C65

2.4K 320 90
                                    

WARDA dan Habeeba sudah hilang entah ke mana, buat Nufa terkial-kial menguruskan diri sendiri. Janji melayu sungguh! Kata nak teman sampai siap semua benda. Akhir-akhir, selepas selesai make-up hilang terus budak berdua.

Persalinan kurung songket yang tergantung di belakang pintu bilik Nufa capai. Tak susah, kurung songket disarung pada tubuh.

"Nasib baik muat." Hela nafas lega Nufa dibuatnya. Risau juga jika kurung songket ini tidak muat. Yalah. Sudah ditempah lama. Nak sampai ke tarikh hari ini bukan masa yang pendek.

Menghadap cermin, Nufa tilik diri sendiri. Gamam seketika lihat diri sendiri. Lama dah tak nampak Nufa versi berkelas seperti ini. Kali terakhir adalah malam dia berpisah dengan Mifzal.

"Dah tak payah ingat lelaki tu." Nufa sedarkan diri sendiri.

Menoleh ke katil, sehelai shawl sudah dibentang di situ. Tanda sudah digosok.

Tanpa lengah, Nufa terus buat keputusan untuk gayakan tudung dengan sendiri. Takut lama pula masa yang akan diambil jika mahu tunggu Warda dan Habeeba ke mari.

Anak tudung di kepala dibetulkan sebelum selendang ditarik dan diletakkan di atas kepala. Baru nak menggayakan selendang, pintu bilik diketuk perlahan sebelum wajah manis Halwa muncul di celahan pintu yang terbuka.

Nufa langsung senyum. Pusing tubuh, Halwa disapa dengan manis.

"Assalamualaikum, Halwa." Sapa Nufa. Tangan cekap pin selendang di bawah dagu.

Halwa tersengih sebelum dia menyelinap masuk ke dalam bilik. Pintu ditutup rapat.

"Waalaikumussalam, kakak ipar." Duduk dilabuhkan di katil menghadap Nufa yang sedang bersiap.

Nufa senyum.

"Dah ramai ke orang datang?" Soal Nufa. Sedar juga yang dia sudah lambat. Harap-harap Nadhif sudah siap. Dia memang tak jumpa lelaki itu sejak selepas Zohor lagi. Masuk bilik, baju melayu songket lelaki itu sudah tiada.

Halwa menggeleng.

"Tak ramai lagi. Mak dan ayah ada layan beberapa orang yang dah datang." Beritahu Halwa.

Nufa mengangguk. Teragak-agak seketika untuk bertanya tentang Nadhif.

"Abang Awa ada dah kat luar?" Soal Nufa.

Halwa menggeleng juga.

"Belum. Tadi Abang Haikal dan Abang Sayf bawa abang pergi mana entah. Awa tak nampak dah."

Pandang cermin, Nufa mengangguk kecil. Namun sekejap sahaja dia lihat pantulan diri di cermin sebelum dia toleh pandang Halwa. Dapat rasa mata si adik itu belum lepas dari wajahnya.

"Kenapa?" Bersama tawa halus, Nufa bertanya.

Halwa sengih sahaja.

"Awa rasa macam mimpi aje. Betul kan kakak dah kahwin dengan abang?"

Terlepas terus tawa besar Nufa. Biarkan dahulu selendang, Halwa dirapati. Tempat kosong di sebelah Halwa diisi.

"Kenapa Awa tanya macam tu?"

Halwa diam, mencari jawapan. Nufa dipandang.

"Mungkin sebab tak biasa lagi kut. Lagipun sebelum kahwin kan memang korang selalu gaduh. Tiba-tiba kahwin pula hari ni. Awa macam ragu sedikit. Sedikit aje lah. Hehehe." Dahi digaru.

Nufa menggeleng kecil.

"Kakak pun tak percaya. Alah, tapi sekarang pun gaduh juga." Beritahu Nufa sambil tersenyum.

Lihat senyum itu, Halwa kecilkan mata. Pandangan menyakat.

"Eleh." Bahu Nufa disenggol perlahan.

"Gaduh sekarang dah tak macam dulu kan? Eleh."

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Donde viven las historias. Descúbrelo ahora