C67

2.1K 298 140
                                    

USAI bersiap, Nufa terus jenguk dapur. Rasanya tadi dia ada tangkap suara bual Hajah Fazila dan Halwa di dapur. Tak mahu jadi kera sumbang, Nufa ambil keputusan untuk ikut serta sama di dapur. Boleh lah dia belajar masak sikit-sikit.

Berjalan menuju ke dapur, suara bual makin rancak kedengaran. Makin laju langkah kaki Nufa namun cepat ia terhenti bila lihat batang tubuh Nourin ada bersama di dapur.

Gadis itu rancak berbual dengan Hajah Fazila. Dan sesekali Halwa turut sama dalam perbualan.

Seketika, perbualan bersama Sayf semalam kembali menjengah fikiran.

"Woi, woi. Nak tembus muka perempuan tu kau tenung." Teguran daripada Sayf mengalihkan terus pandangan mata Nufa daripada Nourin yang rancak berbual bersama Halwa dan Rafaiq.

Tangan menguis nasi di pinggan. Masih berbaki banyak lagi makanan, tapi Nufa dah rasa kenyang.

Sayf hanya memerhati. Wajah muram Nufa dipandang. Senyum kecil terukir sebelum diteguk air sirap dalam cawan.

"Kau risau apa?" Soal Sayf.

Nufa angkat wajah. Kening berkerut dan kepala menggeleng perlahan. Sengaja buat-buat tak faham.

Sebenarnya, Nufa rasa hairan juga dengan dirinya sekarang. Kenapa entah dia nak berjauh hati dengan Nadhif walhal terang-terang Nadhif beritahu yang Nourin hanya kawan. Tak lebih.

Pandang Sayf, Nufa juga hairan sendiri.

'Macam aku dengan Sayf lah kan?'

Mencebik, Sayf teguk lagi air sirap sampai habis.

"Ego kau ni. Tahu?" Mudah Sayf melabel Nufa.

"Apahal pulak?" Tak puas hati Nufa jadinya dengan Sayf.

"Yalah. Hati dah rasa macam-macam tapi sibuk nak menidakkan. Terima aje lah kata hati kau tu." Jari telunjuk Sayf tunjuk dada Nufa. Sambil tu tayang muka menyampah.

Nufa beriak jelek. "Merepek." Makanan disuap masuk dalam mulut. Kunyah-kunyah, sambil tu pandang Nourin dan Halwa yang makin rancak berbual.

Sayf senyum senget. Kantoi busuk aje depan dia si Nufa Huwainaa ni.

"Alah kau tak payah risau lah. Apa aje kawan dia tu dapat buat? Kau dah kahwin kut. Contoh macam aku suka kau dan kau dah kahwin, aku dapat buat apa? Takde buat apa lah!" Sayf memujuk namun Nufa hanya diam sahaja.

Sudahnya Nufa diam sahaja dan sambung makan tanpa punya rasa lagi.

Nourin dipandang. Lihat gadis itu yang cekap di dapur buat Nufa dihambat rasa yakin diri. Dan itu buat Nufa mahu lari menyorok di belakang dinding.

"Eh, Kakak Nufa!"

Gagal! Halwa lebih dahulu menangkapnya. Terus tiga pasang mata terarah kepadanya.

Nufa senyum kecil. Tangan diangkat sedikit tanda menyapa.

"Pagi."

Halwa senyum. Terus ditinggalkan sawi yang sedang dipotongnya lalu Nufa dihampiri.

Hajah Fazila yang melihat hanya ukir senyum. Nourin pun sama. Namun senyumnya tidak selebar senyuman Halwa dan Hajah Fazila.

"Pagi. Kakak tidur nyenyak tak malam tadi?" Soal Halwa ramah. Tangan Nufa dah ditarik menghampiri meja makan, tempat dia memotong sayur tadi.

Senyum, Nufa mengangguk kecil.

"Alhamdulillah nyenyak." Balas Nufa. Halwa yang dah kembali memotong sayur dipandang.

Kekok, Nufa tak tahu nak buat apa. Selalunya di rumah dia hanya tolong tengok sahaja. Tolong pun sikit-sikit sahaja. Memang begitu kerana aslinya Nufa tak reti masak langsung! Dia hanya tahu masak cucur sahaja.

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Where stories live. Discover now