C19

1.8K 230 33
                                    

BEBERAPA kemeja yang sudah siap digosok, Nufa pasangkan dengan plastic dust cover. Setelah itu, disangkut satu persatu kemeja itu pada besi. Lihat kepada tagnya, tengah hari nanti tuan empunya baju akan datang dan bawa pulang semua baju ini. Bagus. Kurang lah baju bergantungan di Iron Room ini.

Selesai, Nufa menapak langkah keluar dari bilik. Skip ke kaunter, Nufa ambil langkah ke tangga. Dia mahu ke tingkat atas pula. Nak angkat cadar-cadar yang pasti sudah kering.

Tangga dipanjat satu persatu. Sampai sahaja di tempat jemuran bahagian atas, Nufa senyum. Tak terus ke ampaian, Nufa labuhkan duduk di bangku yang tersedia. Lepaskan lelah sekejap.

"Haila, hidup!" Lepas kata Nufa. Daripada duduk, Nufa dah berbaring lurus di atas bangku. Tangan naik letak atas mata, menghalang silau kilauan matahari.

Diam-diam, fikiran ligat menerewang ke sana ke mari. Dan bayang wajah Mifzal muncul dalam kepala. Terkenang lelaki itu, Nufa lepaskan sedikit nafas berat.

Terganggu. Nufa tidak faham kenapa Mifzal bersungguh mahu bina kembali hubungan bersamanya. Walaupun hanya sebagai seorang kawan. Panggilan dan pesanan ringkas tak putus-putus. Paling banyak, lima kali sehari nama lelaki itu akan muncul di skrin telefonnya.

Daripada berbaring, Nufa duduk.

"Apa dia nak lagi pun aku tak tahu. Dah ada Ayesha tu, sudah lah." Mengomel tak puas hati Nufa dibuatnya.

Kaki atur langkah. Sengaja dia merapat ke anjung ingin melihat manusia-manusia serta kereta-kereta di bawah.

Melilau mata tetapi lilauannya terhenti pada satu susuk tubuh yang baru sahaja keluar dari sebuah kereta biru matelik. Dari atas pun tahu kereta itu bukan biasa. Tapi, itu bukan pokok bualan. Tu! Lelaki yang keluar dari kereta itu! Dia kenal sangat!

Mifzal Hafiy!

Auto bongkok menyorok terus Nufa. Tindak balas spontan untuk mengelak. Tahu dah si Mifzal tak akan mendongak pandang atas cari dia. Tapi nak juga dia membongkok.

"Apa dia buat dekat sini?" Soal Nufa tak puas hati.

Melihat Mifzal, lelaki itu elok menapak ke kedai dobi. Selamba. Sebelum menapak masuk, telefon dikeluarkan. Kecil mata Nufa melihatnya.

"Jangan cakap..."

Semerta telefon Nufa bergetar dalam poket minta diangkat. Laju Nufa seluk bawa benda petak itu keluar. Juling mata bila lihat nama pemanggil. Tak lain tak bukan, seketul Mifzal Hafiy.

"Ish." Getus Nufa. Panggilan ditolak. Decline! Decline! Decline!

"Apa dia nak lagi." Tak puas hati nada Nufa. Sesekali dia bersandar pada dinding sambil laju tangan mencari nombor Warda.

Jumpa, terus dia dail nama gadis itu.

"Tolong bagi kerjasama, Warda." Mohon Nufa.

Tak senang duduk dah Nufa di atas ini. Niat nak angkat kain jemuran jadi lain pula. Tak pasal-pasal jadi port menyembunyikan diri pula.

"Hello?" Suara Warda menerpa gegendang telinga. Melompat kecik tanda suka Nufa di situ.

"Alhamdulillah. Warda!"

"Mifzal kat depan ni kan?" Soal Warda. Suaranya dah seperti berbisik. Tanda berjaga-jaga. Mungkin juga Mifzal sudah menapak masuk ke dalam dobi. Atau mungkin juga lelaki itu sudah pun berdiri di hadapan Warda.

"Yes! Tolong jangan bagitahu aku ada kat dobi." Laju tutur rayu Nufa.

"Sumpah aku tak nak jumpa lelaki tu." Kata Nufa. Kuku digigit lembut.

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Where stories live. Discover now