C3

3K 324 29
                                    

DARI jauh, Nufa dapat lihat Mifzal yang sedang menunggunya berseorangan diri di satu sudut kafe. Bibir terus senyum sinis. Mula lah rasa cemburu timbul. Semalam dia lihat akaun Instagram Ayesha. Jarang sekali post gadis itu bersama Mister Man yang 'sangat misteri' di tempat-tempat yang shabby begini. Semuanya di tempat yang fancy walaupun hanya untuk secawan kopi. Kalau dengan dia? Semedang tempat begini. Dasar jerk betul Milfaz ini!

Rasa nak mengamuk, tapi cepat Nufa tarik nafas dan hembus untuk tenangkan diri. 

"Sabar, Nufa. Sejak dia curang, dia memang jerk dah." Bisik Nufa pada diri sendiri. 

Nafas ditarik dalam-dalam sebelum dia hembus perlahan. Seiring dengan itu, kaki mula mengatur langkah merapati Mifzal. Semakin dia melangkah, semakin naik debaran di dada. Semakin dia menghampiri, semakin bercampur segala perasaannya. Dan semakin tinggi juga peratus dia ingin melepaskan geramnya kepada lelaki itu.

Kaki Nufa berhenti melangkah. Dia sekarang hanya tiga langkah di belakang daripada Mifzal. Diam-diam di situ mahu kumpulkan kekuatan. 

"Yes, baby. I miss you too. See you soon. I love you." Perbualan Mifzal yang dia dengar tanpa sengaja mengakukan kaki yang ingin ambil langkah semula.

Sumpah, mendengarkan itu Nufa dapat rasa darahnya deras naik ke kepala. Kalau dalam kartun, dah berasap kepala dan sudah merah satu badannya.

Tangan di sisi dia genggam seerat-eratnya. Nafas yang dah tak teratur cuba untuk dia neutralkan semula. Pesanan Sayf yang menyuruh dia untuk bertenang dan jangan meroyan diulang-ulang dalam kepala.

'Cukup semalam buat benda bodoh. Cukup semalam. Hari ni buat benda cerdik pula.'

Mungkin rasa aura yang lain macam, Mifzal menoleh dan terkejut dia bila lihat Nufa yang kaku berdiri tidak jauh di belakangnya. Terus bangun mengejut dia dari duduk. Dada dah berdebar dan tanpa sedar, tapak tangannya mula berpeluh dek gemuruh. Takut pula dia nak menerangkan. Lihat sahaja wajah I-Will-Kill-You Nufa. Seram!

"N--Nufa."

"Oh, takde sayang dah?" Sinis Nufa memerli sebelum dia ambil tempat di hadapan Mifzal. Beg silangnya diletakkan di atas riba. Muka ditayang tenang dan selamba, namun jika lihat pada begnya, habis digenggam habis-habisan mahu dapatkan kekuatan dan tahan kesabaran.

Mifzal telan air liur.

"I bagi you masa 10 minit sahaja. Make it simple as you can because as far as I know, you'll have your real date after this." Penuh sarkatis ayat yang ditutur Nufa namun wajahnya masih kekal dengan riak tenang. Mifzal pula yang tergugat dengan ketenangan wajah itu. Terlalu tenang sebenarnya.

Mifzal telan air liur yang terasa berpasir. Air kopi yang masih berbaki suku di dalam cawan dia hirup perlahan. Cuba membeli masa untuk bagi dia bertenang seketika. Nufa yang tajam memandangnya dikerling perlahan sebelum dia garu kepalanya yang tidak gatal. Cuba mencari ayat yang sesuai.

"Macam mana ya I nak mulakan?" Omel Mifzal perlahan namun masih lagi telinga Nufa dapat menangkapnya.

Terus senyum sinis terukir di bibir. Badan dia sandarkan di kerusi, tangan memeluk tubuh dan kaki disilang. Gaya paling kerek abad ini. 

"Mula je lah dari mana-mana. End up akhirnya kita break-up jugak!" Balas Nufa poyo. Cakap macam tak terkesan walhal semalam penat menangis pada Sayf. Balik rumah pun menangis lagi. Hari ini pun masa mandi menangis juga. Huh!

Mifzal helakan nafas lemah.

"Look. Kalau you berterusan sarkastik macam ni, benda ini tak akan clear." Mifzal cuba berlembut.

"Then clear it now supaya I tak tambah sarkastik dengan you!" Mudah Nufa berkata. Apa Mifzal ingat dia suka ke nak menghadap lelaki jerk ini lama-lama?

Nafas lemah dihela. Tangan digenggam erat sebelum mata jatuh pada seraut wajah Nufa. Walau wajah itu bersolek neutral, Mifzal dapat kesan ada mata sembam yang Nufa sorokkan. Pasti gadis itu teruk menangis semalam. Dia bersimpati namun Ayesha lebih dia cintai sekarang ini. Dan selamanya hanya Ayesha.

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Where stories live. Discover now