C93

1.9K 227 36
                                    

PESANAN yang bertalu-talu masuk dalam aplikasi WhatsApp buat Nufa rimas sendiri. Dijeling geram sahaja telefon yang sekejap-sekejap menyala di atas meja kaunter itu.

Warda dah kerut dahi lihat tingkah Nufa. Sudahnya, bahu Nufa dicuit minta penjelasan ringkas.

"Siapa yang tak henti-henti WhatsApp kau tu?" Soal Warda. Duduk dilabuhkan di sebelah Nufa.

Nufa urut pelipis kepalanya perlahan. Malas-malaa telefon digapai dan diserahkan kepada Warda. Biar lah Warda yang lihat sendiri.

Teragak-agak Warda namun tetap juga telefon itu disambut. Tekan punat hidup, mata sedikit membulat lihat nama yang penuh tertera di skrin telefon.

Ayesha.

"Minah ni kenapa doh?" Jengkel Warda bertanya. Berkerut-kerut dahi tanda tak suka.

Nufa jatuhkan kepala atas meja kaunter. Pusing sendiri.

"Dia nak aku tolong dia."

Telefon Nufa diletak kembali atas meja kaunter. Muka beriak menyampah.

"Minta tolong tinggalkan Mifzal tu? Eh, tak cukup ke tengok kau dah bersuami tempoh hari? Eee! Menyirap lah aku dengan minah ni." Warda dah cekak pinggang. Tunjuk benar perasaan geramnya sekarang.

Nufa diam.

"Dia nak aku tolong siasatkan pasal Mifzal."

Kening Warda terjungkit sedikit.

"Siasat apa pula?"

Tak menjawab terus, Nufa gapai telefonnya. Hidupkan kemudian ruang Galeri digeledah. Mahu tunjuk gambar yang dihantar Ayesha semalam. Bila jumpa, telefon diberikan kepada Warda semula.

Laju Warda mengambil dan apa yang terpapar di skrin dilihatnya tanpa berkelip. Ada gambar Mifzal dengan seorang gadis bertudung.

"Siapa ni?" Soal Warda.

"Sebab tu lah dia suruh aku siasat." Beritahu Nufa. Gambar yang terpapar itu dilihat sama.

"Eh, sisasat lah sendiri. Dia ingat kau pengintip upahan ke?" Jengkel Warda dibuatnya.

Memang anti-Ayesha sungguh gadis itu selepas ditampar Ayesha beberapa hari lalu. Kalau Nufa pun, Nufa anti. Tapi bila lihat keadaan Ayesha, jatuh kasihan pula.

Nufa hanya diam sahaja. Pesanan yang dihantar Ayesha dibaca sekali lalu sahaja. Tak ada hati mahu balas sama.

Warda kerling Nufa.

"Habis tu kau nak buat apa sekarang?" Warda bertanya.

Bukan boleh kira Nufa ni. Kalau kena time nak jadi bidadari, memang jadi bidadari sungguh minah ni. Kalau time mahu jadi syaitan, memang jadi. Bukan boleh kira.

Mengeluh berat, Nufa hanya jongketkan bahu sahaja. Tak tahu lah nak buat bagaimana.

Geleng kepala, Warda mencengkam dua bahu Nufa sedikit kuat.

"Tak payah tolong ya! Kau ingat balik dia pernah buat apa pada kau. Dia rampas Mifzal lepas tu dia tampar kau pulak!" Warda mengingatkan semula. Kut la Nufa terlupa.

Nufa masih lagi diamkan diri. Tangan Warda ditepis sebelum dia bangun daei duduknya. Dompet diambil sama sebelum dia berura-ura mahu keluar.

"Kau nak pergi mana pulak ni?" Kehairanan Warda menyoal. Tangan Nufa ditarik sedikit, menghalang Nufa untuk teruskan langkah.

Pandang Warda, Nufa tak tunjuk apa-apa riak wajah.

"Aku nak pergi makan." Sepatah-sepatah Nufa beri jawapan.

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Where stories live. Discover now