C42

1.8K 275 47
                                    

JAM tangan dipakaikan kemas di pergelangan tangan. Untuk sentuhan terakhir, Nufa sarungkan sebentuk cincin silver kosong di jari kelingkingnya. Belek sedikit penampilan serba ringkasnya di hadapan cermin, Nufa senyum sendiri. Simple yang nampak mudah 3 tahun dari usianya. Hehe. T-shirt oversized berwarna kuning bersama inner berwarna putih. Seluar jeans biru lusuh dan selendang peach yang diselempang ke bahu kiri dan kanan.

Senyum, gambar OOTD hari ini diambil. Puas hati, Nufa terus keluar dari bilik dengan totebag putih dan stokin putih di tangan. 

"Morning, Beeb!" Nufa menyapa Habeeba yang enak menikmati roti bakar dan jem strawberi di meja makan. Macam biasa, di tangan gadis itu pasti ada surat khabar sekali.

"Good morning. Aku malas masak hari ni." Balas Habeeba mudah seraya menolak sepinggan roti bakar buat Nufa. Tak lupa juga jem strawberi dan butter. Mana tahu Nufa teringin selain daripada roti kosong di pinggan.

Nufa angguk sahaja. Kerusi ditarik dan roti bakar dicapai seraya duduk dilabuhkan selesa di kerusi. Memilih ceria seperti penampilannya hari ini, Nufa ambil butter untuk disapu di atas roti bakarnya. Untuk tambah rasa, gula ditaburkan nipis sebelum ngap! Masuk mulut!

Sambil nufa mengunyah sarapannya, sambil Nufa pandang Habeeba. Terlihat Habeeba sepertisudah bersiap. Bukan seperti kebiasaan pakaian t-shirtnya di pagi hari. 

Habeeba nampak manis dengan dress bunga-bunga kecil berwana merah jambu. Dipadankan dengan selendang beronayang sama. Wajah pun dah dimake-up tipis. Nampak manis dan ayu. Sesuai dengan jolokan model muslimah yang sering diterima gadis itu.

"Kau ada nak pergi mana-mana ke hari ini? Cantik semacam pula awal pagi ni." Tegur Nufa sambil mengunyah roti bakar dalam mulut. Tahu dek abah, habis dia dibebeli. Anak dara tak sopan!

Habeeba hanya senyum. Roti bakar yang masih berbaki suku diletak di atas pinggan sebelum perhatian diberikan sepenuhnya kepada Nufa. Selendang dan dress bunga-bunganya disentuh perlahan dengan mata yang terkelip-kelip laju. Kononnya terpalig manis lah tu. Dan itu berjaya mengundang tawa kecil Nufa.

"Apa hal kau ni?" Soal Nufa dengan baki tawa kecilnya.

"Aku nak ikut kau ke dobi hari ni boleh?" Permintaan Habeeba buat dahi licin Nufa berkerut sedikit.

"Nak pergi dobi?" Soalan Nufa, Habeeb ajawab dengan anggukan kecil.

"Nak buat apa?" Soalan kali ini buat Habeeba makin tersenyum manis.

"Aku nak siasat pasal Nadhif."

"Uhuk!" Terbatuk terus Nufa dengar balasan Habeeba. Hampir tersedak dibuatnya.

"Hah?!" Tak percaya, hah kuat yang dikeluarkan Nufa. Sempat dia teguk sedikit jus oren sebelum Habeeba kembali dipandang dengan riak kurang percaya.

"You heard me. Aku nak siasat pasal Nadhif!" Kali ini, suara Habeeba semangat lain macam. Siap dengan pipi yang sudah sedikit merona merah pula tu.

Dahi yang tidak gatal, digaru perlahan isyarat hairan dengan fiil Habeeba.

"Buang tebiat apa kau nak siasat pasal mamat poyo tu?" Soal Nufa. Entah kenapa hatinya rasa kurang selesa dengan idea mahu menyiasat Habeeba.

Habeeba senyum. Roti kembali menjadi santapannya. Soalan Nufa hanya dibiarkan berlalu tanpa sebarang jawapan. Biar gadis itu tertanya-tanya sendiri ada apa dengan perangai luar alamnya ini.

"Kau kenapa nak tahu pasal dia Beeb? Bukan kau jenis tak ambil tahu pasal lelaki ke? Apa cerita pula kali ini?" Soal Nufa ingin tahu lagi. Terbayang-bayang dalam kepala Habeeba yang bakal tenung Nadhif tak lepas. Kemudian, Nadhif pula duk ikut tenung Habeeba. Yalah. Gadis cantik, ayu dan manis depan mata kan? Takkan lah lelaki itu mahu lepaskan peluang kut.

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Where stories live. Discover now