C49

1.9K 281 101
                                    

KUNCI disimpan dalam beg. Pusing sahaja badan, Nufa terkejut bila tiba-tiba sahaja badannya dipeluk erat. Hampir-hampir Nufa jatuh jika dia lambat imbangkan tubuh.

Berkerut dahi Nufa. Yalah tiba-tiba sahaja dipeluk. Terkejut lah! Tapi, bila dengar suara, Nufa tersenyum manis dan pelukan dibalas sama.

"Eee, Kakak Nufa! Rindunya!!!" Suara Halwa. Kalau dah manja begini, memang Halwa sahaja.

Pelukan terlerai. Naik berbahang juga wajah Nufa bila Halwa tak lepas memandangnya. Mata gadia itu bersinar penuh teruja. Macam Habeeba selepas gadis itu pulang dari Jepun.

"Bila kakak balik? Tak jumpa Halwa pun!" Memuncung bibir Halwa di akhir kata, sumbang tawa daripada Nufa.

"Semalam akak balik. Hari ni baru datang kerja." Beritahu Nufa.

Senyum terbentuk lagi bila Halwa mengayunkan tangan mereka. Comel. Persis anak kecil.

"Ni, tangan ni kenapa?" Soal Nufa.

Halwa sengih. "Rindu. Kenapa kakak tak bagitahu yang kakak dah balik? Singgah kedai pun tidak! Awa ingat lah kakak masih di kampung."

Nufa senyum.

"Tadi banyak kerja lah, Halwa. Itu yang tak sempat nak datang kedai Halwa." Beritahu Nufa.

Tipu separuh. Alasan sebab tak mahu datang ke Whole Fruit jelas-jelas kerana Nadhif. Tapi, tak tipu ya mengenai banyak kerja itu. Kerja mengelamun. Hehehe.

"Okey, takpe takpe. Awa faham."

Nufa pandang Halwa. Sekejap cuma sebelum pandangan dilemparkan ke sekeliling.

"Halwa buat apa kat sini? Tak balik?" Soal Nufa.

"Oh. Awa datang sini sebab nampak kakak lah! Awa dah nak masuk kereta dah tadi dengan abang. Nak balik dah pun." Cerita Halwa sambil pandang ke arah belakang. Mungkin cari Nadhif.

Nufa terangguk-angguk dan ikut sama memandang jalan raya. Whole Fruit dah gelap gelita, tanda kedai memang sudah tidak beroperasi lagi untuk hari ni.

"Kalau macam tu, Awa balik lah. Kalau bagi abang Awa tu tunggu, habis lah bernanah telinga akak ni dengar ayat pedas dan sinis dia tu. Eee, tak sanggup!" Kepala tergeleng-geleng perlahan.

Halwa mengekek ketawa bila dengar kata-kata Nufa. Dia pula yang tergeleng-geleng kepala sambil bibir mencebik seakan-akan mengejek.

"Dah kenapa Halwa buat muka macam tu? Kelakar lah!" Pipi Halwa dicubit perlahan. Tawa ikut juga terlepas kecil.

"Akak! Akak kalau nak tahu, abang tu masa ak---"

Pin! Pin!

Terhenti terus ayat Halwa bila dengar bunyi hon kereta. Terus mata mereka terarah ke jalan raya.

Ada kereta hitam. Dan kereta itu memang sangat dikenali Nufa dan Halwa. Selalu naik dan pernah naik.

"Halwa Nabila Binti Ghazali!" Nama Halwa kedengaran sebaik sahaja cermin kereta diturunkan.

Nufa pandang sahaja kereta itu. Nampak Nadhif di dalam kereta dan alih pandangan mata bila tanpa sengaja pandangan mata mereka saling bertemu.

Halwa julingkan mata.

"Abang. Kakak Nufa ni." Halwa tunjuk Nufa di hadapannya. Mana lah tahu si abang rabun malam tiba-tiba, tidak kenal Si Penggegar Hati di sini.

Nadhif keluar dari kereta. Berdiri dia di situ dengan wajah kosongnya. Nufa pula dipandang sekilas.

Nufa garu dahi. Bahu Halwa dicuit dan kepala digeleng. Tak senang dah. Telinga ni belum apa-apa dah rasa berasap bila membayangkan yang dia akan dengar ayat pedas Nadhif nanti.

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Where stories live. Discover now