C26

1.9K 241 35
                                    

DERINGAN loceng membawa kaki Nufa berlari keluar dari bilik tidurnya. Sambil berlari, sambil tangan kalut menyarung tudung sarung di kepala. Senyum dah melebar bila telinga dapat tangkap suara-suara yang dikenalinya. Orang yang dikenali dan orang yang sangat ditunggu-tunggu kepulangannya.

Teruja, tombol pintu dipulas semangat dan pintu dikuak besar. 

Lihat wajah yang dirinduinya, terus tangan naik menekup mulut yang dah ternganga teruja. Tak tunggu saat seterusnya, nyaring gabungan dua jeritan teruja kedengaran. Jeritan seorang  Nufa Huwainaa dan Ain Habeeba. Bila bergabung, meletup!

Sayf yang menemani Habeeba sedari tadi langsung tak dikerling Nufa. Malah mata gadis itu galak melihat sebujur wajah cantik milik Habeeba. Takpe dia dah biasa. Yang dia masih belum biasa jeritan nyaring dua sahabat itu. Uih bingit!

Rapat Sayf menekup telinganya dengan kedua-dua belah tangan. Sambil itu jeling dua gadis yang dah erat berpelukan dengan ekor mata. 

Hish! Perempuan!

"Oh my god, Nufa Huwainaa!" Pelukan Habeeba makin erat. Tidak peduli jika Nufa sesak atau tidak kerana Nufa juga berbuat yang sama sepertinya.

"Beeb! Beeb!" Sahut Nufa dengan nada yang lebih kurang sama dengan Habeeba.

Malas mahu melihat keterujaan dua gadis itu untuk minit yang seterusnya, Sayf terus bolos masuk ke dalam rumah bersama dua bagasi Habeeba di tangan. Tak punya kuasa mahu tunggu drama dua sahabat itu selesai. Baik juga dia masuk ke dalam rumah dan minum segelas jus oren.

Pelukan terlerai namun senyum belum terurai, Makin melebar bila lihat wajah masing-masing. Yalah. Sudah enam bulan tidak lihat wajah yang sudah terbiasa dilihat selepas bangun tidur. Pasti lah masing-masing dikuasai rindu. Rindu sahabat!

"Look at you! Nampak slim!" Puji Habeeba. Sambil itu kaki menurut langkah Nufa yang dah mula menapak masuk ke dalam rumah sewa mereka berdua. 

Mendengar oujian Habeeba, Nufa julingkan mata. Alah, kata-kata model muslimah yang makin meningkat naik ini. Tak tahu lah boleh dipercayaia kebenarannya. Tapi, kita terima aje lah untuk boost rasa yakin diri tu.

"Alah kau! Bukan main putih melepak ya sejak duduk Jepun."

Habeeba hamburkan gelak. Kaki dibawa laju menuju ke sofa. Nufa yang sedang mengunci grill pagar dibiarkan sahaja. Dia rindu dengan tempat melepaknya ini. Sudah enam bulan tidak rasa empuknya sofa di ruang tamu rumah mereka ini.

Punggung dihenyak dan sumpah, mata terus terpejam.

"Oh, I miss this softness!" Tangan laju menepuk sofa dan kusyen diambil dan dipeluk erat. Tak mahu lepas!

Nufa tersenyum pandang Habeeba. Sayf yang baru sahaja keluar dari dapur dengan sekotak jus oren dan tiga biji gelas makin melebarkan senyuman di bibir Nufa. Laju langkah kaki  menuju ke ruang tamu juga. Mahu duduk luang masa sekali dengan dua sahabat kesayangannya.

Sayf letak gelas di atas meja kopi. Nufa yang baru labuhkan duduk di sebelah Habeeba dipandang sekilas sebelum bibir sembunyi senyum. Lama tak lihat wajah itu, sedikit sebanyak rindu kepada kawan baiknya itu sudah berkurang.

"Oh, Sayf! Bagus lah kau ni. Gentleman." Habeeba tegakkan badan. Sepupunya dipandang dengan pandangan kagum. 

Walaupun dah tahu sisi Sayf yang satu ini, entah kenapa dia masih lagi rasa kagum.

Nufa sengih sahaja. "Gentleman, tapi kesian masih single." Ejek Nufa.

Sayf julingkan mata mendengar ejekan Nufa. Belum apa-apa ya, Nufa dah jadi seorang gadis yang menjengkelkan. Menyesal pula kata rindunya dah berkurang. Rindunya dah hilang!

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Where stories live. Discover now