C94

1.9K 219 13
                                    

CAP diturunkan sedikit, menyorokkan sedikit figura wajah. Sesekali, kepala menoleh memandang pasangan yang jelas tampak mesra di tengah restoran itu.

Entah kenapa, lihat senyuman pasangan itu bibir jadi menarik garis sinis. Entah kerana menyampah atau meluat. Mungkin juga dua-dua sekali gus.

"Eh, eh. Sikit-sikit pandang sudah lah. Nanti kantoi lah kita tengah spy dorang!" Suara Sayfa gamit Nufa untuk menoleh daripada pasangan itu.

Julingkan mata, cake disuap masuk ke dalam mulut.

Sayf menggeleng kecil lihat Nufa yang sedari tadi hanya pasif sahaja. Kosong aje riak wajah. Kalau ada pun, pasti riak menyampah.

"Kau dah takde perasaan kat mamat tu kan?" Soal Sayf, sedikit ragu. Mana taknya kalau menyampah Nufa macam menyampah seorang yang sedang diselubung rasa cemburu.

Soalan Sayf, Nufa balas dengan jelingan tajam.

"Kau tapis betul-betul otak kau tu. Tanya soalan merapu betul!" Jus Tembikai diaedut perlahan dengan penyedut minuman.

Sayf hanya sengih sahaja. Mifzal dan gadis manis bertudung dipandang kembali sekilas.

"So, kita nak buat apa ni?" Soal Sayf. Dahi yang tidak gatal digaru perlahan tunjuk runsing.

Mereka tiada langsung rancangan rapi. Cuma ternampak Mifzal berdua dengan gadis bertudung itu di lampu isyarat. Dan kesudahannya, mereka di sini mengintip dalam diam.

Tanpa sengaja telah membantu Ayesha.

Nufa jongketkan bahu. Tiada komen untuk itu.

"Kau bagitahu Ayesha lah." Cadang Sayf.

"Lepas tu? Kau nak Ayesha mengamuk macam aku dulu? Cukup aku je lah buat benda memalukan tu dulu. Tak payah nak pass dekat bekas musuh." Tolak Nufa laju. Kepala digeleng, jelas tidak bersetuju.

Sayf hela nafas berat.

"Dah tu? Kita nak buat apa ni? Nak dekat dua jam tau kita ikut dorang ni. Buang masa aje lah kalau duduk diam aje." Rungut Sayf.

Sia-sia nanti sisa cutinya jika begini. Niat di hati sebenarnya nak jumpa Haikal sebab nak belajar seni mempertahankan diri. Tapi, dah melencong ke lain pula rancangannya.

Nufa diam. Dia menoleh memandang ke arah Mifzal kembali.

Diam-diam dia teliti Mifzal dari jauh. Memang nampak jelas Mifzal bahagia. Dahi sedikit berkerut. Entah itu lakonan Mifzal atau memang perasaan yang ditunjuk terang.

Bagaimana lelaki itu boleh terlihat begitu sedangkan baru sahaja minggu lepas riak wajah itu kecewa menerima berita perkahwinannya. Cepat betul cari pengganti. Kalau dengan Ayesha, tidak musykil. Tapi dengan wanita lain? Wah.

"Dia memang jerk kan?" Soal Nufa perlahan.

Teringat kembali perpisahan lama. Begitu juga keadaan Mifzal dahulu. Tampak sangat bahagia bersama Ayesha.

Sayt diam. Nufa dipandang.

"Nasib baik aku dah kahwin."

"Kalau belum?"

Nufa senyum senget. Sayf dipandang.

"Kalau belum, aku pakat dengan Ayesha koyak bibir dia." Jus Tembikai disedut kembali.

Berkerut dahi Sayf. Hairan kenapa mulut yang mahu dikoyak Nufa.

"Kenapa mulut? Spesifik sangat."

Nufa gelak halus.

"Sesuai lah dengan peribahasa, kerana mulut badan binasa. Dia tu ayat manis kalah madu pikat perempuan. So, kalau koyak mulut dia, takde lah ayat-ayat madu tu." Senanh Nufa menerangkan.

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Where stories live. Discover now