C20

2K 270 119
                                    

MIFZAL dah matikan enjin kereta. Langkah kaki lelaki itu yang makin menghampiri buat Nufa makin tak senang. Ke kiri dan ke kanan kakinya hendak mencari idea untuk lari. Kalau ambil langkah seribu, yakin lelaki itu dapat kejar. Lagipula, dia tak mahu tiba-tiba buat drama malam-malam begini.

"Aduh... Dia nak apa?" Getus Nufa tak puas hati. Mata dah terjeling-jeling Mifzal sampai lah lelaki itu berdiri di hadapannya.

Nufa julingkan mata. Jengkel sungguh dia dengan senyuman yang tertempel di bibir Mifzal sekarang.

Jika dulu senyuman itu menghantar seribu satu rasa buatnya, kini tidak lagi. Yang ada hanya lah rasa nak muntah sahaja.

"Nufa." Panggil Mifzal. Wajah cemberut Nufa dipandang tak lepas.

Tangan Nufa terus naik mengurut pelipis kepala. Sungguh dia rimas dan stress dengan Mifzal. Nafas berat dilepaskan kuat-kuat. Sengaja nak bagitahu lelaki itu yang dia lelah dengan kehadirannya sekarang.

"Apa lagi kau nak Mifzal?" Soal Nufa.

Mifzal senyum hambar.

"Nufa. We need to talk." Mifzal suarakan hasratnya.

Nufa julingkan mata ke atas. Menyampah dengan intonasi suara Mifzal. Lembutnya bukan main! Mana lah dia boleh tahu ini tone 'berkawan' sahaja. Tak pasal-pasal habis masa 3 tahunnya dengan lelaki ini.

"Cakap pasal apa? Aku dah sebut jelas-jelas kut hari tu. Keluar je aku dari kafe tu, kau dan aku tak kenal." Bidas Nufa.

Mifzal angguk. Faham. Dua tangannya juga sudah dicantum, tanda mengerti dan memohon sebuah pengertian.

"Please, Nufa." Rayu Mifzal.

Nufa geleng kepala. Tidak mahu.

"Aku tak nak ada kena mengena dah dengan kau Mifzal. Can you please stop? Pergi lah. Bahagia lah dengan pilihan kau." Kata Nufa.

Mifzal diam. Wajah lelah Nufa dipandang. Entah kenapa hatinya bagai dihiris-hiris dengan kata-kata Nufa sebentar tadi.

"Nufa..."

Nufa angkat tangannya di hadapan wajah Mifzal. Mati kata terus lelaki itu. Bagus. Memang itu niatnya. Lelaki itu perlu berhenti panggil namanya dengan nada berharap dan merayu begitu.

"Look. Kau dah ada Ayesha. She's your dream girl, right? Jadi buat apa buang masa cari aku?" Soal Nufa. Sengaja dia sentakkan Mifzal dengan fakta. Mana tahu lelaki itu lupa.

Bahu Mifzal jatuh.

"Nufa, this past few days..." Kata-kata Mifzal mati. Nufa yang tayang wajah kosong dipandang.

"It's..."

Dahi Nufa berkerut. Sabar dia menanti untuk Mifzal habiskan kata.

"I don't know. But..."

Mifzal raupkan wajahnya. Nafas ditarik dalam-dalam sebelum ia dihembus perlahan. Wajah bingung Nufa dipandang dengan mata yang sayu.

"It's hard without you..."

Nufa tersentak. Bulat matanya tak berkelip memandang Mifzal. Lelaki itu nampak lemah. Lelaki itu nampak layu. Dan mata lelaki itu sedikit berkaca.

"What...?" Hampir tak terkeluar suara Nufa menutur soal. Otak belum hadam apa yang baru sahaja telinganya dengar.

Mifzal kemam bibir. Liur ditelan payah.

"I know. I know. I try to let you go. But---"

"Heh."

Kata Mifzal mati. Mati bila dengar tawa sinis Nufa. Lihat Nufa, gadis itu dah menggeleng kepala dengan riak wajah sinis seperti tidak percaya dengan apa yang sedang berlaku sekarang.

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Where stories live. Discover now