C68

2.2K 293 98
                                    

NUFA baru sudah menanak nasi. Tangan yang basah dilap dengan tisu. Sambil itu melilau mata mencari kerja lagi. Mana tahu ada kerja mudah-mudah yang dia boleh bantu untuk masak tengah hari ini.

Halwa yang elok menghiris bawang di sebelah Nourin yang sedang memotong kobis dihampiri.

Oh. Kenapa Nourin ada? Kalau pagi tadi terjoin, kali ini memang berniat untuk join. Sekali lagi mereka akan makan tengah hari bersama. Cuma semuanya akan disediakan di rumah Haji Ghazali dan Hajah Fazila.

Erat sangat kan hubungan kekeluargaan ini? Dan Nufa suka akan itu. Cuma tak suka bila bau-bau hangit dihidu. Hehehe.

"Ada apa-apa lagi yang akak boleh bantu, Halwa?" Soal Nufa. Mata melilau pandang meja yang penuh dengan bahan masakan.

Halwa senyum seraya menghulurkan sebuah bakul rotan kepadanya. Menerimanya, dahi Nufa berkerut.

"Nufa boleh ke kebun? Petik sayur-sayur sikit." Suara Hajah Fazila kedengaran memberi jawapan.

Pandang Halwa, Halwa angguk.

"Kebun kat mana mak?" Tangan naik garu leher sendiri sambil bibir tarik senyum kekok. Dah masuk tiga hari, belum dia tahu koordinat kebun keluarga Nadhif. Teruk betul lah.

Nourin yang mendengar soalan Nufa, terus letak pisau. Bersedia untuk wakilkan diri.

"Biar Nourin pergi. Nufa boleh sambung potong kobis ni." Kerusi dah ditolak namun separuh sahaja bila Halwa menghalangnya.

Pandang Halwa, gadis itu senyum kecil seraya menggeleng kecil.

"Takpe lah, Kak Rin. Biar Awa hantar Kakak Nufa ke kebun." Halwa letak pisau. Laju kaki melangkah ke sinki untuk basuh tangan.

Nufa hanya senyum kecil sahaja. Nourin yang dah tarik muka masam dipandang sekilas.

"Nufa tahu ke nak petik sayur apa?" Mama Hafizah yang sedari tadi menjadi pemerhati mula bersuara.

Hajah Fazila senyum kekok.

"Haah. Nufa tahu? Dapat beza kan tak daun sup dengan daun ketumbar?" Nourin pula bertanya.

Terkebil-kebil Nufa dengan soalan yang diajukan dua beranak itu. Seketika, mula dia rasa diri ini terlalu kerdil di sini. Rasa nak lari kerana terlalu malu.

Halwa jeling sahaja Mama Hafizah dan Nourin yang menyerang Nufa terang-terangan. Jelas mahu menjatuhkan dan menekan titik lemah Nufa yang satu itu.

Hajah Fazila tepuk perlahan bahu Nufa, memujuk.

"Takpe. Adep ada di kebun." Lembut Hajah Fazila memberitahu.

Halwa angguk. Lengan Nufa laju dipeluk sebelum ditarik untuk Nufa langkahnya beredar dari situ.

Nourin gigit bibir.

"Biar lah Nourin pergi ambil."

"Takpe, Kak Rin. Sekejap aje ni." Halwa laju memintas dan melambai kecil.

"Cepat kak pakai selipar." Bisik Halwa di telinga Nufa. Mata dah menjeling sekilas ke arah Nourin yang dah makin masam mukanya. Tak puas hati semestinya.

Nufa tanpa banyak kata hanya menurut. Dan laju mereka beredar di situ bila selipar masing-masing dah tersarung di kaki.

Menoleh ke belakang, Halwa melepaskan omelan yang tidak berbutir. Tapi nadanya seakan tidak puas hati pun ada.

Nufa tergelak halus.

"Dah kenapa pula Halwa ni?" Soal Nufa.

Halwa pandang Nufa. Muka jelas tunjuk tidak puas hati.

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Where stories live. Discover now