C53

1.7K 260 34
                                    

SAYF yang rancak berborak dengan Nadhif, Nufa pandang dengan pandangan tidak puas hati. Potongan Garlic Bread dimasukkan ke dalam mulut. Tak rasa dah sedap makanan kegemarannya yang satu itu. Tak semenggah betul perlakuan Sayf. Siapa yang lelaki itu mahu jumpa? Dia atau Nadhif?

Menjeling malas dua lelaki itu, Garlic Bread dicelup masuk ke dalam Mushroom Soup. Kemudian, separuh hati dia kunyah roti itu. Sambil itu mata liar memandang sekeliling. Walau sudah hampir jam 12 tengah malam, tempat ini masih lagi meriah dengan pengunjung. Siap ada karaokae lagi.

Pandang semula dua lelaki itu, mereka masih lagi rancak bersembang. Terlepas tanpa selindung keluhan besar Nufa dan itu berjaya memusatkan tumpuan dua lelaki itu kepadanya.

Nufa tarik senyum hambar. "Oh, don't mind me. Teruskan." Tangan dah bergerak-gerak malas mengenyahkan tumpuan dua lelaki itu.

Nufa sudah jauh hati. Macam ni lah layanan dengan term 'lama tak jumpa' Sayf. Faham.

Tanpa kata, Nufa terus bangun dari kerusi. Meliar mata memandang food truck yang berderet tidak jauh dari meja mereka. Daripada dia melayan perasaan gedik nak merajuk ini, baik juga dia cari sesuatu yang dapat menyejukkan hatinya. ABC contohnya.

"Nak pergi mana?" Tak sempat kaki nak melangkah, suara Sayf dan Nadhif menyapa gegendang telinga. Terus pandangan tanpa riak dilepaskan buat dua lelaki itu.

"Oh, don't mind me. I'm going to entertain myself. Go ahead with your chatters." Kata Nufa mudah. Di akhir kata, sempat dia senyum sebelum kaki melangkah beredar dari meja itu. Buat makin sakit hati jika telinga menangkap lagi suara mereka.

Menyusuri beberapa meja, mata Nufa dapat menangkap beberapa pasang mata terarah kepadanya. Berkerut juga dahinya dan sekilas dirinya diimbas. Rasanya tiada apa yang menghairankan. Tiada comot di mana-mana bahagian.

Tak mahu ambil tahu, Nufa teruskan berjalan. Sebuah fiid truck yang menjual pelbagai jenis jus buah dihampiri. Semerta bibir melorek senyum bila lihat ada tembikai merah yang terpamer di meja hadapan trak. Kegemarannya! Memang dia tidak akan lepaskan peluang membelinya.

"Ya akak, abang. Jus buah fresh-fresh." Si peniaga menegur dan teguran itu buat Nufa berkerut kehairanan sendiri.

"Abang?" Bertanya sendiri, namun jawapan juga Nufa peroleh sendiri saat perasan akan satu tubuh yang sudah berdiri tegak di sebelahnya. Badan tegak, namun nampak malas-malas. MEnarik dengan caranya tersendiri. Semestinya Nadhif Hamza.

Nadhif menoleh memandang Nufa. Dan bila pandangan mereka bertemu, Nufa terlebih dahulu mengalihkannya. Sempat Nadhif nampak mata gadis itu menjeling tanda gadis itu di ambang rasa jengkel.

Buat tidak endah dengan kehadiran Nadhif, Nufa terus memesan jus kegemarannya. Bila si penjual bertanya kepada Nadhif, lelaki itu hanya menggeleng tanda menolak. Mula lah rasa pelik bin hairan muncul.

'Kalau tak nak beli, kenapa ada di sini?' Tanya Nufa dalam hati.

Sementara menunggu jus yang dipesan siap, Nufa meluaskan pandangan lagi, mencari food truck apa lagi yang boleh menyejukkan rasa gedik rajuknya. Dan bila mata menangkap sebuah food truck yang menyajikan Takoyaki sebagai jualan, kepala mula merangka plan sendiri.

"Okey, kak. Lima ringgit." Suara si peniaga buat Nufa terkial-kial mengeluarkan dompet dari poket seluarnya.

Tapi, belum sempat pun tangan menarik keluar dompet, tangan Nadhif lebih dahulu menghulurkan sekeping not RM5 berwarna hijau. Jus tembikai bertukar tangan saat kepingan not itu diberikan. Dan bila lelaki itu memandangnya, tanpa riak jus tembikai dalam cup itu dihulurkan kepadanya.

Tajam mata Nufa memandang Nadhif.

"Tak nak?" Nadhif menyoal tanpa nada.

Baru Nufa nak angkat tangan ambil cup itu, perbuatan Nadhif yang menyedut jus tembikai itu buat rahang Nufa jatuh sendiri. Mata dah membulat dan sumpah, rasa geram yang tadi mahu hilang kembali menyelinap masuk ke dalam hati.

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Where stories live. Discover now