C79

2.2K 269 71
                                    

RUANG belakang Hilux dipanjat Nadhif. Pandang Nufa di bawah, tangan terus membantu untuk bawa Nufa naik bersama. Tersenyum dia dengar erangan garau Nufa ketika memanjat.

"Uish. Suara jantan mana tadi tu?" Nadhif terus ambil peluang untuk menyakat. Buat dia menerima jelingan menyampah daripada Nufa.

Nadhif tergelak kecil. Bangku plastik diambil dan diletakkan untuk Nufa duduk. Namun Nufa selamba sahaja bersila tanpa sebarang lapik. Terpinga-pinga Nadhif jadinya.

"Huwainaa tak nak duduk atas bangku ni? Kotor lantai ni." Pelawa Nadhif.

Lantai Hilux ini memang selalu tercemar dek tanah. Nama pun peladang dan pekebun. Di mana-mana ada tanah dan lumpur itu biasa.

Nufa menggeleng. "Waina nak duduk atas lanti ni je. B sini lah duduk sebelah sini." Ajak Nufa. Ruang kosong di sebelahnya yang sedikit bertanah ditepuk perlahan.

Nadhif tersenyum lembut. Kepala mengangguk setuju.

"Okey. Tapi sekejap. Abang tolong Awa naik nanti. Lepas tu baru abang duduk sebelah Huwainaa, ya?" Kata-kata Nadhif, Nufa terima dengan anggukan dan senyuman.

Rasa teruja buat Nufa tak boleh duduk diam. Tertoleh-toleh kepalanya memandang ke kiri dan ke kanan. Walhal, Hilux belum lagi dipandu pergi. Mereka pun masih lagi di halaman rumah Haji Ghazali dan Hajah Fazila.

Nadhif yang di tanah sesekali tertawa halus melihat keterujaan Nufa. Comel sangat untuk dibiarkan tanpa menoleh pandang.

Halwa dan Hajah Fazila keluar dari rumah. Masing-masing dalam pakaian berkebun. Nufa yang melihat adik ipar dan mertuanya terus ternganga. Pandang pula pakaian sendiri.

Satu set blouse berseluar warna beige dan selendang hitam yang dipakai ala kadar atas kepala.

"Siap dah? Nufa mana?" Dengar suara Hajah Fazila bertanya.

Nadhif hanya menjuih ke Hilux. Ada Nufa yang dah resah di situ. Dah kenapa pula tu?

Hajah Fazila memandang Hilux. Tersenyum lihat Nufa yang terkulat-kulat di situ. Buat langkah dibawa ke tempat menantunya.

Halwa dah dibantu Nadhif memanjat belakang Hilux. Angkat tangan dia menyapa Nufa yang tersenyum kekok. Berkerut dahi.

"Kakak okey tak ni?" Soal Halwa. Topi mengkuang dan kasut boot hitamnya diletakkan di sisi. Nufa dipandang.

"Err. Akak nak tukar baju lah." Bisik Nufa perlahan, cukup untuk Halwa sahaja yang mendengar.

"Hah? Nak tukar baju kenapa?" Dan kita ada Halwa. Macam tertelan mikrofon suara dia. Kalau nak ulang semula apa yang dia cakap, baik lah dia tak berbisik tadi.

Hajah Fazila dan Nadhif memandang Nufa yang dah garu dahi sambil senyum kekok.

"Kenapa nak tukar baju pula? Mak tengok okey aje baju Nufa. Cantik je menantu mak ni." Hajah Fazila menilik Nufa sekilas sambil terangguk-angguk kecil.

Nufa garu leher.

"Nufa ingat kita nak duduk sahaja. Tengok mak dengan Halwa, macam nak kerja aje. Segan lah kalau kat sana nanti Nufa seorang aje tak buat apa." Luah Nufa.

Nadhif senyum dengar luahan Nufa. Alahai isteri. Awak tak buat apa-apa pun takpe.

Hajah Fazila tersenyum. Kepala menggeleng perlahan.

"Tak payah. Baju nak berkebun banyak kat sana. Baju abang pun banyak. Kalau Nufa nak, Nufa ganti aje kat pondok sana. Tapi, mak cadangkan Nufa duduk aje tengok-tengok ladang. Takde banyak kerja pun." Kata Hajah Fazila. Kaki dah bergerak mahu duduk di sebelah pemandu.

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Where stories live. Discover now