C47

1.8K 262 73
                                    

BONET kereta ditutup. Numair yanh sedang rancak berbual dengan Haji Noor di pangkin dipandang. Dahi mula digaru perlahan seiring dengan dada yang sudah berdebar halus.

Ada hajat sebenarnya Nufa terhadap Numair. Tapi, itu lah. Antara mahu suarakan dan takut. Numair kadang tidak dapat ditebak. Jika kena, tertunailah hajatnya. Kalau tak, mahu dijelingnya tajam.

Uih, perit!

"Tanya aje lah Nufa. Kalau dapat, dapat. Kalau tak, pandai-pandai lah kau." Omel Nufa sendiri. Dada ditepuk perlahan.

Dua lelaki di pangkin itu dihampiri dan tarik senyum kecil Nufa bila kehadirannya disedari Numair. Numair ikut senyum kecil.

'Okey. Macam boleh ni.' Bisik Nufa dalam hati.

"Dah siap dah?" Soal Haji Noor.

Nufa mengangguk kecil. "Dah. Adik dah letak semua barang adik dalam kereta."

Haji Noor mengangguk kecil.

"Kalau dah, gerak sekarang lah. Takde lah sampai lewat sangat nanti." Bicara Numair buat Nufa geabah dalam diam.

Haji Noor mengangguk kecil. Nufa yang seperti tidak senang itu dipandangnya. Berkerut dahi. Walau tak jelas, Haji Noor tahu ada sesuatu yang terjadi.

"Err..."

Numair diam. Nufa dipandang dan kening dijongket sekali.

Lihat riak wajah Numair, Nufa rasa signal okey tadi terpadam laju. Mula lah kata-kata tersekat di kerongkong.

"Adik..." Telan liur, Haji Noor dipandang sekilas. Nak minta bantuan, rasanya di abah tak tahu.

"Ha!" Haji Noor menepuk tangan. Terus dua pasang mata tertumpu kepadanya.

"Kenapa, bah?" Soal Numair. Atas bawah, kiri kanan dilihatnya. Mana tahu ada sesuatu yang boleh menjadi jawapan kepada soalannya tadi.

"Allah. Adik tak pergi rumah Sayf? Kata semalam maknya ada nak kirimkan barang kan?"

Terus terlepas nafas lega Nufa. Laju kepalanya terangguk-angguk mengiakan. Sumpah! Nufa nampak wajah Haji Noor bercahaya sangat sekarang.

Oh. Abah adalah malaikat kiriman tuhan!

"Haah. Semalam abah tak dapat nak hantar. Jadi, adik tak sempat nak pergi rumah Sayf." Jelas satu persatu butir kata Nufa.

Numair pandang Nufa yang sudah menyengih itu.

"Hmm. Nak pergi sekarang lah ni?"

Kepala mengangguk laju sebagai jawapan soalan Numair.

"Mari lah angah hantarkan." Numair tawarkan diri. Kunci kereta yang ada di sisi dicapai.

"Eh, takpe!" Nufa laju menghalang.

Dahi Haji Noor berkerut.

"Adik nak pergi naik apa kalau tak angah hantar?" Soal Haji Noor.

Nufa senyum. "Adik jalan kaki aje lah. Tak jauh pun."

Numair berdecit kecil. Kepala Nufa diluku perlahan. Tak peduli dengan aduh Nufa.

"Angah..." Namun teguran Haji Noor buat Numair tersenyum kecil.

Nufa dipandang atas bawah.

"Tak sedar kaki pendek kau ni. Rumah Sayf tu bukan dekat. Naik kereta, lima minit dah sampai. Kalau kau berjalan kaki ke sana, mahu nak sepuluh minit. Ulang-alik dah dua puluh minit. Tambah lagi kau sembang huu-haa dengan mak dia. Dah setengah jam." Laju Numair membebel. Tangab dah mencekak pinggang.

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Where stories live. Discover now