C91

1.9K 225 40
                                    

TIDAK cukup kelmarin, hari ini Ayesha datang lagi ke #OhMyDobi. Berkerut dahi Nufa dan Warda menerima kedatangan gadis cantik itu. Hairan kerana penampilan gadis itu sedikit tidak terurus seperti biasa.

"Dia nak apa lagi?" Warda menyoal, minta jawapan daripada Nufa. Tapi Nufa hanya angkat bahu sahaja.

Ayesha dah mara dengan wajah bengisnya. Matanya hanya tumpu pada wajah bersih Nufa sahaja.

"Ken—" Ayat Nufa belum sempat habis, diganti dengan jeritan halus bila Ayesha tanpa amaran terus menampar wajahnya.

Pang!

Berdesing telinga Nufa saat wajahnya sudah terteleng disebabkan tamparan Ayesha.

Suasana dobi yang kosong tanpa pengunjung jadi senyap sunyi. Hanya kedengaran mesih basuh coin yang beroperasi dan kipas yang berpusing di siling.

Warda kelu. Apatah lagi Nufa yang menerima tamparan itu.

Nufa tolak dinding pipi dari dalam mulut. Sedikit terasa kebas. Tak boleh tipu tapi memang kuat tamparan yang dilabuhkan Ayesha di pipinya.

"Kau gila ke?!" Warda terus bersuara marah sambil tolak Ayesha menjauh.

Pang!

Kali ini, pipi Warda pula yang menerima tamparan Ayesha. Terkejut Warda. Nufa apatah lagi. Tiada angin tiada ribut, kenapa Warda pula yang jadi mangsa amarah Ayesha?

Nufa tak boleh duduk diam. Bergegas keluar dari kaunter, tangan Ayesha terus ditarik.

"Hei!" Ayesha menjerit minta dilepaskan. Meronta-ronta dia di situ.

Nufa tak peduli. Makin ditarik Ayesha masuk ke dalam bilik staff. Biar dia uruskan Ayesha berdua di tempat yang tertutup. Tak pasal-pasal nanti penuh penonton tak berbayar di dalam dobi ini.

"Lepas lah!" Ayesha menjerit serentak merentap tangannya dari tarikan Nufa.

Nufa tak bersuara. Bahkan dia menolak Ayesha masuk ke dalam bilik staff. Bila masuk sahaja, terus pintu ditutup rapat dan punat kunci ditekan.

Tatap Ayesha, mata Nufa mencerlung tajam memandang gadis itu. Geram bila denyutan di pipinya masih belum hilang.

"Tangan kau tu pasang besi ke?" Perli Nufa. Sempat lagi mahu cari pasal walaupun tahu Ayesha akan suka kiasan rasa sakit yang disebut dalam kata-katanya tadi.

Senyum sinis, Ayesha raup rambut ikal mayangnya ke belakang sebelum dia peluk tubuh. Nufa dipandang penuh mengejek.

"Sakit? Bagus lah. Good for you." Ejek Ayesha.

Nufa ketawa halus aje.

"Apa masalah kau ni nak tampar aku tiba-tiba?" Soal Nufa.

Kalau ikut rasa geram yang membukit, dia smackdown aje si Ayesha sekarang. Bukan ada siapa-siapa yang nampak pun.

Tapi, takpe. Nufa nak selesaikan dengan cara yang lebih matang. Berbincang dan selesaikan masalah jika ada masalah. Kalau takde punca, mungkin tangan dia akan berhayun elok ke pipi merah Ayesha.

"You masalahnya!" Jari Ayesha lurus menunding ke arah Nufa. Wajahnya dah bertukar bengis.

Kening Nufa langsung terjungkit bila dengar tuduhan Ayesha.

"Apa yang aku buat?"

Ayesha senyum sinis. Namun sekilas sahaja senyum itu singgah sebelum Nufa nampak Ayesha mengetap rahang tanda geram.

"You tak payah nak buat-buat bodoh lah. You ingat I tak tahu you dengan Mifzal senyap-senyap jalinkan hubungan belakang I?" Laju Ayesha luah rasa geram. Terbayang-bayang susuk tubuh Mifzal bersama seorang gadis dalam kepalanya.

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Where stories live. Discover now