C57

1.9K 257 53
                                    

KELUAR dari Iron Room, Nufa lihat kaunter telah pun kosong. Nak hairan, namun satu sticky note yang tertampal di meja kaunter buat Nufa cepat menghampiri meja kayu itu. Kalau dah ada nota, pasti Warda telah keluar terlebih dahulu untuk lunch hour. Danbila baca tulisan tangan Warda, Nufa angguk mengerti. Seperti yang dia sangka, Warda dah keluar dahulu.

𝑁𝑢𝑓𝑎, 𝑎𝑘𝑢 𝑙𝑢𝑛𝑐ℎ 𝑑𝑢𝑙𝑢. 𝑃𝑢𝑡𝑟𝑎 𝑑𝑎ℎ 𝑠𝑎𝑚𝑝𝑎𝑖 𝑑𝑢𝑙𝑢 𝑇𝑎𝑘 𝑠𝑒𝑚𝑝𝑎𝑡 ℎ𝑒ℎ𝑒ℎ𝑒
𝐾𝑎𝑙𝑎𝑢 𝑘𝑎𝑢 𝑛𝑎𝑘 𝑎𝑝𝑎-𝑎𝑝𝑎, 𝑏𝑎𝑔𝑖𝑡𝑎ℎ𝑢 𝑎𝑘𝑢 𝑜𝑘𝑒𝑦? 𝐴𝑘𝑢 𝑡𝑜𝑙𝑜𝑛𝑔 𝑏𝑢𝑛𝑔𝑘𝑢𝑠𝑘𝑎𝑛

Tersenyum kecil, sticky note itu dicabut dan disimpan ke dalam laci. Duduk dilabuhkan sebelum telefon diambil. Nampaknya hari ini dia perlu pesan makanan secara atas talian.

Sejak kandungan Afrina mencecah dua bulan, Afrina mengalami alahan yang sangat teruk sehingga kakak iparnya itu terpaksa mengambil cuti dalam tempoh yang lama. #OhMyDobi yang memang sedari dahulu hanya punya mereka bertiga sebagai pekerja, kini tak menang tangan menguruskan dobi. Nufa dan Warda terpaksa bertolak ansur sedikit sebanyak sehingga lah Afrina kembali sihat seperti biasa.

Nufa tak kisah pun. Walau kerap kali dia ditinggalakn begini, selalunya selepas itu pasti akan ada yang menemaninya juga. Kalau tidak Sayf, pasti Halwa. Dan sekarang memang Halwa aje memandangkan Sayf sibuk dengan pengajiannya.

Ting!

Pop-up WhatsApp yang muncul di skrin telefon menghentikan jari Nufa dari terus scroll aplikasi Food Panda. Badan terus tegak dan senyum mula muncul. Pesanan dari Halwa.

Halwa Nabila
Kakak Nufa dah lunch ke?

Laju jari menari di atas skrin telefon, membalas pesanan WhatsApp yang diterima.

You
Belum. Akak baru aje nak tengok-tengok kat Food Panda

Send! Kemudian, jari kembali bergerak untuk menambah balasan.

You
Halwa dah lunch? Nak lunch sekali dengan akak?

Nufa mempelawa. Pertama kali. Selalunya pasti Halwa yang tawar diri dahulu atau paling manis bila gadis itu tiba-tiba datang terjah kedai dengan makanan di tangan. Teringat Halwa, senyum tidak dapat ditahan. Manis terbentuk. Rasa senang buat gadis itu memang terserlah.

Halwa Nabila
Awa puasa lah hari ni. Hehehe. Sorry

Balasan Halwa, Nufa terima dengan anggukan kecil. Tak terasa hati langsung. Tak mengapa jika tidak punya rezeki hari ini. Esok lusa, pasti akan ada peluang untuk mereka duduk satu meja lagi.

Halwa Nabila
Akak ada teringin nak makan apa-apa?

Berkerut dahi Nufa. Kenapa pula dia yang ditanya? Bukan kah gadis itu yang berpuasa? Pasti teringin macam-macam.

You
Kenapa tanya akak pula? Kan yang puasa tu Halwa?

Halwa hantar emoji ketawa, buat Nufa tersenyum. Dalam kepala dah bayang sendiri Halwa dengan gelaknya.

Halwa Nabila
Saje tanyaaa. Mana tahu Awa boleh belanja untuk buka puasa nanti. Akak ikut jom Awa buka puasa?

Baca ajakan Halwa, Nufa jadi termenung sendiri. Berkira-kira sekejap untuk ikut ataupun tidak. Kalau Halwa dengan dirinya sahaja, tiada masalah. Masalahnya, Halwa pasti dan pasti akan pergi bersama abangnya. Dan bila ada si abang tu lah penyebab Nufa ragu seketika.

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Where stories live. Discover now