C33

2K 293 81
                                    

USAI mandi, Nufa terus keluar ke ruang tamu dengan telefon di tangan. Senyum terukir manis bila lihat Habeeba yang sedang seronok melayan drama korea di televisyen. Seronok Habeeba buat Nufa mahu tumpang sekaki sekali. Tanpa lengah, duduk terus dilabuhkan di sebelah Habeeba.

Habeeba menyengih sama seraya memberikan sebuah kusyen buat Nufa. Tengok drama korea, memang wajib ya ada sesuatu untuk dipeluk. Buat persediaan untuk sorok jerit yang mengilai bila babak-babak potong kaki muncul.

Nufa menyambut dan peluk kusyen yang diberi. Skrin televisyen dipandang. Sengih bila lihat drama pilihan Habeeba. Lakonan Ahn Yeo Seop sebagai hero dan Kim Se Jeong sebagai heroine. Tak lain tak bukan Business Proposal yang sedang meningkat naik popularitinya.

Memang wajib ada kusyen untuk dipeluk. Hahaha!

"Kau mandi dah kan?" Habeeba mulakan perbualan walaupun mata lurus memandang televisyen.

Nufa angguk. "Dah." Menjawab pendek, telefon dibuka. Nak tengok mesej WhatsApp yang belum terbalas. Banyak tak banyak juga lah yang dia belum buka.

"Lapar tak?" Soal Habeeba. Kepala dah menoleh pandang Nufa dengan bibir yang tarik menyengih. Senyum kotak di situ. Comel!

Nufa tergelak kecil. 

"Dasar kau ni. Kita kan baru makan tadi. Tak sampai empat jam lagi weh." Jari tunjuk jam yang tergantung di dinding. Nak ingatkan Habeeba. Mana tahu lupa yang mereka dah jamah habis Sambal Udang dan seperiuk kecil nasi tadi. Licin tidak bersisa!

Habeeba mencebik kecil. 

"Aku bukan lapar. Aku rasa nak mengunyah. Kau tahu tak?" Soal Habeeba. Mulut pun dah digayakan seperti mengunyah. Buat Nufa tergelak kecil.

Melihat ke arah jam, nak kata lewat sangat untuk snek pun boleh. Tambah lagi, gaya pasang drama di televisyen ini bawa ke arah gaya hidup yang tidak sihat. Tapi, tak salah rasanya sekali-sekala. Bukan selalu pun aktiviti malam mereka begini. Untuk dia lah. Memang jarang sekali kerana hari-hari berkerja. Untuk Habeeba, mungkin boleh dikatakan kerap.

Habeeba simpan senyum bila lihat Nufa yang seperti sedang mencongak-congak sendiri. Bau-bau makanan lazat dah masuk hidung ini.

Nufa pandang Habeeba dan langsung, senyum yang disimpan Habeeba tadi terus pecah. Dan itu buat Nufa menggeleng kecil. Tahu Habeeba dah tangkap kemenangan yang bakal dinikmati gadis itu nanti.

"Beeb... Beeb..." Nufa campak kusyen ke wajah Habeeba.

"Yahoo!!!" Menjerit terus Habeeba. Suka bila Nufa baik hati tawarkan diri menyediakan snek dan kudapan Drama Night mereka berdua.

Nufa melangkah ke arah dapur. Buka peti, beberapa bahan discan sekilas. Lantas, telefon dibuka untuk cari snek yang boleh dilakukan dengan mudah dan pantas.

"Aduh. Macam mana boleh kena tinggal pun aku tak tahu lah kau ni, Nufa. Mifzal tu buta gamaknya." Jeritan Habeeba kedengaran dari ruang tamu. Ajak sembang pakai speaker nampaknya gadis yang seorang itu.

Nufa senyum senget. Pasrah sudah bila cerita dia kena tinggal dibuka. Tak rasa apa sudah.

"Ada lah tu yang kurang kat aku." Malas Nufa membalas. Tepung dibawa keluar dari drawer. Begitu juga dengan beberapa biji kentang dan bawang. 

Snek malam ini, cucur kentang!

Habeeba mencebik. 

"Apa yang kurang? Cantik, ya! Manis, ya! Comel, ya! Baik, ya! Pandai fesyen, ya!"

Terlepas gelak sinis Nufa bila dengar bahagian 'pandai berfesyen' yang diucap Habeeba tadi. Tak tipu, tapi terima kasih kepada Mifzal. Dia pandai berfesyen sekarang pun sebab Mifzal. Kononnya mahu jadi yang sepadan dengan Mifzal. Puih. Last-last, ditinggalkan juga.

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Where stories live. Discover now