C51

2.2K 278 66
                                    

NUFA mengeluh perlahan. Bakul yang sudah kosong disimpan semula di bawah meja. Kemudian, seketika Nufa lepaskan lelah di kerusi. Tangan naik menongkat dagu di atas meja. Sekejap cuma sebelum kepala pula direhatkan di atas meja.

"Haih." Keluhan terlepas entah untuk kali ke berapa.

Warda yang kebetulan baru masuk ke dalam bilik, berkerut dahi mendengar keluhan berat Nufa.

Namun, buat tidak endah Warda terus ambil bakul kosong di bawah meja. Nufa dipandang seketika. Pelik. Takkan Nufa tak perasan kehadirannya di sini kut?

"Haih."

Keluhan kedengaran lagi. Terus Warda mencekak pinggang. Mara ke arah Nufa, tanpa amaran bahu Nufa dipukul kuat. Terkejut terus kawan itu.

"Eee! Warda Rohaya!!!" Menjerit kegeraman Nufa kepada Warda yang dah mengekek ketawa.

"Kau ni! Terkejut lah aku! Nak bagi aku mati muda ke apa?" Marah Nufa. Warda dijeling tajam. Dada yang masih lagi berdebar hebat diusap perlahan.

Bersama sisa tawa, Warda tarik kerusi di sebelah Nufa. Tangan menepuk lengan seraya kening dijongket sekali, isyarat bertanya.

"Berat sangat keluhan kau tu. Apa jadi? Cerita lah!"

Nufa hanya mengerling Warda. Tak punya hati mahu berkongsi. Gila apa nak beritahu situasi dia dan Nadhif tiga hari lepas?

"Can't just you be my someone?" "

Segar lagi suara Nadhif dalam ingatan. Dan kalau bercerita kepada Warda, pasti akan sampai juga kepada Sayf. Bila sampai kepada Sayf, pasti Nadhif akan dengar-dengar juga. Masing-masing kan memang cita-cita nak jadi announcer. Huh!

"Woi." Warda menolak perlahan bahu Nufa bila lihat gadis itu hanya diam merenung dinding.

Nufa berdecit perlahan.

"Takde apa lah." Malas mahu kupas lanjut, Nufa bangun dari duduk.

"Eh, belum habis lah! Cerita lah! Kau nak pergi mana?" Nyaring suara Warda. Namun, Nufa buat tidak endah sahaja. Menonong dia keluar dari ruang bilik.

Melihat Nufa, Warda hanya menggeleng sahaja. Gerak hatinya yakin ada sesuatu yang telah terjadi. Tapi, takpe. Lambat laun pasti dia akan tau juga. Hehe.

Keluar dari bilik, Nufa laju menuju ke kaunter. Purse diambil sebelum dia minta pamit daripada Afrina.

"Nufa nak pergi mana?" Soal Afrina di kerusi.

Senyum hambar, Nufa hanya angkat purse tanda mahu beli sesuatu. Betul lah. Nak pergi makan Rojak Mamak sekejap dekat food truck Cendol Pandan. Sambil tu boleh tenangkan fikiran sekejap.

Afrina hanya angguk. Yakin Nufa sudah selesaikan semua kerja. Dan pengunjung coin dobby pun tidak ramai. Boleh lah adik iparnya itu keluar melencong seketika.

"Kalau Kak Na nak apa-apa, Kak Na call aje. Nufa tolong beli apa yang Nufa boleh beli." Sempat Nufa tawarkan diri sebelum kaki melangkah keluar.

Berdiri di hadapan koridor dobi, Nufa pandang seketika Whole Fruit di sebelah jalan. Nampak macam ramai pula pelanggan.

"Aduh." Garu kepala dek runsing. "Tiba-tiba nak makan tembikai potong lah pulak. Dah lah tengah panas terik ni." Omel Nufa sendiri.

"Tapi, tak nak jumpa mamat tu." Sambung Nufa selepas beberapa ketika.

Bayangkan Nadhif aje, telinga dah rasa hangat. Malu dengan ajakan tempoh hari.

"Ish, dah lah." Kuburkan niat mahu makan tembikai potong, Nufa menapak langkah maju ke hadapan.

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Where stories live. Discover now