C9

2.4K 264 7
                                    

BAKUL baju yang sudah kosong diambil untuk dibawa turun. Sempat tangannya menepuk perlahan beberapa comforter yang sudah disidai elok di ampaian. Puas dengan hasil kerjanya sendiri walaupun ia hanya jemur kain. Tengok kain yang putih bersih, ditambah dengan aroma yang mengharumkan, itu macam awardnya. Tak campur lagi dengan senyuman puas pelanggan dengan servis terbaik mereka. Rasa macam nak menari di situ juga.

Sebelum turun, Nufa menoleh untuk melihat comfortert-comforter itu. Puas! Kemudian, laju kaki turun tangga. Bakul kosong disimpan sebelum dia bergerak menujuk ke kaunter hadapan. Tiba di sana, dia lihat Warda yang sudah bersiap-siap seperti mahu keluar.

"Nak pergi mana?" Soal Nufa. Meja kaunter yang sedikit bersepah dikemas ala kadar. Kalau dia yang duduk di kaunter, memang tak pernah nak teratur barang-barang di kaunter ini.

Mendengar soalan Nufa, mulut Warda menjuih sedikit ke arah jam. Buat Nufa pandang arah yang dijuih mulut merah Warda. Terangguk-angguk dia faham kemudiannya. Sudah masuk lunch hour rupanya. Ralit sangat buat kerja sampai tak perasan masa yang dah berlalu.

"Kau keluar makan tak?" Soal Warda.

Nufa terdiam. Yalah. Afrina tiada hari ini. Kakak iparnya itu terpaksa ambil cuti kerana anak buahnya, Fuhaira demam. Kalau Afrina tiada, tak keluar lah dia jawabnya. Afrina seorang sahaja yang rajin mengajak dia ke sana ke mari semata-mata kerana makanan. Macam tak boleh order sahaja. Tapi, takpe lah. Merasa juga lah dia makan di tempat yang dia sendiri tidak pernah tahu kewujudannya. Thanks, Kak Na!

"Tak kut. Aku order by Food Panda aje." Balas Nufa. Telefon di atas meja sudah diambil. Kepala pun dah terfikir-fikir. Makan apa lah dia agaknya untuk lunch ini.

Warda mengangguk. "Kalau macam tu, aku keluar makan dulu eh? Kau ada nak kirim apa-apa tak?" Soal Warda seraya keluar dari kaunter. Nufa yang dah terkebil-kebil berfikir dipandang dengan senyuman.

"Emm, takde lagi kut. Nanti kalau ada aku bagitahu. Boleh kan?" Sengih Nufa diakhir kata dan itu hanya undang tawa kecil Warda. Comel sangat bunny smile Nufa Huwainaa ni.

"Okey. Apa-apa WhatsApp ya? Aku pergi dulu. Bye!" Pamit Warda dengan lambaian besar.

Nufa membalas lambai Warda sama. Dan bila Warda beredar pergi, terus aplikasi Food Panda diambil. Makanan-makanan yang ditawarkan dipandang. Lihat makanan kampung, tekak teringin nak makan. Kecur air liur lihat menu-menu. Urgh!

"Nasi, Ikan Keli Berlado, Sambal Belacan, Ulam Raja. Ayam Goreng." Terkumat-kamit mulut Nufa sambil jari laju sahaja menekan pilihan makanan yang dia mahu. Sesekali, hujung bibir dilap lembut. Takut lah ada air liur yang meleleh tanpa dia sedar.

Setelah hampir 10 minit, Nufa berjaya memesan makanan tengah harinya. Dan kalau mengikut informasi yang diterima, dalam masa 15 minit lagi makanannya akan sampai. Sementara menunggu, Nufa buat keputusan untuk tunaikan zolat Zuhur dahulu. Baru sahaja masuk waktunya. Baik dia buat apa yang utama dahulu. Terasa lah berkat masa dia makan nanti.

Sebelum beredar, Nufa gantung tanda 'Lunch Hour' di pintu dobi seraya pintu dobi ditutup tanpa dikunci. Kebiasaannya, ada sahaja pelanggan yang akan masuk untuk servis dobi layan diri. Sebab itu dia tak kunci pintu.

"Okey, jom!" Ujar Nufa sendiri. Kaki dah berlari-lari anak menuju ke bilik rehat. Masa untuk dia tunaikan tanggungjawab agungnya!

˚₊· ͟͟͞͞➳❥

TELEFON yang berdering kuat minta diangkat buat Nufa tersentak. Laju-laju dia habiskan bacaan doanya sebelum tangan laju mencapai telefon yang berada di sisi. Ikon hijau digesek dan telefon dilekap di telinga. Nombor tak dikenali. Mungkin abang Food Panda.

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Where stories live. Discover now