C56

1.9K 271 121
                                    

MATA melemparkan pandangan ke premis #OhMyDobi di seberang jalan. Sambil itu lihat jam yang dipakai di pergelangan tangan. Sudah hampir menginjak 10 malam. Nadhif buat perkiraan sendiri yang Nufa selalunya akan melariakn diri pada waktu-waktu begini.

Ya. Nufa sedang main sembunyi-sembunyi dengan dirinya sekarang. Sejak empat hari yang lalu, atau lebih tepat lagi sejak dirinya dengan selamba melamar gadis itu untuk dijadikan isteri. Sejak itu, dia tidak lagi bertemu empat mata dengan Nufa. Kalau jumpa pun, pasti dalam keramaian dan tiba-tiba gadis itu menghilang entah ke mana.

Jadi driver? Tak payah cakap! Pagi-pagi bila sampai di hadapan perumahan gadis itu, pasti dia tangkap gadis itu menaiki Grab. Balik pun sama. Selamba sahaja dia dibiarkan termangu-mangu menunggu sendirian.

Mengingatkan itu, Nadhif menggeleng sendiri. Tak faham dengan Nufa. Entah dilakukan begitu sebab malu atau sebab tak suka. Nadhif pun kurang jelas. Sudah lah dia lembab dalam perkara-perkara begini. Mahu bertanya kepada Halwa? Memang tidak lah. Silap-silap gadis itu makin membenci jika hubungan mainan girlfriend-boyfriend mereka ini didedahkan.

Pakai topi di kepala, telefon disimpan dan Nadhif dengan tenang berjalan menghampiri premis #OhMyDobi.

Sampai di tempat parkir, Nadhif perasan yang Nufa baru sahaja keluar dari premis itu dengan kunci dan mangga di tangan. Tanpa lengah, Nadhif terus menghampiri untuk membantu. Gadis tak cukup tinggi itu sedang terlompat-lompat mahu menarik shutter besi jatuh.

Tanpa suara, tangan dipanjangkan dan bila lihat Nufa yang melompat terkejut di hadapannya buat dahi Nadhif berkerut.

"Ish! Dia ni kan!" Suara marah Nufa menyapa pendengaran. Terus tangan jatuh sendiri sebelum pinggang dicekak. Satu tangan lagi lembut meraup muka.

'Lamanya tak dengar suara.'

Angkat wajah, Nufa dihantar pandangan kosong sebelum Nadhif kembali membantu gadis itu. Shutter besi ditarik turun dan tangan menadah minta kunci dan mangga. Bila Nufa serahkan, cekap tangannya mengunci shutter besi itu.

Nufa memerhati dalam diam. Dada dah berdebar sendiri. Tidak tahu bagaimana mahu bersemuka dengan Nadhif setelah berhari-hari dia jauhkan diri daripada lelaki itu.

Nufa bukan apa, Nufa malu. Mana pernah dia dilamar sebegitu spontan oleh mana-mana lelaki. Walaupun hati kuat mengatakan yang Nadhif hanya bergurau, dirinya tetap malu. Terkejut pun ya juga. Rasa serba tak kena. Jika berhadapan dengan Nadhif, pasti hal 'jom kahwin, Huwainaa' yang terbayang dalam kepala.

"Nah." Tersentak Nufa. Nadhif yang menghulurkan kunci itu dipandang.

Lihat shutter, sudah dikunci. Nufa mengangguk dan kunci diambil.

"Thank you." Ucap Nufa. Cuba dia berlagak selamba. Dalam hati memohon supaya Nadhif tidak bangkitkan hal tempoh hari.

Memandang Nufa, Nadhif jatuhkan kepala sedikit. Sekejap cuma sebelum kepala tiba-tiba mencari wajah Nufa.

"Dah makan?" Soal Nadhif setelah beberapa ketika mereka dalam diam. Jelas masing-masing terasa kekok bersama.

Nufa pandang Nadhif. Bila perasan mata redup lelaki itu tertunak kepadanya, Nufa jadi gugup. Terus rasa nak menipu untuk melarikan diri. Tanpa fikir panjang, kepala terus mengangguk laju tiga kali.

"Dah." Namun, tiba-tiba sahaja perut kuat berkeroncong, membelot dirinya terang-terangan. Terus terpejam mata Nufa menahan rasa malu yang dah menghangatkan seluruh wajah.

'Pandai kau pilih timing nak malukan aku ya, perut?'

Nadhif kemam bibir menahan senyum. Hidung dicuit perlahan sebelum kepala digeleng kecil. Terhibur sendiri.

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Where stories live. Discover now