soalan yang diajukan tadi.

"I tak tahu." Nafas dilepaskan kasar. Tangan laju sahaja menutup wajah sendiri selepas itu. Sungguh kekecewaannya memang jelas tertayang di situ dan dia mahu sorok itu daripada Nufa.

Nufa menggeleng perlahan.

"I'm sorry, Nufa. Maafkan I." Wajah diangkat dan tunak pandangan sayunya di wajah Nufa.

Tidak tunjuk sebarang riaksi, pandangan Mifzal ditentang.

"Kalau aku maafkan kau, boleh kau janji kau takkan ganggu aku dan teruskan hidup dengan Ayesha?" Soal Nufa.

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Where stories live. Discover now