C77

2.4K 287 123
                                    

BOT sudah berhenti di jeti. Penuh berhati-hati Nadhif lompat turun dari bot. Beg pakaian diletak di atas lantai kayu, begitu juga dengan plastik-plastik buah tangan buat keluarga dan teman-teman. Pusing tubuh, tangan dihulur untuk bantu Nufa keluar dari bot.

Lihat huluran tangan Nadhif, Nufa terus senyum lebar. Erat dia genggam tangan itu sebelum penuh berhati-hati dia lompat turun dari bot.

Nadhif dan Nufa saling membalas tatapan dan senyuman selepas itu.

"Jom?" Ajak Nadhif. Nufa hanya angguk sahaja dan tunggu Nadhif angkat beg pakaian serta plastik-plastik tadi.

Berdiri tegak, Nadhif terus buka sediki lengannya. Nufa dipandang dan kepala diangguk beberapa kali, menyuruh dan memberi izin untuk Nufa memeluk lengannya.

"Mengada nya." Nufa menggeleng perlahan. Namun tetap juga tangannya naik memeluk erat lengan Nadhif.

"Abang mengada dengan Huwainaa aje." Balas Nadhif selamba sebelum mereka orak langkah bersama.

Nufa hanya julingkan mata ke atas bersama senyuman tertempel di bibir.

Dah tak kekok lelaki itu membahasakan dirinya abang. Nufa pun takde rasa geli-geleman atau apa-apa rasa yang seangkatan dengannya. Malah, hati rasa berbunga kembang. Suka!

"Lepas ni kita balik rumah mak ayah terus?" Soal Nufa. Tangan naik meneduh mata bila terik matahari menyilaukannya.

Mengangguk, Nadhif terus cabut topi kepala dan disauk lembut topi itu di kepala Nufa. Buat Nufa tersenyum dan mendongak suka pandang Nadhif.

"Huwainaa ada nak pergi mana-mana ke?" Soal Nadhif. Mata dah melilau cari keretanya bila masing-masing tiba dia tempat parkir.

Nufa diam. Mata ikut sama mencari kereta Nadhif. Dan bila dia jumpa, terus lurus jari menunjuk ke satu arah. Tangan jatuh genggam tangan Nadhif dan lelaki itu ditarik mengikut langkahnya.

Nadhif hanya menurut. Bila sampai di kereta, kunci dibawa keluar dan punat unlock ditekan.

Nufa hanya tunggu sahaja Nadhif masukkan semua barang ke dalam bonet. Takde apa yang dia perlu tolong kalau ada sebuah beg dan dua buah plastik besar warna putih. Nadhif pun tak nampak macam beri dia ruang untuk membantu.

"Dah." Bonet ditutup Nadhif dan Nufa dipandang. "Jom masuk."

Nufa angguk dan mula bolos masuk dalam kereta. Rasa bahang kereta buat Nufa menepuk perlahan kerusi kereta.

"Panas?" Nadhif menyoal bila lihat Nufa tak sudah-sudah menepuk kerusi. Tangan bergerak menyentuh kerusi Nufa. Memang panas!

"Kerusi abang tak panas sangat pun." Hairan Nadhif.

Nufa julingkan mata. Nak kata buta, Nadhif celik. Sah-sah lah tak panas kalau bahagian kerusi Nadhif itu berada bawah teduhan bayang. Tidak seperti tempatnya.

"Memang lah. B punya tempatkan bawah bayang-bayang. Waina punya direct matahari ni," omel Nufa tak puas hati. Menjeling dia bila Nadhif tayang sengih.

"Okey lah, okey. Tak nampak." Nadhif ucap maaf. Kemeja tropikanya dibuka dan dilipat kemas. Usai itu, terus dia letak lipatan kemeja itu di kerusi Nufa.

Nufa labuhkan duduk. Pintu ditutup dan tali pinggang dipasang. Nadhif yang sabar menunggunya dipandang.

Geleng kepala, tangan Nufa bergerak buka kaca mata hitam yang dipakai Nadhif.

"Mana nak nampak kalau semua benda hitam." Kaca mata hitam ditunjuk dan dipakai kemudiannya.

Tukar, topi pula disauk di kepala Nadhif.

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Where stories live. Discover now