C72

2.1K 301 91
                                    

PINTU bilik hotel Nadhif tutup. Nufa yang dah berlari dan labuhkan duduk di tengah bilik langsung undang gelengan kecil Nadhif. Bila dengar celoteh teruja Nufa, Nadhif tak dapat tahan. Terus tawanya meletus kecil. Kaki mengatur tenang menuju ke arah Nufa.

Lihat Nufa yang dah memunggah plastik-plastik yang berisi baju baharu mereka, Nadhif tersenyum lagi. Badan disandarkan di dinding dan tangan auto naik memeluk tubuh melihat teruja Nufa.

Nufa keluarkan sehelai blouse putih berbunga kecil warna ungu dari plastik. Senyum dia bila baju itu dilekapkan rapat ke badan. Dalam kepala dah fikir dah bagaimana dia akan terlihat comel dalam blouse ini.

"Nadhif!" Kepala menoleh cari Nadhif. Bila lihat Nadhif yang sedang bersandar santai di dinding, senyum meleret cantik.

Berdiri, blouse itu dilekapkan di tubuh mahu tunjuk kepada Nadhif.

"Cantik kan?" Soal Nufa. Terpusing-pusing dia kecil dengan tangan memegang baju erat.

Malas mahu nyatakan fakta secara terang-terangan, Nadhif hanya hmm malas sahaja. Plastik yang berisi pakaiannya diletakkan di katil sebelum duduk dilabuhkan. Nufa masih dipandang.

Lihat reaksi acuh tak acuh, Nufa julingkan mata ke atas. Tapi, takpe. Rasa teruja mencuba baju-baju baru ini lebih menguasai. Biarkan Nadhif dengan bitternya.

Nadhif hanya memerhati sahaja. Tak lepas langsung mata daripada Nufa. Sisi teruja Nufa ini buat Nadhif rasa bangga. Bangga dapat gembirakan Nufa.

"Kalau aku pakai baju ni, kau kena pakai..." Tanpa meminta, plastik-plastik pakaian Nadhif diambil.

Mereka membeli-belah secara berasingan. Namun bila bayar, orangnya sama. Pasti-pasti sahaja Nadhif. Nufa langsung tak keluarkan satu sen pun. Nadhif melarangnya keras. Kalau Nufa tarik duit dari pursenya, cucukan di pinggang yang dia terima. Kan dah menjerit. Buat malu sahaja. Sudahnya, Nufa biar sahaja Nadhif yang bayar semuanya.

Semua pakaian yang dibeli Nadhif dikeluarkan satu persatu. Nak tengok, ada tak yang boleh matchy-matchy bersama. Tapi makin dia keluarkan, makin berkerut dahinya.

Nadhif dipandang.

"Baju apa kau beli ni?" Tanya Nufa.

Semua yang Nadhif beli kemeja bercorak tropika. Langsung tiada kemeja kosong mahupun t-shirt kosong. Seluar pun sama. Semua seluar bawah lutut dan bercorak tropika. Kiranya Nadhif beli pakaian berset. Apakah?

"Kan kita nak pergi pulau, aku beli lah baju vibe-vibe pulau, musim panas." Jawab Nadhif mudah.

Nufa cekak pinggang. Masuk laut terus moodnya. Semua sebab baju-baju Nadhif. Tak manis langsung!

"Fesyen kau lagi teruk daripada fesyen aku." Kutuk Nufa selamba. Baju-baju yang berselerakan terus dilipat satu-persatu. Nadhif langsung tidak diendahkan.

Mamat tu lah. Ingat ini percutian saje-saje ke? Ini kan percutian bulan madu! Pakai lah baju molek-molek sikit. Ni kalau dia lain, Nadhif lain, mana nak rasa bulan madu tu. Huh!

"Takpe lah. Biar lain-lain. Kan orang kata, opposite attracts." Selamba sahaja Nadhif membalas.

Jeling terus Nufa kepada Nadhif. Rasa nak cubit aje mulut Nadhif tu. Kalau bab menjawab memang nombor satu! Menjawab dengan pakej sakitkan hati. Huh!

"Yelah. Apa-apa lah. Asalkan kau pakai baju." Malas mahu panjang-panjangkan, Nufa membalas mudah.

Nadhif terangguk-angguk bersetuju.

Nufa diam sahaja, masih melipat pakaian. Namun, sesaat perbuatannya terhenti bila Nadhif turun dari katil dan duduk di sisi kanannya.

Buat-buat tak tahu, tapi dah berdebar. Berdebar dengan senang bila nampak Nadhif memasukkan satu persatu pakaian mereka ke dalam beg pakaian baru yang dibeli tadi.

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Where stories live. Discover now