C23

2K 256 37
                                    

SAYUP-SAYUP bunyi azan Subuh menyedarkan Nufa dari lena panjangnya. Mata dibuka perlahan-lahan, tidak kalut seperti kebiasaan hari. Termenung, Nufa pandang kosong kipas yang ligat berpusing di siling bilik. Otak pula ligat memainkan mimpi yang baru sahaja hilang lenyap entah ke mana.

Dahi berkerut kecil. Sudah lama Nufa tidak bermimpi. Kalau mimpi pun, pasti situasi mimpi itu tidak logik sama sekali. Kena kejar harimau lah. Dia bekerja sebagai pramugari lah. Tapi, mimpi kali ini entah kenapa rasanya seperti sesuatu. Seperti situasi yang akan terjadi padanya pada masa yang dia sendiri tidak pasti bila.

Dalam mimpi itu, Nufa dapat rasa betapa dia sedang bahagia ketika itu. Bersama seorang lelaki yang dia tidak jelas wajahnya. Mereka sedang seronok menghabiskan masa manis bersama di tepi pantai. Berpegangan tangan, bergurau mesra. Macam dunia itu hanya milik mereka berdua.

Dada tiba-tiba berdebar laju. Menggamit tangan untuk mengusap perlahan tempat letak jantungnya.

Wajah diraup perlahan. Debaran masih belum kurang dan kepala masih mengulang tayang bayangan mimpi yang sama. Macam kaset rosak. Setiap detilnya langsung tak ketinggalan. Dan itu buat dada jadi semakin berdebar hebat.

"Apa benda subuh-subuh begini Nufa Huwainaa, oi!" Omel Nufa, sedikit tidak berpuas hati.

Selimut yang menutupi separuh tubuhnhnya diselak kasar. Bangun, Nufa duduk seketika. Rambut diraup perlahan sebelum kepala menggeleng kecil. Makin menjadi-jadi ya debaran di dada.

"Bangun, solat. Jangan nak berangan sangat." 

Dan dengan arahan itu, Nufa terus bangun dan melangkah menuju ke tandas. Masa untuk menghadap Tuhan Pencipta. 

KELUAR dari lif, kaki terus melangkah laju keluar dari blok apartmentnya. Grab yang ditempah sepuluh minit yang lalu sudah sampai. Kalau dibiar berlama, mahu dia lambat pergi kerja. Itu satu hal. Dah susahkan si pemandu pun ya juga.

Lilaukan mata, Nufa perasan ada sebuah Myvi biru sedang berhenti di simpang masuk blok apartmentnya. Lihat nombor plat kereta, Nufa tersenyum. Langkah jadi makin yakin. Itu kereta yang akan bawa dia ke dobi hari ini.

Pintu kereta dibuka, dan terus mata bertembung pandang dengan si pemandu. Tersenyum masing-masing tanda menyapa. Tak tunggu lama, Nufa terus boloskan diri masuk ke dalam kereta. Senyum lebar bila lihat betapa kemas dan bersihnya kereta yang dinaikinya.

"Good morning." Si Pemandu menyapa mesra. 

Nufa senyum. Mereka berbalas pandangan dari cermin pandang belakang. 

"Good morning." Balas Nufa, mesra. Kalau orang dah berbudi dengan kita, mengapa tidak kita berbahasa. Lagipula, tak nampak tanda-tanda miang daripada si pemandu.

Pandang telefon, Nufa baca nama si pemandu. Nurhan Mikael. Sedap namanya. Pandang sisi wajah Nurhan, Nufa mengangguk kecil. Muka pun sedap juga dipandang. Ada lah rupa tu.

Kereta mula bergerak meninggalkan kawasan apartment. Nufa lebih selesa diam dan melayari internet di telefon. Daripada melayari internet, Nufa buka aplikasi Food Panda. Mahu beli sarapan. Selalunya dia pergi ke kerja dan mengambil sarapan bersama Sayf. Dah Sayf masih di kampung, terpaksa lah rutin paginya diubah sendiri.

"Cik dah sarapan?" Soalan yang dituju dari arah hadapan buat wajah Nufa beralih dari telefon. Auto pandang cermin pandang belakang dan sekali lagi mata bertembung di situ.

Senyum, Nufa menggeleng kecil.

"Belum. Saya tengah scroll Food Panda. Nak order online aje." Beritahu Nufa. 

Nufa lihat Nurhan mengangguk kecil.

"Atau cik tak perlu order online. Nak berhenti mana-mana beli sarapan?" Pertanyaan itu buat Nufa diam sekejap. Ini terlalu ramah pula. Makan apa pagi-pagi sampai boleh ramah seawal ini? Sekarang baru jam 8 pagi kut.

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃On viuen les histories. Descobreix ara