C27

1.9K 275 66
                                    

USAI sarapan ala kadar, Nufa terus letak pinggan dalam sinki. Tergopoh-gapah perlakuannya memandangkan Sayf sudah telefon banyak kali supaya dia cepat. Lelaki itu ada kelas pagi ini. Jika dia lewat, Sayf pasti akan terlewat sekali dan itu sangat perlu dielakkan ya. Bukan dia tidak berkeras menolak Sayf untuk hantar ke dobi seperti biasa, tapi Sayf yang berkeras mahu hantar juga. Dia tak boleh buat apa. 

"Beeb, aku tinggal aje eh? Sorry!" Jerit Nufa sambil berlari menuju ke pintu rumah.

Habeeba yang tenang menikmati sepinggan nasi goreng di meja makan hanya mengangguk sahaja. Wajah langsung tak diangkat malah tetap matanya pada skrin televisyen yang memaparkan berita pagi.

Old-old people sangat si Ain Habeeba ini. 

Apa-apa sahaja lah! Nufa sudah lambat.

Kasut disarung ala kadar sebelum tangan laju membuka dan menutup pagar besi rumah. Lari dan terus tekan punat lif. 

Tak tunggu lama, pintu lif sudah terbuka. Senyum lebar Nufa jadinya. Alhamdulillah, dipermudahkan urusannya pagi ini walaupun agak kelam kabut sedikit.

Telefon yang berdering sekali lagi dipandang. Terus dia gesek bila lihat nama Sayf Hakim yang naik di skrin. Lelaki ini lah. Selagi dia tak jawab, selagi itu lah tak sudah-sudah menelefon.

"Hello." Nufa mula kata.

"Mana kau ni? Lambat dah lah, Nuna!" Suara Sayf sedikit kuat, memaksa Nufa menjauhkan sedikit telefon dari  telinga. Bingit sungguh kalau mode bebel Sayf dah datang.

Telefon dilekap rapat kembali ke telinga.

"Kejap lah. Ni tengah turun lif." Beritahu Nufa. Skrin lif dilihat tanpa lepas. 

G!

"Ha, dah sampai pun." Kata  Nufa serentak dengan pintu lif yang sudah terbuka luas. 

Tanpa lengah, Nufa terus berlari mendapatkan kereta Sayf yang sudah menunggu siap di ruang luar lobi. Senyum terukir bila lihat Sayf membuka pintu untuknya dari dalam. Alah! Risau sangat dia lambat lagi.

Bolos diri, Nufa angkat dua jari tanda peace. Sayf yang melihat hanya julingkan mata dan menggeleg kecil. Budak-budak sangat Nufa Huwainaa ini. Sesuai lah dengan baju kemeja putih dia tu. Sekali tengok dah macam baju budak sekolah negara sebelah aje. Dengan skirt cotton kelabunya.

"Cepat kan aku?" Tanya Nufa. Tangan tarik tali pinggang keledar sebelum dia memakainya. Sayf yang sudah mula memandu tenang di sebelah dipandang.

Sayf geleng lagi. 

"Cepat apa kalau sepuluh aku call baru kau nak sampai kat bawah ni." Omel Sayf sedikit tidak puas hati.

Kereta sudah mula memasuki jalan besar. Mujur juga jalan pagi ini tidak terlalu sesak. Tidak perlu lah Sayf rasa cemas selalu. Tenang sahaja dia mengemudi pemanduannya. 

Nufa mencebik. Kaki dibawa naik duduk bersila di atas kerusi. Tangan pula bawa keluar cermin dari begnya. Mahu betulkan sedikit letak duduk tudung bawal di kepalanya. Sebab Sayf yang tak henti-henti telefon, dia terpaksa selempangkan sahaja tudung bawa ini melepasi bahu. Tak sempat nak gayakan.

Sayf hanya mengerling sekilas. Nufa dibiarkan sahaja dengan tudungnya. Tak mahu mengganggu sebab kalau ganggu pun, Nufa memang tak akan melayannya langsung. Tumpuan memang diberikan sepenuhnya pada tudung di kepala.

Hampir sepuluh minit, Nufa selesai menggayakan tudungnya. Perfect. Dan selfie satu kali.

"Kau nak gambar aku tak?" Soal Nufa. Sengaja pecahkan sunyi di antara mereka.

Dengar soalan Nufa, terus Sayf tarik muka geli. 

"Jijik sakai!" Dan jawapan Sayf itu mengundang tawa besar Nufa. Aduh! Pagi-pagi lagi sudah dia sudah terhibur dengan Sayf. Bagitahu macam mana lelaki ini masih boleh single dan hany asetia jadi kawan baiknya?

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Where stories live. Discover now