C34

1.8K 256 69
                                    

MELOROT jatuh Nufa menyorok dalam kereta bila kereta Sayf sudah berhenti di hadapan dobi. Sayf yang melihat tingkah pelik Nufa hanya mampu mengerutkan dahi. Kepala pula menggeleng beberapa kali bila lihat Nufa kalut memakai pelitup muka. Tak cukup dengan itu, kaca mata hitam pun ditarik sama.

Geram, Sayf terus ketuk perlahan kepala Nufa dengan botol kosong. Mengaduh Nufa dibuatnya.

"Ish, sakit lah!" Kepala digosok perlahan. Tajam mata hantar jelingan kepada Sayf di sebelah.

"Itu makan dia! Yang kau nak pelik-pelik pula kenapa? Cepat lah keluar!" Arah Sayf. Picu tali pinggang keledar ditekankan buat Nufa sebelum dia campak botol kosong tadi kepada Nufa. Minta dibuang dengan cara yang paling biadap. Haha!

Nufa merengus tidak puas hati.

'Sebab kawan baru kau yang poyo tu lah aku jadi begini. Hish!' Tak puas hati Nufa mengomel dalam hati.

Botol kosong dicapai dan tali pinggang keledar dilepaskan. Jeling Sayf, pintu kereta dibuka luas-luas. Bersedia untuk hempas kuat-kuat. Biar Sayf tahu dia salah cari pasal pagi-pagi begini.

Nampak kuakan besar itu, Sayf buru-buru keluar dari kereta. Nak selamatkan kereta kesayangannya. 

"Kau jangan macam-macam eh, pagi ni!" Amaran Sayf sudah keluar. Kejap tangan memegang pintu kereta seraya Nufa ditolak lembut ke tepi. 

Julingkan mata, Nufa betulkan topi di kepala. Dan tiba-tiba dia teringat. Teringat tentang pemilik topi ini. Mata terus pandang kedai buah seberang jalan sana. Nampak dah shutter besinya dinaikkan. Pasti pemilik kedai itu sudah mula berkerja.

"Sana lah. Aku dah lambat ni. Kau balik nanti tunggu sini diam-diam eh?" Pintu kereta Sayf tutup. Nufa dipandang kemudiannya dengan tangan mencekak pinggang sendiri. Gaya bapak-bapak marah anak.

Beralih pandang, mata Nufa lihat Sayf.

"Patut pun kau single abadi. Macam polis pencen!" Kutuk Nufa selamba sebelum dia ambil langkah tinggalkan Sayf di situ. Jika berlama, takut pula adegan tumbuk-menumbuk terjadi. Pagi lagi ni kalau nak jadi gengster.

Lihat langkah Nufa, Sayf mencebik. Kereta dimasuki kembali. Pandang seberang jalan, teringat terus kepada Nadhif.

"Awal lagi ni." Jam dilihat sekilas. Selepas berkira-kira sendiri, Sayf buat keputusan.

"Singgah kejap lah." Handbreak diturunkan, sedia untuk memandu ke kedai seberang sana.

Senyum dah melorek di bibir. Ada bagus juga dia singgah sebentar. Boleh juga dia tahu gossip terkini Nadhif dan Nufa.

Tiba-tiba teringat hal semalam.

Seronok berbalas WhatsApp dengan Nadhif, sengaja dia hantar nombor Nufa. Tak memasal. Walhal takde pun Nadhif sebut apa-apa mengenai Nufa.

Nadhif
Pehal ni?

Sengih Sayf dibuatnya.

You
Eh sorry, sorry. Terhantar.

Nadhif
Oh.

Berdekah Sayf dibuatnya. Tolak tepi lah malu tak malu tu. Misi jadikan Nadhif someone Nufa perlu diteruskan juga.

Sampai, handbreak ditarik. Tersenyum dia keluar dari kereta. Mata dah tangkap Nadhif yang sibuk menyusun atur bakul-bakul kayu yang berisi buah di tempatnya.

"Bro!" Tegur Sayf bila kaki cecah masuk ke dalam kedia buah Whole Fruit.

Kaget, Nadhif menoleh. Bila lihat Sayf, tangan diangkat tanda menyapa. Kaki pun dah bergerak merapati kawan lelaki Nufa itu.

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Where stories live. Discover now