C36

2K 291 102
                                    

WAKTU makan tengah hari tiba. Tapi sebab Nufa ambil sarapan agak lewat hari ini, perutnya masih terasa penuh. Mudah sahaja dia menolak ajakan Afrina dan Warda yang tak sudah-sudah mengajaknya. Katanya nak makan Sukiya hari ini. Makanan viral di TikTok tu. Tapi, kalau dah namanya, kenyang. Ajak lah seketul Nufa macam mana pun. Nufa tetap tidak mahu.

"Betul eh tak mahu ikut? Jangan menyesal bila tengok video makan aku nanti." Warda cuba menghasut sekali lagi. Afrina juga terangguk-angguk sama mahu memujuk. Tapi gitu-gitu aje lah sebab dah faham sangta dengan perangai adik iparnya.

Nufa angguk bersungguh.

"Pergi aje lah. Macam takde hari lain pula nak join." Balas Nufa mudah. Warda dan Afrina dah ditolak menuju ke pintu. Tag Open dan ditukar kepada tag Lunch.

Warda dan Afrina pasrah. Tahu Nufa betul-betul tak mahu.

"Okey lah. Kau kalau bosan, ajak kekasih kau datang sini ya?" Warda berkata serius. Tak peduli dengan riak bingung Nufa dan Afrina. Kedua-duanya masih hadam siapa yang Warda maksudkan dengan 'kekasih' itu.

"Siapa?" Afrina menyoal. Bahu Warda ditolak.

Dengan wajah serius, lurus jari Warda menghala ke kedai buah seberang. Dari berkerut, menyampah terus riak wajah Nufa. Manakala Afrina dan Warda masing-masing dah tayang muka menyakat.

"Oh. Dah upgrade ya? Sejak bila?" Afrina bertanya. Lebih kepada menyakat sama sebenarnya.

Alah. Mengenai Nufa dan 'someone' baru Nufa dah heboh dah. Kalau tak Warda yang bercerita, pasti Sayf yang bercerita. Kalau bukan dua makhluk itu, Halwa pun kadang-kadang tumpang sekaki.

Masing-masing memang suka betul kalau Double N jadi bualan. Bahkan kadang sampai ke plan menyatukan diajak berbincang sekali.

Nufa cekak pinggang.

"Eh. Korang nak lunch ke nak jadi mak cik bawang hangit ni?"

Warda simpul senyum.

"Tiba-tiba rasa kenyang. Tak jadi lah. Apa kata kita hangitkan lagi bawang kita. Nak tak?"

Sumpah Nufa menyampah gila dengan Warda sekarang ini. Kecil besar, kecil besar sahaja Warda di matanya sekarang. Kalau boleh lenyek, penyek habis dah si Warda ini Nufa kerjakan.

"Eee, menyampah lah aku. Pergi keluar sana cepat!" Nufa dah bertindak menolak Warda dengan kuat. Tak peduli kalau Warda hampir terjelopok jatuh sekali pun.

Afrina hanya gelak. Kaki cepat melangkah keluar dari dobi. Tak mahu jadi mangsa penolakan Nufa.

Warda hanya bantai gelak sahaja lihat wajah cemberut Nufa. Masam kalah asam!

"Apa-apa pun, ajak lah orang sana mai teman jika bosan. Mungkin lama kitorang lunch." Warda sambung kata.

Dahi Nufa berkerut mendengar kata-kata Warda.

"Dah kenapa lama pula lunch kali ni?" Soal Nufa kehairanan. Dahi dah digaru perlahan.

Warda senyum senget. Merapat badan kepada Nufa, mahu berbisik. Nufa juga ikut merapat sama.

Tangan naik dengan gaya berbisik di telinga Nufa.

"Sebab nak bagi kau dating lama-lama dengan abang si Halwa."

Terpejam kegeraman mata Nufa dengar bisikan Warda. Tanpa lengah, tangan terus naik memukul lengan Warda.

Pap! Kuat bunyi yang terhasil. Menyeringai kesakitan Warda dibuatnya.

Afrina hanya menggeleng melihat gelagat dua teman itu. Tanpa lengah terus dia tolak Warda, menyuruh gadis itu mengatur langkah untuk beredar. Risau pula lama-lama, tak jadi makan pula mereka. Elok-elok nak makan Sukiya, termakan Sang Kaya aje nanti. Jenuh mulut Warda merungut nanti.

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Where stories live. Discover now