C83

2.1K 261 66
                                    

"RIN tumpang tidur rumah lah. Boleh tak?" Soalan Nourin terus buat semua tersentak. Tajam mata Nufa, Nadhif dan Halwa memandang Nourin yang tenang memandu.

"Apa dia Kak Rin? Ulang semula?" Halwa bertanya. Dah peluk tubuh Halwa memandang Nourin penuh garang.

Nufa dah urut pelipis di belakang. Amboi Nourin ni. Dia yang isteri ni pun masih ragu nak tidur rumah sewa atau tidur di rumah Nadhif. Senang pula gadis yang hanya punya ikatan kawan itu minta tumpang tidur rumah.

Mengerling sekilas Halwa, Nourin lepaskan nafas sedikit kuat. Seperti penat bila perlu ulang katanya tadi.

Nadhif dah menggeleng kecil.

"Kak Rin kat–"

"Tak payah mengeluh lah, Nourin. Yang kena mengeluh sekarang ni, Abang Adep  dan Nufa tau." Laju Nadhif memotong kata-kata Nourin.

Dahi Nourin berkerut. Tak puas hati.

"Kenapa pulak?" Tanya Nourin selamba mahukan jawapan.

Nadhif dah urut pelipis kepala. Nufa yang tenang sahaja di sebelah dia pandang. Pinjam tenang sekejap, sayang. Abang rasa macam nak maki orang dah ni.

"Nourin siapa nak tidur rumah abang? Abang dah beristeri. Nourin bukan siapa-siapa sampai punya hak untuk tidur di rumah abang." Tutur Nadhif tegas.

Terkedu seketika Nufa dan Halwa. Masing-masing diam sahaja. Tak berani mahu menyampuk langsung.

Nourin mencebik. Stereng kereta digenggam erat.

"Rin bukan buat apa pun. Lagipun, Awa ada kan?" Tak mahu mengalah lagi, Nourin petik nama Halwa.

Halwa peluk tubuh.

"Kak Rin tahu tak? Masa tu Kak Tia datang pun abang tidur rumah kawan dia tau. Itu sepupu, ada hubungan keluarga. Pun abang keluar. Ini kan pula kawan perempuan." Bidas Halwa.

Sungguh. Nourin dah beri rasa menyampah sikit.

Ini kalau berdepan dengan Sayf, mahu disekolahkan. Campur dengan Haikal. Confirm, kaw-kaw punya!

Nufa hanya diam. Telefon dipandang seketika sebelum WhatsApp dibuka.

Nak berbalas pesanan dengan Habeeba sekejap.

Nadhif pandang Nufa. Ketenangan Nufa buat Nadhif hairan sendiri. Bini dia ni ada perasaan ke takde perasaan sebenarnya?

Nourin tarik muka masam.

"Lagipun Kak Rin kata nak tumpang ke KL aje kan. Lepas tu Kak Rin akan ikut kawan Kak Rin kan? Ini tiba-tiba tukar plan kenapa?" Soal Halwa tak puas hati lagi.

Nourin julingkan mata.

"Kak Rin tak tahu dia ada tak kat rumah." Mudah sahaja balasan Nourin.

Nadhif dah hela nafas berat. Parah sungguh lah.

"Kalau macam tu, Kak Rin tidur hotel dengan Awa." Cadang Halwa. Dia lagi sanggup hadap Nourin daripada biarkan abang dan kakak iparnya huru-hara.

Bukan nak sangka buruk. Tapi, apa-apa boleh jadi. Baik mereka elak selagi boleh.

"Bahaya lah." Setelah lama berdiam diri, baru lah Nufa bersuara.

Halwa dah menoleh pandang Nufa. Mulut nganga sedikit.

"Kakak?" Tak percaya Halwa dengan balasan Nufa. Seolah-olah Nufa bersetuju jika Nourin tumpang bermalam di rumah Nadhif.

"Nufa Huwainaa." Dingin Nadhif memanggil nama penuh Nufa.

Nourin di hadapan dah senyum kecil.

"See? Nufa tak cakap apa-apa pun. Korang aje yang gelabah." Balas Nourin senang hati. Jari dah mengetuk stereng suka.

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Where stories live. Discover now