C75

2.3K 313 148
                                    

MALAM sudah melabuhkan tirai. Tahu-tahu, tempoh empat hari tiga malam mereka berbulan madu di Pulau Perhentian sudah mahu berakhir. Esok mereka akan pulang semula ke jeti sebelum bertolak kembali ke rumah mereka.

Disebabkan tempoh percutian mereka pendek, banyak aktiviti yang diselesaikan pada hari ini. Badan jadi penat, namun hati penuh dengan rasa gembira dan puas.

Ambil keputusan untuk tidak ke mana-mana pada malam terakhir, Nufa dan Nadhif hanya bercadang untuk berehat sahaja di chalet mereka.

Mahu makan malam pun guna perkhidmatan room service. Itu pun selepas puas Nufa bergaduh mulut dengan Nadhif.

Bagi Nufa, makan roti pun dah kenyang. Bekalan roti yang mereka beli banyak. Belum habis lagi. Tapi, tidak bagi Nadhif. Nadhif mahu Nufa makan dengan betul. Tak mahu Nufa jatuh sakit.

Pasrah, Nufa angkat bendera putih. Beralah.

Berehat di ruang tamu, Nadhif hanya menonton televisyen. Nufa, Nadhif tak tahu pula buat apa. Lepas solat Maghrib dan Isyak tadi, masing-masing buat hal sendiri.

Dengar keriuhan dalam bilik, Nadhif rasa Nufa seronok bersembang dengan kawan-kawannya. Boleh jadi Sayf. Dan boleh jadi juga Warda atau Halwa.

Apa-apa pun, Nadhif hanya santai menonton televisyen.

Sedang Nadhif ralit, Nufa muncul di sebelah dengan telekung yang masih tersarung di tubuh.

Nadhif mengerling Nufa sekilas.

"Kenapa tak buka telekung lagi?" Soal Nadhif. Kepala ditongkat dan Nufa dipandang tanpa riak.

"Sejuk." Sepatah Nufa membalas. Mata tak berkalih dari televisyen. Ralit tonton drama melayu yang terpasang.

Nadhif hanya diam.

"Esok balik tau."

Nufa angguk mengerti. Walaupun rasa sedih, tapi diri perlu terima hakikat. Mereka masih berkerja. Lain lah kalau masing-masing kaya. Pusing satu dunia pun takpe.

"Sedih?"

Nufa menggeleng. Tangan capai alat kawalan jauh dan volume TV dinaikkan.

Lihat Nufa begitu, dahi Nadhif berkerut. Terus wajahnya cari wajah Nufa. Bila mata mereka bertembung, elok pula Nufa berkerut tanya kenapa. Nadhif pula yang hairan.

"Kau okey tak ni?" Tanya Nadhif. Atas bawah Nufa dipandang. Tangan ringan menekup dahi Nufa, mahu periksa suhu. Mana tahu demam pelik.

"Tch." Tangan Nadhif dikalih lembut.

"Okey lah. Kau kenapa?" Soal Nufa kehairanan. Nadhif pula dipandang atas bawah.

"Ye ke? Macam tak okey aje." Nadhif ragu.

Nufa sandarkan tubuh di kerusi. Tangan mula naik menumbuk lembut bahu sendiri. Bagi isyarat yang dia sedikit penat.

Bahana berenang tak ingat dunia. Punya lah teruja snorkeling di empat check point, Nufa langsung tak fikir tubuh sendiri yang sudah lama berehat daripada berkerja. Mujur juga dia tak cramp di tengah-tengah laut tadi.

Nadhif mengerti. Langsung tangan dipanjangankan mengurut bahu Nufa. Ditolak tangan Nufa, memberitahu biar dia yang mengurut.

Tak mahu buang tenaga, Nufa hanya bersetuju.

Mata terpejam rasa sedap urutan Nadhif pada bahunya. Bukan bahu sahaja yang lelaki itu urut, malah lengan dan kakinya juga.

Memang tip top! Rasa ringan sedikit badan.

"Okey dah?" Soal Nadhif. Nufa terlihat seperti tersengguk-sengguk kecil.

Nufa angguk dan tangan Nadhif ditepuk. "Dah lah."

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Where stories live. Discover now