C52

1.9K 286 78
                                    

TOTE BAG yang melorot jatuh ke lantai dibiarkan sahaja. Kaki menapak ke katil sebelum badan dicampakkan di tengah ruang katil. Lepaskan lelah, mata dipejam rapat buat seketika.

Bunyi kipas siling serta rasa angin kipas yang menyapa wajah buat lelah Nufa sedikit berkurang. Malah kantuk pula yang datang menjengah.

Naik turun dada Nufa, diiringi dengkur halus yang mula menjadi irama lena.

Tidak lama. Untuk minit seterusnya, Nufa sudah tersentak jaga dari lelap pendeknya saat telinga menangkap deringan kuat telefon dari dalam kocek seluarnya.

Kring! Kring!

Terpisat-pisat Nufa di atas katil. Mulut dah mengomel tidak puas hati. Yalah. Baru mahu lelap, sudah diganggu pula. Sudah lah banyak tenaga yang dia gunakan seharian ini.

"Ish. Siapa pulak ni?" Sambil berdecit tidak puas hati, Nufa terus keluarkan telefon dari kocek seluar.

Sayf Dude

Julingkan mata, Nufa gesek ikon hijau di skrin. Mahu jawab panggilan.

"Hello." Malas campur geram.

"Hah, Nufa. Hello. Kau sampai rumah dah ke?" Soal Sayf. Latar belakang lelaki itu bising, buat suara Sayf tenggelam timbul di pendengaran.

Oh. Sejak dua menjak ini, dia memang tak berjumpa dengan Sayf kerana kesibukan kawannya itu menyiapkan final year project. Jadi, buat masa sekarang Nufa tiada driver percuma. Huhu.

"Dah. Aku baru je sampai. Kenapa?" Soal Nufa. Dari meniarap, Nufa duduk bersila.

"Jom keluar."

Berkerut terus dahi Nufa. Jam di dinding dipandang. Sudah jam 10 malam. Biar betul si Sayf Hakim ni?

"Keluar mana pulak malam-malam buta macam ni?" Kepala digaru. Tak peduli jika tudung sudah senget-benget macam kain bungkus sekalipun.

"Alah, jom lah. Aku rindu ni nak jumpa kau. Lama dah tak luang masa dengan kau. Project aku pun dah nak siap. Boleh rehat sekejap." Sayf mengajak lagi.

Nufa pandang jam. Kemudian tengok pula pantulan diri di cermin. Lah. Dia terlihat terlalu penat hari ini untuk melayan Sayf.

"Alah, Nufa." Diam Nufa buat suara gedik skala 6 Sayf keluar. Berkerut terus dahi Nufa.

"Jom lah. Lama dah tak jumpa ni." Suara Sayf penuh dengan nada memujuk. Memujuk yang gedik ya.

Nufa urut pelipis kepala perlahan. Berkira-kira. Memang malas.

"Hari lain tak boleh ke?" Soal Nufa. Sambil itu kaki dah menapak menuju ke almari baju. Mahu cari baju.

Rengekan Sayf buat telefon dijauhkan dari telinga. Serong dipandang telefon. Kalau Sayf depan mata, memang kaki sampai kat muka. Gedik sungguh!

"Aku busy lagi. Hari ni aje macam free sikit."

Telefon Nufa letak atas meja solek. Mode pembesar suara ditekan. Nak belek baju, kena buat betul-betul.

"Macam tu lepas kau settle semua lah. Senang." Balas Nufa. Tangan menarik keluar sehelai baju t-shirt kosong  berlengan panjang berwarna navy blue.

"Tak boleh. Lepas habis semua aku kena prepare studi pula. Lepas tu nak pergi healing dengan budak-budak ni semua." Panjang lebar Sayf beri jadual padatnya secara kasar.

Terhenti seketika tangan Nufa yang sedang menggeledah almari. Telefon di meja solek dipandang kosong.

"Lah pulak. Kiranya aku kena pergi balik kerja pakai duit lah ni?" Itu pula yang dirungutkan Nufa. Kalau dah jadual Sayf begitu, memang pokai lah dia tengah bulan.

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Where stories live. Discover now