C12

2.2K 288 34
                                    

POTONGAN Chicken Chop dimasukkan ke dalam mulut sebelun bergerak mulunya mengunyah perlahan. Sayf yang sibuk dengan telefon di tangan dia pandang. Nak mengganggu, Sayf dah beri amaran awal-awal supaya tidak dikacau. Katanya dia dalam perbincangan serius dengan kawan-kawannya. Group project lah tu. Nufa malas mahu ambil tahu. Dia bukan faham pun.

Sudah habis mengunyah, Nufa pandang sekeliling. Penuh tak penuh juga lah restoran tempat mereka makan malam sekarang ini. Dan kalau diperhatikan, kebanyakan mereka yang datang pasti dengan pasangan. Pasangan kekasih maksud dia. Kalau kumpulan kawan itu, ada lah dalam dua tiga kumpulan. Selebihnya pasangan kekasih.

"Sayf." Nufa menggamit.

"Hmm." Dan Sayf hanya balas pendek. Tumpuan masih di telefon. Sedang seronok berbincang. Dah akhir-akhir perbincangan, kawan-kawan dia semua masuk air.

"Cuba kau pandang sekeliling." Pinta Nufa. Sayf yang masih belum berganjak dari pandang skrin telefon dipandang tenang.

Malas melayan Nufa, Sayf teruskan baca chat. Dan sesekali jari menari di atas kekunci untuk membalas chat yang berkaitan.

Nufa julingkan mata. Potongan Chicken Chop dibawa masuk sekali lagi ke dalam mulut. Dengan kunyahan malas, pandangan ditebarkan sekali lagi. Pandang lah pasangan-pasangan yang sweet berborak. Lihat itu, teringat pula momennya dengan Mifzal dahulu.

Lihat Nufa diam, Sayf angkat wajah. Telefom ditutup. Kawan-kawannya sudah makin melalut. Baik dia biarkan sahaja mereka dan layan Nufa di hadapan. Kesian kawan yang baru sahaja kurang kasih sayang itu. Kena bagi perhatian lebih sikit.

"Apa kau cakap tadi?" Sayf mula menyoal. Jus Applenya diteguk perlahan.

Menoleh Nufa pandang Sayf.

"Cuba pandang sekeliling." Nufa ulang arahan. Dan Sayf yang sememangnya baik hati hanya melayan.

Diam Sayf pandang sekeliling. Tiada apa yang menarik pun. Cuma pelanggan-pelanggan yang sibuk menjamu selera sambil berbual. Televisyen yang terpasang pun hanya tayang berita sukan. Apa yang menarik sampai Nufa suruh dia pandang sekeliling?

Sudah selesai, Nufa dipandang Sayf.

"Dah. Takde apa pun. Aku terlepas sesuatu ke?" Soal Sayf. Garfu dah dipusing untuk ambil Spaghetti Carbonara dalam pinggan.

Nufa hembuskan nafas berat. Sayf memang hati batu. Harap aje baik dan hensem.

"Kan semua yang datang ni couple. Sendu aku." Balas Nufa. Badan disandarkan di kerusi sambil teguk perlahan Jus Oren. Tiba-tiba hilang selera makan.

Sayf pandang sekeliling semula. Bila Nufa sebut baru dia perasan. Alala, couple. Couple mana buat kawan baiknya sendu ini. Meh nak cari. Nak bagi hadiah sebab berjaya buat Nufa dan dia sendu.

Menggeleng, Sayf teruskan makan. Nufa yang seperti sudah tidak punya selera itu dipandang dengan senyum kecil. Macam-macam lah.

"Rileks lah. Kan kau dengan aku sekarang ni. Bukannya seorang diri." Pujuk Sayf separuh ikhlas.

"Walaupun aku berharap aku datang sini dengan awek aku, tapi ada kau pun kira okey lah. Kita kan saling melengkapi jiwa single kita." Sambung Sayf lagi. Akhir kata, bibir lelaki itu lorek senyum sinis. Macam mengejek bukan sahaja Nufa tapi diri sendiri juga. Sengaja mungkin.

Nufa julingkan mata. Badan ditegakkan semula.

"Tadi Mifzal datang jumpa aku kat dobi." Nufa buka cerita tiba-tiba. Cerita sahaja lah ya? Dengan Sayf mana pernah ada rahsia.

Dengar mukaddimah cerita Nufa, kening Sayf terjongket kecil. Dia tertarik untuk mendengar dengan lebih lanjut. Terus pinggan spaghetti ditolak sedikit ke hadapan sebelum dia rehatkan kedua-dua tangannya di situ. Mata pun dah bersinar. Buat Nufa senyum senget sedikit.

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Where stories live. Discover now