C59

1.8K 279 104
                                    

TERASA seperti tiada pergerakan, badan Nufa terus terjaga. Mata yang tertutup rapat tadi kerana lena mula terbuka perlahan-lahan. Terpisat-pisat Nufa tegakkan duduk dari sandaran.

Terasa ada sesuatu yang jatuh melorot ke riba, Nufa tundukkan wajah. Terkelip-kelip mata. Antara masih mamai dan mahu celik sebenarnya.

Kemeja besar bercorak plaid warna hitam putih yang elok di riba, Nufa sentuh. Mula lah dada pun memalu perlahan.

Kemeja siapa lagi kalau mereka sekarang dalam kereta Nadhif? Kemeja dia? Takde makna kalau sudah sedikit lusuh begini.

Menoleh ke kiri dan ke kanan, Nufa angguk kecil. Faham sendiri kenapa Nadhif tiada di sebelah dan kenapa kereta berhenti. Nadhif berhenti di Shell. Ke tandas barangkali.

Menggeliat kecil, Nufa capai botol air mineral. Penutup botol dibuka dan isinya digogok perlahan.

"Kahwin dengan aku."

"Sungguh, jadi isteri aku yang sungguh-sungguh Huwainaa."

"Balik kampung, jumpa abah-abah kita."

Memori sebelum dia lelap laju aje masuk dalam kepala. Mula lah pipi terasa hangat.

"Ehem. Panas lah pulak." Omel Nufa perlahan dengan tangan yang sibuk mengubah suhu penghawa dingin.

Sedang tangan menekan punat penghawa dingin, mata terpandang sesuatu yang bersinar di jemari sendiri.

Makin hangat pipi. Sedar yang cincin Nadhif melamar selamba sudah terletak elok di jari manisnya.

Entah macam mana, Nufa sendiri tak tahu. Tapi dia lah tukang sarungnya. Bulan Nadhif mahupun orang lain.

"Allah!" Nufa sumpah berbahang satu badan.

Tak peduli apa, terus wajah diletak betul-betul di hadapan penghawa dingin. Mahu hangat wajah hilang dengan segera.

"Cepat hilang, wahai malu. Nanti mamat tu nampak, malu bertimpa-timpa!" Omel Nufa sendiri. Sambil itu tangan gerak-gerak kipaskan wajah.

Tok! Tok!

Terlompat Nufa di duduknya. Dada dipegang dan kepala menoleh ke arah tingkap.

Ada Nadhif. Nadhif dengan muka judging face di situ. Pandang memang nak bagi kutukan kaw-kaw.

"Ish, dia ni kan!" Marah Nufa sendiri. Hilang melayang dah manis-manis tadi.

Nadhif menggeleng lihat Nufa. Terus jari ditunjukkan ke bawah, isyarat untuk gadis itu turunkan tingkap.

Faham, Nufa jatuhkan tingkap. Nadhif dipandang atas bawah, masih belum berpuas hati.

"Memang suka bagi jantung gugur eh?" Belum sempat Nadhif nak bersuara, Nufa terlebih dahulu menyembur geram.

Terkatup rapat terus mulut yang tadi terbuka sedikit. Tutup mulut, tarik sengih sinis.

"Gugur pun apa salahnya. Aku kan ada jadi tukang kutip." Selamba dan bersahaja.

Tidak berdebar, Nufa tayang muka geli geleman. Tak cukup itu, tingkap juga dinaikkan.

"Perasan tu memang nak kena lepas merata aje." Kutuk Nufa.

Tok! Tok!

Sekali lagi, tingkap diketuk. Kali ini Nufa tidak terkejut lagi. Kerling sekilas sebelum sekian kalinya tingkap diturunkan.

Mata Nufa tak pandang Nadhif tapi, mata Nadhif pandang Nufa.

"Solat tak?" Soalan Nadhif buat lelaki itu dipandang seketika.

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Where stories live. Discover now